Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hi guys, apa khabar hari ni? Hopefully korang sihat la yer. InsyaAllah. Dan sebelum korang layan entri ntah apa-apa ntah aku kali ni, aku nak tanyalah, korang dah usya blog Apiih (ala, yang slumber je promo blog beliau kat blog aku ni. huhu..)?

Lately aku agak ketiadaan masa meng’onlinekan diri sampaikan blog aku yang tak femes ni pun aku tak terlayan apatah lagi blog korang yang super femes tu kan. Malah nak baca kesemua entri yang terpilih as entri terbaik untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pun tak menyempat *sigh. Sorry yer bro Denaihati, bukan aku sengaja tapi serius aku tak boleh nak elak. Kalau la aku dapat online seperti biasa, pastinya aku akan jadi orang pertama yang memberikan undian untuk entri yang layak dinobatkan as entri terbaik. Huhu..

Dipendekkan cerita, seminggu dua ni aku sibuk tolong akak aku bersihkan tempat tinggal baru mereka sekeluarga. Tak cukup hanya bersihkan, kena tolong punggah barang yang dah diangkut dari tempat tinggal lama pulak. Lepastu, kena pulak tolong atur barang-barang tu kat tempat yang sepatutnya. Fuh, betul-betul mengerah keringat dowh. Korang bayangkanlah, dari rumah kosong tetiba korang kena letak barang-barang kat dalam tu siap kena jadi interior designer tak bertauliah. Penat beb! Sekarang pun tak habis lagi.

Yang tambah aku jarang meng’onlinekan diri adalah kerana kat tempat tinggal baru akak aku tu takde internet. Yer la, kalau dah takde akses internet macam mana nak online kan? Aku ada juga bawak laptop cap ayam aku ni sebab nak test kot-kot boleh dapat wifi free, jadi sambil-sambil rehat tu boleh la layan twitter ke apa kan, tapi harem takde. Choi.. Aku plak takde benda-benda broadband ni, so memang menahan ketagih la jawabnya. Dan paling aku risau tahap gaban ialah, aku juga bakal tinggal kat rumah yang takde akses internet ni. Arghhh.. Matilah macam ni. Ada sesiapa nak sponsor aku broadband? Huhu..

Dalam perancangan sekarang ni, aku nak bodek akak aku supaya pasang streamyx kat rumah tu. So, kalau berjaya, boleh la aku numpang guna D-Link wireless router yang aku beli sejak tahun lepas tapi sampai sekarang tak guna-guna lagi. Kalau tak berjaya, kenalah aku buat pilihan yang super bijak samada pindahkan streamyx aku sekarang ni ke sana ataupun apply celcom broadband. Bingung siot seh!

Ok la, takde benda sangat pun aku nak tulis sebenarnya. Saja nak mengada-ngada bagi tau kat korang kenapa aku dah jarang online lately. Uhuk.. Dan kalau sempat, malam karang aku nak tunjukkan bilik aku yang masih kosong tu kat korang. Mana ler tau kan, lepas tunjuk bilik yang takde apa-apa tu, banyak sponsor yang masuk ibarat coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum. Muahaha..

Related Posts with Thumbnails

advertisement

Diterbitkan pada 7 February '10 oleh Azizwan™.
Diletakkan dalam kategori Personal

8 Comments to “Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online”

#1 Posted by denaihati (07.02.10 at 15:37 )

HIdup gitulah kadang sibuk kadang tak sibuk dan kadang menyibuk….semuga semuanya lancar

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@denaihati mcm tu la bro.. tp yg menyibuk tu dah masuk bab lain dah tu. huhu..

anyway, sempat juga aku ngundi entri terbaik setelah membaca dgn rush’nya :)

[Reply]

#2 Posted by h3r0 (07.02.10 at 19:07 )

Waa.. ada bakat azizwan jadi cam eric deco-deco…he he he

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@h3ro muahaha.. takde maknanya nk jd ‘deko bersama eric’ tu.. aku ckp je jd interior designer sbb kerja angat, atur, pindah, atur lagi.. lagi & lagi. huhu..

[Reply]

#3 Posted by apiih (07.02.10 at 19:08 )

korang dh usha ke blm blog apiih tuh??ekekeke..hehe…bro azizwan mmg rajin tlong akak yerk,tp malang xde internet situ ..hampeh..amik jer Broadband..alaah..bukan mahal pon…byk wat promosi sekarang nih..huhuhu

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih takde la rajin mana pun bro.. tolong pun sbb ada udang disebalik mee gorang. huhu..

bukan taknak ambil broadband tp mcm tak puas plak rasanya nk online guna broadband sbb’nya ada limited bandwidth. tu yg tak sedapnya tu.. tp tgk la mcm mana. klau dah betul2 tak tahan, angkat broadband la jawabnya..

[Reply]

apiih Reply:

haha..bgs…rembat jgn x rembat..angkat saja…wakakakaka

[Reply]

[...] yang dijanjikan pada entri lepas, aku nak kongsikan beberapa gambar sekitar ruang bilik aku yang masih kosong yang mana ianya bakal [...]








Blog ini menggunakan Akismet bagi mengawal SPAM. Oleh itu, jika komen anda gagal dipaparkan secara terus, berkemungkinan besar ianya masuk ke kotak SPAM. Jika itu terjadi, anda tak perlu risau kerana kami akan membuat semakan terhadap kotak SPAM kami pada setiap hari dan akan mengapprovenya jika perlu. Pengajarannya, don't do SPAM yer.