Misi gagal dan selamat tinggal 2009

Hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2010. Ini bermakna, entri ini mungkin adalah entri yang terakhir untuk tahun ni atau dalam bahasa mudahnya entri penutup untuk tahun 2009.
Straight to the point. Misi gagal yang aku maksudkan di sini adalah mengenai cabaran buat duit melalui blog yang pernah aku canangkan sebelum ini. Kalau korang mengikuti blog aku ni sejak 6 bulan lepas, rasanya korang tahu kot mengenai cabaran tersebut.
Ok, kenapa gagal? Sebabnya target untuk mendapatkan RM3k dalam tempoh 6 bulan tidak berjaya kerana semasa entri ini ditulis, aku hanya berjaya mengumpul RM1368.05. Itupun selepas aku cashout earning Nuffnang aku. Kalau tak, memang tak merasa la boleh dapat jumlah tu. Huhu..

Tapi kalau nak diikutkan dengan jumlah earning yang aku dapat sekarang (yang dok pending dan belum cashout), rasanya dah lebih RM3k kot. Cuma aku tak boleh nak campur dengan jumlah terkini sebab duit tu belum dapat lagi.
Apa-apa pun, memang betul la yang kita sememangnya boleh buat duit melalui blog. Cuma banyak atau sket tu bergantung bagaimana kita mengemudi blog tersebut. Senang cakap, harus kerja kuat sket plus sedikit ilmu.
Ok lah.. Rasanya cukup sampai sini je la kot entri penutup untuk tahun 2009 ni sebab tulis panjang-panjang kang, bosan plak korang nak baca. Dah la blog aku ni sememangnya membosankan. Tak gitu? Huhu..
Sebelum tu, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat Nuffnang, Advertlets, Innity dan beberapa valued advertiser walaupun aku tahu diorang tak baca pun blog picisan aku ni. Hee.. Yer la, tanpa diorang ni dah sah-sah misi buat duit melalui blog ni totally failed kan. Silap-silap nak dapat RM10 pun susah.
Tak lupa juga ucapan terima kasih kat korang yang sudi meluangkan masa lepak kat blog aku ni sebab tanpa korang, rasanya susah juga nak dapatkan earning2 tu. Huhu.. Oh ya, thanks juga kat Denaihati sebab dari jumlah terkumpul tu, banyak juga yang aku dapat dari blog contest yang beliau anjurkan. Salah satunya aku dapat RM250 untuk contest Weblog Popular 1Malaysia.
Sebelum terlupa aku nak bagi tahu kat korang yang blog ni maybe akan jadi blog lengang sebab ianya hanya akan diupdate bila ada benda yang aku nak kongsi dan ceritakan saje. Senang cakap, akan jadi blog personal. So, ada baiknya korang follow twitter aku di sini (lepas follow, korang mention la yer). Bila dah follow, senang la korang nak tau update terkini kat blog ni.
Lagi satu, kalau rasa takde benda nak layan kat blog ni, korang boleh ler layan www.zonbebas.com sebab blog tu akan diupdate dengan apa sahaja yang pastinya sangat best (best ke?) untuk korang layan. Huhu..

Ok ok.. aku tau aku dah panjang melalut walaupun tadi dah cakap cukup. Huhu.. So, sebagai entri penutup untuk tahun 2009 ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru 2010 dan semoga di tahun 2010 nanti semuanya akan baik-baik belaka. InsyaAllah.
SELAMAT TAHUN BARU 2010



34 Comments to “Misi gagal dan selamat tinggal 2009”