Macbook Pro 13″ – My New Laptop

Aku tak tahu nak mulakan macam mana jadi direct to the point, aku dah beli sebijik Macbook Pro 13″ pada hari Sabtu lepas (07 Ogos 2010). Alhamdulillah, hasrat untuk memiliki Macbook Pro akhirnya tercapai juga dan apa yang pasti, entri ni merupakan entri pertama yang aku taip menggunakan Macbook Pro tu. Terkial-kial siot. Huhu..
Harga Macbook Pro 13″ ni rasanya semua orang pun dah tahu iaitu RM3899. Memandangkan aku ni bukan pelajar maka terpaksalah aku bayar harga tu. Aku ada tanya pasal harga pelajar. Dia kata boleh je dapat tapi kena buat surat bagai. Surat tu pulak kena ada letter head sekolah plus cop uni/kolej. Aku yang bukan student ni nak buat macam mana?

Kenapa aku beli Macbook Pro dan bukannya Macbook je yang harganya lebih murah? Yup, harga Macbook memang lebih murah dari Macbook Pro walaupun spec lebih kurang je tapi ntah la, aku tak berapa nak suka dengan kaler putih Macbook tu. Sebab tu la aku pilih Macbook Pro. Kenapa bukan laptop lain? Sekali-sekala nak tukar angin guna Mac OS X.

Actually aku takde sebab khusus kenapa aku beli Macbook Pro ni sebab aku hanya guna untuk online dan sedikit kerja yang tak perlu rasanya aku beritahu kerja apakah itu. Malahan aku tak perlukan apa-apa software yang berat dan canggih. Yer la, aku ni bukannya engineer apatah lagi orang profesional. Huhu.. Tapi sebab aku dah nak dan kebetulan ada sedikit sen, so aku belilah. Boleh macam tu? Hee..
Apa yang pasti, grafik Macbook Pro ni memang mantap siot. Terbaik! Kalau banding ngan laptop Acer aku tu, bagai bumi dan langit bezanya.

Kalau korang nak nengok SPEC Macbook Pro 13″, korang boleh USYA DI SINI
Dengan rasminya, aku namakan Macbook Pro ni sebagai Encik Apple.
Rasanya tu je la update untuk entri ni sebab dah tak tahu lagi nak tulis apa. Nak review? Aku tak reti sangat bab-bab review ni. Lagipun baru berapa hari je aku guna Macbook Pro ni. Banyak lagi yang aku tak tahu dan kena explore. Nampaknya, terpaksalah aku merajinkan diri bertanya kat pakcik Google lepas ni. Kalau tak, memang zero la jawabnya. Kui3..

Oh ya, alang2 dah beli Macbook Pro ni, aku pun rembatlah sekali backpack sebab Macbook takde beg free macam kebanyakkan laptop. Yer la, kalau bawak jenjalan takkan aku nak angkut guna kotak je. Buang tabiat ape? Aku beli backpack DELKIN. Harga RM129 tapi sebab ada voucher dari pembelian Macbook Pro tu, aku dapat rebet RM40. So aku hanya bayar RM89.
P/s: Sape-sape yang guna Macbook Pro tu dan sudi nak bantu aku yang noob ni, meh bagi akaun twitter untuk aku add. Nanti boleh la aku tanya-tanya.



94 Comments to “Macbook Pro 13″ – My New Laptop”