Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

My Best Thing In 2008

Belum terlambat rasanya untuk Wan mengucapkan salam Maal Hijrah (1430 Hijrah) kepada semua umat Islam terutama kepada kau yang sedang membaca blog sengal ini. Semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. InsyaAllah. Tapi jangan kau berhijrah dari yang baik kepada yang tak baik sudah la ye.

Hari ini sudah 30/12/2008 dan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum angka 2008 itu bertukar kepada 2009 berdasarkan kalendar Gregory. Dan ini bermakna, jika panjang umur kita akan melalui lagi 1 tahun yang kita sendiri belum tahu apa yang akan berlaku.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar yang terbaik sentiasa berpihak kepada kita walaupun kau sedia maklum yang Allah S.W.T sudah menjanjikan yang terbaik kepada umatnya tetapi jika tidak diiringi dengan usaha, doa dan tawakal pasti ianya bukan suatu yang mudah untuk diperolehi. Apa yang penting lagi, sentiasalah percaya kepada Qada dan Qadar kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T juga yang menentukan.

Memandangkan tahun 2008 ini bakal melabuhkan tirainya, maka Wan ingin mengabdikan sedikit perkara yang Wan rasakan menarik yang berlaku kepada Wan sepanjang tahun ini untuk dijadikan kenang-kenangan. Nanti (10 tahun akan datang mungkin) bolehlah Wan rujuk balik blog ni dan pasti ianya akan menjadi suatu kenangan yang menarik. Itupun kalau blog World Of Mohd. Azizwan™ ni masih ada. Huhu.. So, untuk memastikan blog ini kekal sehingga 10 tahu nanti, apa kata kau luangkan masa untuk membaca surat cinta yang Wan tuliskan khas untuk kau. Boleh kan?

Baiklah, berikut adalah beberapa perkara dan juga benda yang menarik bagi Wan sepanjang tahun 2008 ini. Kalau kau nak baca silakan. Kalau taknak, takpe sebab Wan saja nak tulis supaya Wan boleh flash back kelak. Jadi boleh la Wan cakap “Oh, ini aku buat tahun 2008 rupanya..” Hehehe..

Dapat duit lebih RM10k dalam sekelip mata

Jangan terkejut ye sebab RM10k tu bukan banyak mana pun kerana Wan percaya yang kau ada duit lagi banyak dari angka itu. RM100k mungkin. Tapi bagi Wan, RM10k ini sangat banyak. Ya, sangat banyak. Maklumlah, 1st time dapat duit banyak tu dalam masa yang singkat. hehehe.. Dan untuk makluman kau, duit itu Wan perolehi bukan dengan cara haram ok apatah lagi Wan kena nombor ekor.

Duit itu sebenarnya Wan perolehi hasil dari beberapa peraduan yang Wan sertai kerana Wan memang jenis yang suka menyertai apa sahaja peraduan walaupun Wan tahu peratusan untuk memenangi peraduan itu sangat tipis. Tapi apa salahnya mencuba kan? Kot-kot ada rezeki. Dan salah satu peraduan yang memberikankan banyak duit kepada Wan ialah peraduan SMS yang disertakan pada rancangan teka-teki yang disiarkan di TV3 suatu ketika dulu. Kalau kau pengikut setia TV3, kau mungkin tahu mengenainya. Melalui peraduan itu sahaja, Wan memperolehi RM6k.

Bermulanya penggunaan Streamyx

Dalam tahun ini juga, baru Wan merasai nikmat sebenar melayari internet setelah Wan mengeluarkan sedikit duit memasang streamyx. Sebelum mempunyai streamyx, Wan terpaksa membuat muka seposen meminjam celcom broadband plus laptop akak Wan kalau Wan nak surf internet. Terpaksa pinjam laptop sekali sebab kalau connect broadband kat PC Wan, sure menanggis la jawabnya nak tunggu page loading. Huhu.. Tapi memang jarang nak dapat sebab akak Wan kedekut atau mungkin juga akak Wan takut Wan rosakkan harta beliau. Hehehe.. Tapi lepas Wan dah pasang streamyx, dia pula yang lebih-lebih macam streamyx itu dia yang punya. LOL. Mati la Wan kalau beliau baca blog ini. Diam-diam saja ok!

Selain itu, perpustakaan menjadi alternatif lain kalau Wan nak surf internet. Tapi yang sadisnya, internet kat perpustakaan sangat lemau. Nak login friendster pun boleh ambil masa lebih 10 minit. WTF? Tapi nak buat macam mana, dah kat situ je boleh surf internet. Nak pergi cyber cafe, entah bila la tempat Wan ni nak ada cyber cafe. Huhu.. Oh ya, streamyx Wan start connect pada 25/03/2008.

Sekarang Wan dah guna wifi yang disambung pada modem streamyx sebab Wan malas nak pindah-pindah modem. Dengan adanya wifi ni juga, bolehlah PC ngan laptop Wan connect internet sekali. Dan yang pastinya, jiran sebelah rumah tersenyum riang sebab boleh connet internet percuma. Tapi ada laptop ke mereka? Huhu..

Sedikit angan-angan mat jenin: Lepas ni nak guna celcom @ maxis broadband dengan modem huawei vodafone E272 pula supaya boleh online kat mana-mana dan pada bila-bila masa.

Memiliki Nokia N70 ME

Akhirnya dapat juga Wan memiliki handphone ini setelah sekian lama menggunakan nokia 1600 dan terpaksa menelan air liur setiap kali melihat orang memegang N70 walaupun non ME. Dan Wan nak tegaskan di sini yang ianya bukan made in China ok seperti handphone N95 kau itu mungkin. Sebenarnya, Wan memang nak sangat memiliki handphone N70 ni walaupun bukan versi music edition sebab designnya yang sangat cool dan menarik bagi Wan walaupun nampak sedikit besar. Tapi biasalah lelaki, nak yang besar-besar je. Hehehe..

Handphone ini Wan beli pada 14/04/2008 dengan harga RM750. Semasa entri ini ditulis, sudah masuk 8 bulan Wan menggunakannya tetapi ianya masih dalam keadaan baik seperti baru sahaja semalam Wan membelinya. Warranty pula masih berbaki 7 bulan lagi.

Actually, masa beli handphone ni, tergerak juga hati nak angkat N73 sebab harga pun tak jauh beza tapi memandangkan dah minat ngan N70, biar kau offer N73 itu dengan harga yang sama, sure Wan akan beli N70 ME ni juga. Lainlah kalau tauke kedai tu letak Nokia N95 pada harga yang sama. Ahakz!

Sedikit angan-angan mat jenin: Bila tempoh warranty N70 ME ni dah tamat dan masa tu Wan ada sedikit rezeki, Wan nak beli handphone Nokia yang latest pada masa itu pula.

Cuti-cuti Malaysia kat semenanjung

Kalau tak silap, cuti-cuti Malaysia ni dalam bulan April iaitu seminggu sebelum hari ulang tahun Wan sebab hari ni balik, esok pula hari jadi Wan. Huhu.. Cuti-cuti kali ini adalah yang ke-2 dimana yang pertama dulu semasa Wan darjah 5 iaitu semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah untuk sukan komenwel. Tapi cuti-cuti Malaysia kali ini jelas jauh berbeza dengan yang pertama dulu sebab masa tu Wan masih kanak-kanak. Tak tahu apa-apa pun. Kui3..

Cuti kali ini banyak juga tempat yang Wan ngan family pergi antaranya Akuaria kat KLCC tu, Putrajaya, Genting Highland, Kota A Famosa, Perigi Hang Tuah, dan banyak lagi yang Wan lupa. Huhu.. Tapi yang sedihnya, tak merasa nak naik skyway kat Genting Highland tu sebab tengah dalam proses maintenance. Walhal hajat nak pergi sana memang untuk naik skyway tu. Tapi takpe la, mungkin ada hikmah disebaliknya.

Dan satu perkara yang membengangkan Wan masa cuti ni ialah maybank card Wan tak boleh guna untuk keluar duit kat machine. Oh WTF? Nasib baik cousin Wan ada akaun Maybank, boleh juga transfer duit guna maybank2u. Kalau tak, pasti cuti itu adalah cuti yang sangat sia-sia bagi Wan.

Di kesempatan ini, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sudagar eBay iaitu bro Matzis kerana beliaulah yang membawa kitorang round 1 semenanjung dan beliau jugalah pemilik akaun Maybank yang Wan maksudkan itu. Hehehe..

Sedikit angan-angan mat jenin: Sangat berharap dapat menjejakkan kaki kat Mekah dan juga Sydney.

Terbeli laptop Acer Aspire 4315

my 1st laptop Acer Aspire 4315

Akhirnya terbeli juga Wan sebiji laptop walaupun Wan tak pernah terfikir nak ada laptop. Maklumlah, Wan ni kan orang susah. Laptop yang Wan beli ini taklah canggih mana dan semestinya ianya sangat murah bagi kau mungkin tapi mahal bagi Wan sebab laptop ini Wan beli menggunakan duit Wan sendiri yang masih menganggur ini. Huhu.. Laptop ini Wan beli pada 20/08/08 dengan harga kurang RM1 lagi menjadi RM1700.

Sebelum Wan ada laptop ni, Wan menggunakan komputer yang emak Wan belikan dan komputer itu sekarang sudah menjadi komputer perkongsian bijak dan Wan tak pernah lagi nak ambil kisah mengenainya. Entah apa sudah jadi dengan komputer itu pun Wan tak tahu. Tapi sejak kebelakangan ini, anak-anak buah Wan asyik panas je sebab tak dapat nak surf internet guna komputer itu. Padan muka korang tak dapat layan friendster. Hahaha.. Harap korang terbaca apa yang pakcik korang ni tulis.

Sedikit angan-angan mat jenin: Bila dah kerja nanti, Wan nak beli sony vaio pula.

Perkara-perkara di atas itu memang suatu yang menarik bagi Wan tapi apa yang lebih menarik bagi Wan pada tahun 2008 ini ialah wujudnya blog ini dengan domain sendiri. Dan semoga ianya akan kekal sehingga Wan sudah tiada. Agak-agaknya tercapai tak? Huhu..

Fuhh.. sangat panjang entri ini dan berkemungkinan besar entri ini juga adalah entri penutup untuk tahun 2008 di blog ini. Dan dikesempatan ini juga, Wan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan kau terhadap blog ini yang mana ianya memberi sedikit sebanyak kekuatan kepada Wan untuk terus berblogging walaupun Wan sedar yang Wan dilahirkan bukan sebagai seorang blogger seperi kau. Tapi apa salahnya mencuba kan?

Akhir kata, selamat tahun baru 2009 dan semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan entri-entri yang lebih hot and spicy mungkin. Ahakz!

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 30 December '08 - Kategori: Personal, Picture

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , .

34 Comments to “My Best Thing In 2008”

30.12.08 at 02:05
Posted by Richie

panjang betul bro.. apa-apa pun kisah 2008 kau mmg best..hehe

[Reply]

Azizwan™ Reply:

maklumlah bro, entri penutup utk tahun 2008.. tu yg panjang tu. hehehe..

btw, kisah ni tak la best sangat banding apa yg berlaku kat bro mungkin ;-)

[Reply]

30.12.08 at 07:56
Posted by Sabri

wah, aku mungkin tidak akan meng-update blog tu pada tahun ini.. mungkin je la.. tgk result dulu.. kalau teruk, sedih.. cmane la plak nak menulis kan.. kalau ok plak, da gembira sgt.. nak tulis pn da macam2 pk.. ye tak ye kan.. hehe.. pape pun doakan kejayaan sabri 9a..

tahniah kepada kau kerana berjaya buat duit 10k.. hehehe.. duit adsense aku akan keluar pada bulan 2 nanti.. hehe, sikit je.. x banyak pun.. wow, boleh plak dye terbeli laptop ya.. ahaks..!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

jgn kau ckp mcm tu bro, sentiasa fikir positif.. kalau result teruk, pasti ada hikmah disebaliknya. don’t give up. tp aku percaya u can do it. semoga kau beroleh result sprt yg kau harapkan. insyaAllah.

10k tu x byk mana pun bro.. tp, mcm aku ckp kat atas tu la, bg aku memang byk pun. wakakaka.. duit adsense kau brapa plak bro? nanti jgn lupa blanja kitorang ye. hehehe..

[Reply]

Sabri Reply:

haha, duit adsense terlampaulah sedikit.. Hehe..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

takpe.. sikit2 lama-lama jd bukit juga tu. hehehe ;-)

30.12.08 at 10:38
Posted by fizzon9

waaa.. manyak tu 10k.. pada fizz pun bnyk gak.. fizz mukan org senang pun… hihi.. 10k tu leh mukak bisnes pee… leh kembangkan agi… hihi.. tu cite² fizz nk ade bisnes sniri.. tp smpai skrg x berkesempatan… :(( postpone..:P

[Reply]

Azizwan™ Reply:

memang byk 10k tu bro.. dgn jumlah tu juga rasanya dah boleh buat blanja kawen dah. hehehe.. gurau je..

dgn duit tu juga la aku tersertai bisnes MLM sbb dah byk sgt smpai aku tak tahu nak buat apa. huhu.. nak buka bisnes lain tak terfikir pula. adesh..

jgn sedih2 bro.. suatu hari nanti pasti akan tercapai juga cita2 bro itu. InsyaAllah. bak kata org2 tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ;-)

[Reply]

30.12.08 at 12:08
Posted by tashabella

Huuh! manyak tul ceta best ko wan…aq rasa kalau aq wat ceta sepanjang th2008 ni manyak sedih berbanding apy..apapun senyum sokmo hihiih…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

tak byk sangat pun cik tasha.. mungkin yg kat atas tu menarik bg aku je tp tak bg org lain.. huhu.. ceta sedih tahun ni memang agak kurang. alhamdulillah.

to cik tasha, tahun 2009 nanti jgn lg sedih2 ek dan senyum sokmo ;-)

[Reply]

31.12.08 at 13:07
Posted by Faiz

haha..acer dengan broadband tuh sama mcm gua jerk…

good job bro… leh belanja aku sempena akhir tahun ini. ahaks !

[Reply]

Azizwan™ Reply:

hehehe.. dah jodoh agaknya..

nak aku blanja apa bro? kot2 boleh blanja.. ahakz!

[Reply]

31.12.08 at 13:34
Posted by iera tomei

salam…
selamat menyambut tahun baru 2009 malam ni, wan…
semoga tahun baru ni bawa semangat yang baru dan juga azam yang baru,
^_^
wah, manyak tol kamu punya nickname ek, mawi lah, apalah, heheheh…
ingatkan sape lah tadi,
hehehehe….
(*0*)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

salam.. ya, jom tgk bunga api sama2 malam ni. hehehe.. semoga tahun baru ini membawa sinar baru utk cik iera khasnya dan kpd semua umumnya.. insyaAllah

nick tu saja nk cover line sbb aku tgk nick Azizwan™ tu dah berlambak kat chat box.. tu yg boleh kluar nick mawi sgala tu. huhu.. jgn marah yer ;-)

[Reply]

iera tomei Reply:

wah, lambat ajak…
sedih, tak tengok nak bunga api pun tahun baru ni…
hehehhehe…
terpaksa berkurung dalam bilik,
ooo, pasai tu banyak sangat nickname ek?
hehehhe
tak pe2..yang penting kita tahu sape ‘mawi’ tu
lalalalalal

[Reply]

31.12.08 at 15:10
Posted by Azah

selamat tahun baru wan…
udah2 la nye tanam anggur tuh… heee…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

selamat tahun baru cik azah..

nak buat macam mana.. tanam anggur je yg aku mampu. nak tanam benda lain, aku tak berpengalaman. huhu..

[Reply]

31.12.08 at 18:36
Posted by crescent

salam maal hijrah jugak and selamat tahun baru :)

[Reply]

31.12.08 at 18:45
Posted by aman

hoho..ada menang rancangan kat tv3 tue..hehe..
anyway, harap tahun 2009 nie bawak lagi kecemerlangan kepada hang…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

yap.. e2pun kemenangan yg sangat tdk disangka-sangka. betul kata org tua.. kalau dah rezeki tak ke mana. ahakz!

insyaAllah dan semoga tahun 2009 ini juga membawa kecemerlangan utk bro.

[Reply]

31.12.08 at 19:36
Posted by angriani

Salam wan…waaa banyaknya kenangan 2008

sama laa kita

anyway, kak riani dah added link awak kat blog…

salam tahun baru :D

[Reply]

Azizwan™ Reply:

salam.. kenangan tahun 2008 ni tak la byk mana.. tp kira boleh juga la. hehehe..

anyway, aku juga dah add link akak. boleh cek kat page sahabat.. kalau salah, alert aku k.

selamat tahun baru ’09

[Reply]

01.01.09 at 03:29
Posted by loque

wargh…
jeles nyer…
menang peraduan…
aha…

wah..tersenyum riang la jiran2 dapat pakai tenet free…
dah set kan password blom?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

jgn jeles2 loque.. mana tau esok lusa rezeki kau pulak..

memang hepi sangat la diorg.. tu fasal aku suka online waktu malam, bajet kedekut. hehehe.. tp masalahnya, wifi aku tu on hampir 24 jam. waktu rehat dr jam 4am – 8am je. kui3.. silap2, esk lusa meletup la wifi tu skali ngan laptop cap ayam aku ni. huhu..

password tak set lg.. dah berkali-kali aku cuba try test nak set tp tak tahu mcm mana nk buat. huhu.. kalau kau boleh ajar, ok gak bro ;-)

[Reply]

loque Reply:

okay okay….

sy ade buat password dulu…
tapi dah lame da…
buat ngan ayah…
cube la bro tanye otaimer bloggers
he3

[Reply]

01.01.09 at 06:40
Posted by Khai

pergh.. ko leh menang eh teka teki tu.. aku nak gak try, tapi sbb aku rasa tipis sangat, malas nak join..

lain lah kalau hadiah dia dapat pengacara tu bawak balik umah.. harharhar..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

huhu.. kalau pengacara tu la yg dijadikan hadiah, aku sure berebut-rebut org join peraduan tu..

tp bro, agak2nya dia nak ke jd pengacara? hehehe..

[Reply]

01.01.09 at 09:43
Posted by ezany

salam maal hijrah dan selamat tahun baru..

byk buat duit thn 2008.. patut la beli domain.. hahaha..

semoga dpt buat duit lebih byk utk tahun 2009.. nanti boleh belikan aku domain lak..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

salam maal hijrah & slmt tahun baru 2009 juga..

tak la byk sngat, tp alhamdulillah.. mungkin rezeki aku.. tang domain tu pula, aku rasa bkn sbb aku dpt duit byk tp memang aku sngat nk ada domain sendiri. hahahaha..

anyway, semoga doa kau utk aku itu dimakbulkan. amin

[Reply]

01.01.09 at 19:48
Posted by Merah+hitaM

huhuhuhu…amboi2 panjang berjela ek wan citer ko…leh la aku pow rm1k tol tak..hehehe…smua da best2 ko dpt….ape kate ko derma kat aku n70 me tuh..sbb 2008 nya product, so 2009 ni ko beli baru la..hahaha…ada rm9k agi kan..hahaha…then acer tu pon kalo rajen leh la post kat aku gak…aku biasa la tamak nak laptop byk2..hahaha…anyway wan, SLAMAT TAHUN BARU 2009 dan moga segala impian menjadi kenyataan…aku takde kesah idop dalam tahun 2008..so takde dipublishkan..hehehe…nanti kalo mai KL bg taw aku siap2 k..leh lepak2…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

entri akhir tahun.. biarlah panjang sket. hehehe..

nak pow rm1k ke? sorry la bro, bkn aku taknak bg tp skrng ni duit tu dah tinggal sen-sen je. huhu..

kalau aku dah derma n70 me aku ni kat bro, sian la kat nokia 1600 aku tu takde kawan. hahaha.. dan laptop ni plak, kalau dah tak boleh guna nanti insyaAllah aku poskan kt bro.. mesti time tu koleksi laptop bro dah byk. ahakz!

slmt tahun 2009 juga dan semoga doa bro utk aku itu akan dimakbulkan. amin.

p/s: entah bila la aku boleh datang KL lg.. lps aku dah kawen nanti kot. dan time tu juga bro dah ada anak mungkin. hahahaha.. jgn marah ;-)

[Reply]

02.01.09 at 13:04
Posted by tashabella

WISHING YOU THE VERY BEST IN

  ╔══╦══╦══╦══╗
  ╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
  ╔═╝║║║║║║║╚╝║
  ║╔═╣║║║║║╠═╗║
  ║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
  ╚══╩══╩══╩══╝

¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°¨¸„ø¤º°¨
¨°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨ NeW yEaR….°º¤ø„¸
¸„ø¤º ….°º¤ø„¸ ¤

semoga panjang umur dan di murah rezeki…amin..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

semoga cik tasha juga akan dpanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. amin.

[Reply]

[...] yang Wan dapat tahun ni bolehlah guna untuk bayar bil streamyx untuk 1 tahun dan boleh ganti laptop baru juga mungkin. Huhu.. Tapi title penganggur yang masih dalam genggaman plus ekonomi yang tak [...]








CommentLuv badge