Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Mood tak sabar nak masuk kelas memandu. Yay!

lesen memandu

Nampaknya dah sampai time untuk aku mempunyai lesen memandu supaya lepas ni boleh la aku memandu dengan kacaknya tanpa perlu risau berhadapan dengan abang-abang polisi kat jalan raya untuk dilayangkan surat saman. Huhu..

Kalau takde aral melintang, bulan depan atau bulan Jun aku start masuk kelas (macam sekolah pulak dah. Keh3). Korang doa-doakan lah yer. Oh ya, total bayaran kelas memandu dari A sampai Z (sampai dapat lesen dan tak termasuk bayaran ulangan) kat Sabah ni adalah RM1700. Bagaimana pula kat tempat korang?

Sebelum terlupa, aku nak buat iklan sket. Jom sertai contest yang dianjurkan di blog Denaihati dimana hadiah yang ditawarkan adalah berupa laptop Acer Aspire One. Untuk keterangan lanjut, silalah baca kat BLOG NI yer.

Ini je update untuk kali ni. Makaseh!

P/s: Best plak buat entri pendek ni yer. InsyaAllah akan diteruskan :)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 April '10 - Kategori: Miscellaneous, Personal

Tagged: , , , , , , , , .

20 Comments to “Mood tak sabar nak masuk kelas memandu. Yay!”

11.04.10 at 03:33
Posted by denaihati

sebenarnya entri pendek yg padat lebih suka dibaca orang daripada meleret2.

[Reply]

11.04.10 at 09:06
Posted by apiih

mahal gile wat lesen..uhuhuu..maybe terus buat moto ngan kete kot.aku dulu buat kete saje baru RM700..huhuhuhu

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih yup, kete ngan motor.. tp tak tau plak yg harga tu mahal.. rm1700 tu harga modul kelas (rm900) dan latihan memandu (rm800 <- walhal aku tak perlu benda ni pun). hurm.. nak kena tanya balik ni. mana mau rugi. huhu..

[Reply]

11.04.10 at 09:59
Posted by Azizuan

1700 kereta saja or sekali moto?
kalau kereta saja mahal la
kat bangi ni average 700-800
kalau aku balik kedah,
boleh dapat murah sket, 550+ – 700

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Azizuan rm1700 – kereta dan moto.. kalau without kelas memandu, terus ambil test, maybe dpt rm900 je kot.. tp masa aku pergi tanya, depa ckp kena ‘belajar memandu’ juga even aku cakap aku dah reti memandu. tu yg jadi rm1700..

takpe, aku belum bayar pun, maybe boleh nego lg dgn alasan “kenapa kat semenanjung murah?”.. kui3

[Reply]

11.04.10 at 09:59
Posted by Mr.Bintang

perghh!! mahal giler…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Mr.Bintang giler tak mahal.. habis 2 bulan punya earning. huhu..

[Reply]

12.04.10 at 02:02
Posted by Mashi

Semoga lulus! :)
tapi mahal laa

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Mashi amin.. mahal tu memang mahal.. tp nak buat mcm mana, benda dah jd keperluan.. kalau tak, entah bila la aku boleh drive keter dgn kacaknya :)

[Reply]

Mashi Reply:

t boleh bw mashi jln2 naik kete :p

[Reply]

12.04.10 at 04:00
Posted by Anarm

aku buat lesen kereta dari A sampai Z, RM400 je.. kat perak.. buat lesen motor time zaman sekolah dulu2, RM400 jugak.. kat kelantan..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm woot! awat kat smenanjung murah ek? betul2 tak boleh jadi ni.. baik aku ambil lesen kat perak je. jimat duit. uhuk2..

[Reply]

12.04.10 at 07:50
Posted by kulanz

Aikk, x tau pula bro duduk Sabah, sebelah mana bro?
Ari tu time aku ambik lesen harga dapat dlm RM500++ setelah tolak sedikit bayaran kelas memandu, tp masa isteri ambik thn lepas, mmg harga dlm RM1400, mahal dah..
btw.. gud luck bro, moga lulus..

[Reply]

12.04.10 at 13:00
Posted by syinrayafa

hahaha…ingat dah ada dahh…aku nya lesen lebih kurang 5 tahun dah…hehe..

[Reply]

12.04.10 at 16:25
Posted by syahirul

aku baru saja dapat lesen memandu kelas D full… sebelum ni dah ada lesen kelas B2 full dan telah 5 tahun ada dalam wallet.. then buat lesen D dengan bayaran rm900… pas lulus test JPJ aku terus dpt full D dan bukannya lesen P.. ye ar takkan dia nak asingkan lesen motot penuh tapi lesen kereta P.. hahaha..

[Reply]

Anarm Reply:

aku pon dapat D full jugak.. terfikir gak aku takkan nak kene pegang 2 lesen.. macam bodo je.. buatnye time tu tengah drive kete, kene tahan polis, tesilap tunjuk lesen moto.. padahal lesen kete ade.. jadi kes naye plak.. haha

[Reply]

13.04.10 at 22:29
Posted by zik

lesen keta takda lagi nie… bilalah nak amik…huhu :-(

[Reply]

15.04.10 at 10:41
Posted by luth textile

aku buat aritu dlm +- RM560 je. gila mahai kt sana.

[Reply]

24.04.10 at 08:18
Posted by umiE

boleh nego lagi ke? aku setakat ni dah bayar RM975.
hari pertama masa ikut kelas tu ( mcm budak sekolah lak..hehe)
aku bayar rm280. kali kedua ikut bengkel bayar rm295, Bila aku dah start belajar memandu bayar rm400. pas ni tak tau bayar berapa.. aku dah belajar 6 jam..tapi tak reti juga..huwaaaaaaaa..!! btw aku pun dok sabah jugak

[Reply]

29.04.10 at 11:27
Posted by Mashi

hehehe cmne ngan kelas memandu ni..
xupdate ke ?
.-= Entri terbaru kat Mashi´s blog: Pemandu Bus dan dot dot =-.

[Reply]








CommentLuv badge