Mari Kita Renungkan Sejenak

Sekadar update ringkas dikala online menggunakan dial-up yang kelajuannya memang ‘superb’ mengalahkan kura-kura malah siput juga mungkin.
Tadi Wan dapat mesej dari bro fizz yang dihantar melalui YM. Baca punya baca, nampaknya bolehlah Wan buat satu entri kat blog dengan mesej tersebut walaupun ianya agak ringkas. Tapi itu tak penting kerana apa yang penting ialah kandungan mesej tersebut. Panjang berjela pun tak guna juga kalau langsung takde input macam kebanyakkan entri yang ada kat blog ni. Huhu..
Ok, tak nak buang masa korang yang sangat berharga itu dengan opening yang ntah apa-apa plus ke utara, timur, selatan dan barat mungkin.. Korang teruskanlah bacaan sehingga kenoktah yang terakhir pada entri ini kerana seriously Wan katakan yang ianya sangat penting dan sungguh bermanfaat untuk kau ambil kisah. Percayalah!
Kenapa kita tidur di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga?
Kenapa terlalu susah untuk berkata tentang Allah tapi terlalu senang untuk berbicara tentang dunia?
Kenapa kita terlalu bosan (malas) untuk membaca al-Quran tapi terlalu senang membaca
blogmajalah?Kenapa kita terlalu mudah memadam mesej berkenaan Islam tetapi terlalu senang menyebarkan mesej yang kurang elok?
Kenapa masjid-masjid semakin kurang jemaahnya sedangkan bar-bar dan kelab-kelab malam semakin ramai pengunjungnya?
Oleh itu, bersama-samalah kita memikirkan tentangnya. Adakah anda akan menyebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete)? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua.
Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.
Psstt: Contest akan bermula sejurus sahaja streamyx Wan kembali pulih seperti biasa. Mungkin esok atau lusa. Entah la.
hihi..



7 Comments to “Mari Kita Renungkan Sejenak”