Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Luahan ‘seseorang’ mengenai arwah Michael Jackson

Michael Jackson

Sejenak melayan laman hiburan Zon Artis, aku terjumpa satu komen yang ditulis agak panjang. Pada mulanya aku tak berapa nak layan komen tersebut ditambah lagi ianya ditulis tanpa perenggan. Tapi bila aku baca dari awal sehinggalah ke titik (noktah) yang terakhir, rupa-rupanya ianya komen yang mahu menyatakan bahawa Michael Jackson sememangnya sudah memeluk agama Islam. Dan daripada pembacaan aku itu juga, aku dapat rasakan seperti apa yang disampaikan oleh nora aziz (Nora Bridal Creation) itu ada benarnya.

Oleh kerana itu, aku tertarik untuk menyalin semula dan meletakkannya di sini untuk bacaan kita semua. Kalau korang ada masa terluang tu, aku sangat syorkan agar korang turut sama membacanya. Namun jika sebaliknya, apa kata korang bookmark dulu entri ini dan bacanya bila anda lapang nanti. Boleh kan? Berikut adalah apa yang dituliskan itu:

Assalamualaikum semua,

Saya terpanggil untuk mengisi laman ini semata-mata ingin berkongsi dengan semua peminat-peminat yang menyanjungi insan luar biasa seperti Michael Jackson. Saya dibesarkan di dalam tahun Michael Jackson dibesarkan dan semenjak saya mengenali erti music, saya amat menggemari akan lagu-lagu dan irama ‘dance’ yang dipersembahkan. Saya juga pernah mengambil kesempatan untuk menyaksikan persembahan konsert beliau di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu dan bertuah rasanya diri ini kerana dapat bertemu dan juga bersalaman dengan beliau secara dekat di Concorde Hotel sewaktu dahulu.

Sememangnya saya turut tersentuh dan bersedih diatas apa yang berlaku. Ia begitu menyayat hati apabila mengikuti kisah riwayat perjuangan Michael Jackson ini dipentas seni. Bukan sahaja kerana persembahan beliau yang unik dan juga hebat. Namun kisah kehidupan sehariannya juga mengundang pelbagai spekulasi sehingga turut merubah kehidupan beliau. Beliau di hina dan juga dicerca oleh pelbagai majalah sensasi sehingga dituduh dengan pelbagai tuduhan yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa membayar kes-kes tersebut bagi menutupinya dengan jumlah yang begitu banyak.

Namun mengenali Michael dari Video-Video yang ditayangkan dan juga mendengar kisah keperibadiannya daripada orang-orang yang pernah berdampingan dengan beliau… beliau sebenarnya adalah seorang insan yang amat baik, dan juga pemurah. Kerjaya beliau pernah di iktiraf sebagai “The Greetest Selling Album of All Time”, seharusnya dengan pencapaian yang sedemikian rupa beliau sepatutnya tidak berhadapan dengan masalah beban hutang yang begitu besar menyebabkan beliau terpaksa mengambil jalan yang drastic untuk mengadakan konsert secara besar-besaran di 02 Arena, Kota London bagi menyelesaikan hutang-hutang tersebut terutama sekali untuk menyelamatkan harta yang paling beliau sayangi iaitu estet kediaman peribadi beliau di ‘Neverland’ Santa Barbara county. Namun apa kan daya belum sempat perjuangan beliau berakhir bagi menyelesaikan masalah bebanan hutangnya, beliau terpaksa meninggalkan muka bumi ini dan mewasiatkan orang-orang yang dipercayai bagi menyelesaikan masalah bebanan kewangannya.

Kini timbul pula pelabagai spekulasi, selepas upacara memorial tersebut mengapa jenazah beliau tidak di kebumikan lagi?. Sudah tentu ia mengundang pelbagai andaian kerana seperti apa yang dikatakan oleh Larry King ketika di temuduga selepas upacara memorial tersebut, ini adalah kali pertama beliau melihat upacara yang sedemikian rupa. Belum pernah terjadi dalam mana-mana upacara memorial artist-artist selebriti antarabangsa jenazah di bawa masuk kedalam memorial tersebut. Mengapa ini terjadi?.

Selepas melakukan pelbagai penghayatan tentang insiden pemergian Michael Jackson ini semenjak hari pertama beliau telahpun disahkan meninggal dunia oleh abang kandungnnya iaitu Jermaine Jackson, saya mempunyai beberapa andaian yang mungkin menguatkan kesahihan bahawa kemungkinan besar keluarga Jackson ini ingin menunaikan hasrat Michael sendiri di sokong padu oleh abang kandungnya supaya jenazahnya dapat di kebumikan secara islam tanpa pengetahuan daripada dunia luar lebih-lebih lagi pihak paparazi yang begitu tergila-gilakan berita sensasi mengenainya.

dan perlu diketahui Michael Jackson mempunyai berjuta insan di seluruh dunia ini yang tergolong daripada mereka yang berugama kristian. Jadi sudah tentulah sekiranya pengkebumian Islam tersebut dilakukan secara terbuka maka mereka yang mempunyai fahaman radikal kristian bimbang sekiranya ramai diantara peminat-peminat Michael Jackson juga akan turut berubah arah memeluk agama Islam ini. Dan perkara ini tidak akan dibenarkan sama sekali oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ahli keluarga Michael Jackson sendiri seperti bapa saudaranya yang membimbing ahli politik manority kulit hitam iaitu Al salthran yang turut berucap pada acara memorial tersebut.

Ahli keluarga Michael Jackson juga selain daripada Jermaine Jackson yang telah pun memeluk agama Islam sejak 20 tahun lalu adalah berkefahaman Johanah Witnesses, dan mereka amat memegang kuat akan tradisi kefahaman keluarga ini dan berada di dalam keadaan yang sedemikian, Jermaine atau pun Jenazah Michael Jackson sendiri tidak berdaya untuk menghalangnya namun terpaksa juga redha akan keputusaan jemaah ahli keluarga ini.

Pengalaman saya belajar di Amerika Syarikat selama hampir setengah tahun membuatkan saya faham akan apa yang berlaku dan tidak merasakan ia pelik. Di mana saya juga ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa masayarakat kulit hitam Amerika Syarikat yang berugama islam tidak akan dibenarkan sama sekali untuk menyuarakan pendirian mereka. Mereka harus mengikut undang-undang yang telah dikenakan oleh kumpulan aktivis yang telah memenangi parti politik tersebut dan kebetulan pada waktu ini Al Satran adalah ahli politik untuk kumpulan kulit hitam di California. Dan bagi kebanyakan ahli keluarga kulit hitam ini dibesarkan di dalam kefahaman Johanah Witnesses. termasuk ahli keluarga Michael Jackson sendiri.

Jadi untuk atur cara ziarah bagi memperingati jenazah, (memorial) adalah wajib untuk ahli keluarga tersebut mengikuti kefahaman atau pun adat keluarga Johanah Witnesses ini sebelum ia disemadikan, dan selepas atur cara majlis itu barulah ahli keluarga akan memilih kepercayaan agama masing-masing untuk aturcara pengkebumian pula. Dan rata-rata penganut kefahaman Johanah Witnesses, mayat haruslah dibakar dan abu mayat tersebut di lepaskan dibawah cahaya bulan yang terang supaya rohnya lepas bebas. Namun sekiranya si mati berugama Islam, ia perlu di semadikan dan ini menguatkan kabar angin bahawa Michael benar-benar memeluk agama Islam.

Pembaca bolehlah goole melalui laman internet untuk mengetahui lebih lanjut lagi akan article berkenaan iaitu bertajuk “Black American Muslim Society Will Never Stand For Their Justice”.

Michael jackson memeluk Islam dan meninggal dunia sebelum beliau sempat mengabarkannya. Dan ada sumber-sumber mengatakan beliau ingin mewawarkannya sendiri apabila melakukan konsert “This is it” secara besar-besaran di O2 Arena, kota Londan nanti. Tercetus pula andaian ada pihak-pihak zionist yang telahpun menghidu berita ini tidak menyukainya dan Michael dikatakan telah pun di bunuh secara terancang. Pihak penyiasatan optopsi keatas jenazah Michael tidak dapat mencari bukti-bukti yang sahih bagaimana kejadian bolih menyebabkan jantung beliau tiba-tiba terhenti dan seterusnya meninggal dunia sehingga menyebabkan pihak DEA terpaksa campur tangan dan akibatnya jenazah Michael yang dikembalikan kepada ahli keluarga terpaksa di terima tanpa organ otak Michael untuk pihak tersebut melakukan kajian secara menyeluruh.

Inilah beberapa punca-punca mengapa pengkebumian ini terpaksa ditunda oleh ahli keluarga Michael berminggu lamanya dan berada di dalam situasi Jermaine Jackson, ia bukannya mudah. Selain daripada terpaksa berhadapan dengan ahli keluarga yang berfahaman Johanah Witnesses semenjak dilahirkan lagi dan masyarakat dunia yang begitu menghargai juga menyayangi Michael Jackson. Beliau terpaksa mengambil jalan yang berhati-hati dan juga teliti untuk mengabui mata media, masyarakat dunia dan juga kepuasan bagi semua pihak. Namun sebagai seorang Islam, yang percaya akan qada & kadar Tuhan, tidak usahlah kita meraguinya lagi.

Michael bukan dibesarkan didalam Negara Islam dan beliau juga bukan menganut agama Islam dari kecil. Kehidupannya begitu complex dan menyayat hati dan ahli keluarganya tidak mahu lagi pihak luar menyakiti Michael lagi. Kita seharusnya redha dengan apa yang terjadi tanpa berasa curiga ataupun mencemuhnya. Serahkan segalanya kepada Allah s.w.t yang esa dan sudah pasti abang Michael jackson sendiri iaitu Jermaine Jackson akan mengendalikannya sebaik mungkin kerana beliau adalah seorang yang amat beriman.

Bagi peminat-peminat Michael yang amat menghargai juga menyayangi beliau, kita seharusnya berasa beruntung kerana banyak bukti-bukti bahawa beliau telahpun merancang untuk masa depan beliau. Yang paling ketara 2 tahun sebelum pemergian beliau, beliau telahpun mengosongkan estet kediamannya di ‘Neverland’ dan sepanjang 2 tahun tersebut beliau banyak kali berhijah ke negara-negara teluk dan di akhir lawatannya beliau ke Bahrain dan dikatakan ingin menginap disitu. Kembalinya ke L.A, semata-mata ingin menyelesaikan masalah bebanan hutangnya dengan cara melakukan konsert buat kali terakhir di 02 Arena.Kota London.

Dan terdapat beberapa bukti yang paling ketara, Jermaine tidak putus-putus memuji “Allah s.w.t” setiap kali beliau diajukan soalan berkenaan dengan “Michael”. Namun seperti biasa pihak Media tidak mengendahkannya dan beberapa kali cuba untuk menutupi ucapan Jermaine itu. Dan bukti yang terakhir kali jika kita peka pada upacara “Memorial” itu perhatikan Jermaine. Beliau membawa tasbih ditangannya, keranda pula tidak ada sebarang tanda palang Kristian manakala selepas upacara “memorial” itu, jenazah dikembalikan semula ke Florest Lawn. Kemungkinan upacara pengkebumian secara Islam akan dilakukan secara tertutup, bukan dalam waktu yang terdekat ini mungkin. Kerana organ otak Michael masih belum dikembalikan lagi ke jasadnya dan permohonan untuk mengkebumikannya di Neverland masih belum lagi mendapat kelulusan daripada Santa Barbara County.

Sama-samalah kita berdoa semuga roh Mikaeel Jackson benar-benar dikebumikan secara Islam dan semuga rohnya di rahmati oleh Allah s.w.t.

Semoga roh beliau (Mikaeel Jackson) dirahmati Allah s.w.t. Amin

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 July '09 - Kategori: Must Read, Religion

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , .

30 Comments to “Luahan ‘seseorang’ mengenai arwah Michael Jackson”

09.07.09 at 02:16
Posted by x-po

walaupun pnjg, aku ttp berminat nk bcnya..aku rs mmg btl katanya psl org zionis ada rancang sesuatu kt MJ…biasa la org yahudi, xsng dgn kjayaan org islam

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po: bagus la kalau kau baca habis bro. tabik spring kat ko.. yg pasal zionis tu plak kita hanya boleh buat andaian je since masih takde bukti yg mengatakan bahawa diorg yg buat benda tu..

[Reply]

09.07.09 at 02:56
Posted by vie

Kematian MJ adalah jenayah terancang?betul ke ni

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@vie: soalan ni tanya kat siapa ni? huhu.. mcm tak sesuai je tanya ‘betul ke ni’ sedangkan kat atas tu langsung takde ckp bahawa kematian MJ adalah jenayah terancang melainkan cuma ditulis yang ianya adalah ‘andaian’.. so, jgn panik yer. hehehe..

[Reply]

09.07.09 at 08:44
Posted by Jaws

aku dr dulu tak pernah endah pasal MJ ni..
tapi pas aku dgr satu lagu die, mmg aku rasa menusuk kalbu..
You Are Not Alone
dari situ aku start minat nak tau pasal MJ..
betul..
even panjang, aku minat nak baca…
trimas atas info..
MJ u are the great!!!!

Azizwan Reply: lagu you are not alone tu kalau dengar time sedih plus dihayati betul2, memang boleh mengalirkan air mata :cry:

anyway, tabik kat ko sbb baca smpai habis..

[Reply]

09.07.09 at 09:24
Posted by PakciQue

Panjang! Dan aku banyak skip. Namun aku dapat tangkap apa yang cuba di sampaikan.

Memang banyak spekulasi yang boleh dibuat dan dikaitkan. Tapi, biasalah. Cerita-cerita high profile ni memang mengundang perasaan ingin tahu setiap orang.

Azizwan Reply: paling kurang pun ko baca drpd langsung tak baca. ye tak? huhu.. high profile bro, biasalah.. kalau tak high, takde’nya org nak sibuk2 nk tau. hehe..

[Reply]

09.07.09 at 10:17
Posted by ezany

aku baca sume.. hehe..

baru faham ape yg terjadi sbenarnya.. aku pun xpnah tau abg dia dah peluk agama islam..

Azizwan Reply: tabik kat ko ezany sbb baca habis. huhu.. tp kan, biar betul kau langsung tak tahu yg abg dia dah masuk islam sblm ni? mcm tak caya je aku :?:

[Reply]

09.07.09 at 11:24
Posted by yaya

dah agak dah. mesti ada kaitan gan kemasukan MJ ke dunia islam. dah agak dah mesti kejadian masa macam puteri diana. ale2x tade bukti yg dpt sahkan. sumenya tak mustahil ar.

[Reply]

09.07.09 at 16:06
Posted by Mr.Bintang

Aku pun dah baca dari mula sampai abis sejak text ni ade kat komen zon artis lagi.. hahaha.. tu la.. cam ade betul gak ape yg dia cakapkan tu..

[Reply]

09.07.09 at 23:08
Posted by inas

GIVE THANKS TO ALLAH mmg dia ke nyanyi?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@inas: aku dengar pun macam tu juga.. tp since aku cari jawapan’nya, lagu tu kononnya juga dinyanyikan oleh Zain Bhikha.. jd soalan kamu ni aku hanya boleh jawab, tak pasti..

[Reply]

nora aziz (Nora Bridal Creation) Reply:

MJ sepanjang hayatnya ada menyanyikan beberapa lagu nasheed, namun hanya didedahkan kepada peminat yang terpilih sahaja dan dengar cerita beliau telah memalsukan kematian beliau yang hebuh diperkatakan saat ini. Kemungkinan selepas come backnya beliau akan mendedahkan kemasukan diri beliau ke dunia Islam dan mungkin akan memasarkan lebih banyak lagi lagu-lagu yang berunsur keislaman dan kemanusiaan. Kita sama-sama nantikan. InshaAllah.

[Reply]

09.07.09 at 23:59
Posted by Nikuve

Nikuve rasa cam nak nangis jer dgn lagu You are not alone… sob..sob… dunia ni memang kejam jika didiami yahudi nasrani…. :mad: Memeng kejam….!!!!

[Reply]

10.07.09 at 03:06
Posted by azizan4444

banyak spekulasi tentang MJ ni. pendapat org berbeza2 kn tp aku rase ada btol gak die ckp..

ps:panjang xpe komen die sbb ayat die tersusun kemas,bez nk bace,hehe

Azizwan Reply: betul la tu, dah nama pun pendapat kan so takde jawapan tepat utk itu. lainlah kalau soalan objektif yg ada pilihan jawapan tu. hahaha..

psstt: kalau tgk komen ni kat zon artis tu, berpinar gak mata :shock: sbb takde perenggan. yg ni aku dah edit bg perenggan. huhu..

[Reply]

10.07.09 at 04:16
Posted by alone

ada benarnya kata2 itu. selepas aku baca komen kat Zon Artis tu, aku ada sembang2 dengan member2 aku dan diorang pun kata ada benarnya.

Yelah, konspirasi. Who knows?

[Reply]

10.07.09 at 10:44
Posted by alesyahana

Salam en.azizwan..mengenai post MJ, yup memang benar MJ Islam coz mak cik sy kawan baik MJ sejak 80-an lg …pasti anda pernah dengar nama mak cik sy ..Sara Yaacob (dulu dia seorg penyanyi dlm BI) sy xmo mengulas mengenai makcik sy ni dan masih menetap di AS..tp memang benar luahan tersebut.Mereka terpaksa merahsiakan keadaan sebenarnya…begitu juga tentang isu mengenai Princess Diana..siapa tahu dia sebenarnya sudah memeluk Islam. hermm..setakat ini saje…sekian.

Azizwan says: salam kembali alesyahana..terima kasih bebanyak sbb share about it.

[Reply]

10.07.09 at 12:25
Posted by pear

Aku dah baca…aku rasa orang yang comment kat blog zonartis tu..tul tul tahu..writing dia pun best nak baca..cuma tak de perenggan.

[Reply]

11.07.09 at 07:33
Posted by alifstyle

Mungkin mereka menganggap, MJ sudah murtad dari agama mereka dan wajib dibunuh.

Apakah?

[Reply]

11.07.09 at 12:26
Posted by chapit

Salam..
Ya, sampai habis saya baca.
apa yg diperkatakan tu memang boleh kita aku.
Jenayah terancang?
yeah, perhaps.
sape tahu kan?

[Reply]

13.07.09 at 00:29
Posted by emme

Salam, andaian aku dari awal lagi adalah kematian MJ memang sudah dirancang pihak tertentu! :evil:

[Reply]

14.07.09 at 09:44
Posted by loveislam

Salaam…memang tersentuh hati dgn apa yg di baca,mohon Allah beri petunjuk untuk mengetahui kebenarannya…Wallahualam.

[Reply]

14.07.09 at 20:18
Posted by nora aziz

salam azizwan,

Finally jumpa jugak blog you dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi perenggankan text yang asal. Dan most of all willing to share my idea with the rest. Sebenarnya cuba nak buat perenggan dalam blog zoneartist tu tapi memang tak boleh. Sorrylah buat mata you berpinar2. He..he..

Nampak gaya apa yang saya katakan mungkin ada kebenarannya dan baru-baru ini fikiran saya turut di kongsi oleh ayah Michael sendiri iaitu Joe Jackson dan juga kakak Michael iaitu La Toyah Jackson bahawa kemungkinan anak/adiknya mati di bunuh. Cumanya kenapa beliau di bunuh adalah dari pandangan yang berbeza.

Ahli keluarga Michael beranggapan bahawa mereka yang mendampingi Michael sejak kebelakangan ini ingin mengambil kesempatan daripada kekayaan Michael di mana pada mulanya Michael hanya ingin mengadakan 10 tarikh konsert sahaja dan bukannya 50 konsert seperti yang telah dirancangkan oleh AEG LIFE. Oleh kerana terlalu tertekan Michael cuba untuk tidak melakukannya dan telah pun melantik seorang spokeman bagi pihak dirinya untuk cuba meleraikan masalah ini kerana ternyata pada usia yang ke 50 tahun beliau sudah tidak larat lagi untuk beraksi di dalam konsert yang begitu panjang. Akibatnya oleh kerana mereka yang terbabit bimbang tidak dapat mengaut kekayaan tersebut telah cuba untuk menstabilkan kesihatan Michael dengan memberikan beliau suntikan dadah yang berlebihan, namun malangnya ia gagal dan menyebabkan system imune badan beliau gagal berfungsi dan seterusnya beliau mati terbunuh.

Mengikut kata La Toyah selepas diwawancara, beliau tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut dan banyak pendapat mengatakan ia dilakukan oleh NOI (Nation of Islam) – tetapi dari apa yang saya tahu NOI telah lama disingkirkan oleh advisor Michael yang baru iaitu Dr Tohme vs Tohme. NOI adalah kumpulan radikal Muslim kulit hitam yang telah di lantik oleh Jermaine Jackson pada tahun 2003 untuk mengawal keselamatan Michael dan juga anak-anaknya dan selepas kumpulan ini di hentikan perkhidmatannya pada tahun 2004, Dr Tohme telah mengambil alih kesemua urusan mengenai kewangan Michael – menurutnya untuk menstabilkan dari segi perbelanjaan dan juga pendapatan beliau. Ini termasuk lah bagi memperkenalkan Michael kepada konsert promoter iaitu AEG Life. Dr Tohme adalah seorang Labanise dan kemungkinan besar juga beliau adalah seorang Jew (Yahudi).

Bagi saya ia ada juga kaitan dengan Islam, mengapa NOI diberhentikan perkhidmatannya?. Mungkinkan kerana ramai yang mengaku baik dengan Michael tidak suka akan perkembangan baru akan dirinya yang telah pun memeluk agama Islam sehinggakan pada saat-saat akhirnya ahli keluarga Michael juga dilarang untuk berjumpa dan bertemu dengan beliau sendiri akibat jadual rehersal untuk konsert tersebut yang begitu padat. Dan yang paling mencurigakan konsert reunion bersama ahli keluarganya yang lain iaitu Jackson 5 di tolak sama sekali oleh Michael. Inilah persoalannya. Kemungkinan ada betulnya apa yang telah difikirkan oleh ahli keluarga Michael sendiri bahawa pembunuhan tersebut di rancang samaada dari segi ugama atau pun untuk mengaut kekayaan bagi mengisi kocek masing-masing.

Jawapan samaada Michael adalah seorang Islam atau pun tidak, setakat ini masih belum terjawab secara sah dan segalanya berserah kepada Allah s.w.t. kerana saya belum berkesempatan untuk bertanya dengan kenalan rapat yang benar-benar mengenali Michael secara dekat. Kehilangan Michael amat menyedihkan bagi semua pihak termasuklah diri saya. Namun dari segi perlakuan kemungkinan ada kebenarannya dimana Michael sudah tidak mahu lagi beraksi di pentas dan beliau dikabarkan hanya berminat untuk menerbitkan filem sahaja. Dan setiap kali beliau muncul gaya beliau juga seumpama abangnya Jermaine, dimana beliau seringkali mengangkat kedua tangannya seumpama berdoa dimana sebelum ini beliau belum pernah beraksi sedemikian rupa. Bukankah itu menunjukkan beliau telah memberikan tanda-tanda yang beliau telahpun memeluk ugama Islam? Dan lagi banyak pihak yang mengkaji wasiat Michael mengatakan bahawa wasiat yang beliau tinggalkan mengikut hukum Islam. (Dalam Astro Awani baru-baru ini) Cumanya kemungkinan besar beliau tidak mahu kabar tersebut dieksploitasikan oleh pihak tabloid yang suka memburuk-burukkan nama beliau, akhirnya beliau hanya bertindak mendiamkan diri sahaja.

Seorang kenalan saya yang berpengaruh telah terbang ke LA dan menghadiri sendiri majlis tertutup memorial tersebut di Florest Flawn Cemetery. Kerana beliau amat akrab dengan abang Michael. Katanya tiada sebarang upacara sembahyang dilakukan pada upacara tersebut. Ia hanyalah upacara menziarahi jenazah sahaja dan jenazah Michael disiapkan dengan baju, solekan dan juga tidak ketinggalan sarung tangan yang berwarna putih. Upacara ini dikhaskan untuk kenalan rapat dan untuk ahli keluarga Michael sahaja. Dan mengikut kata beliau upacara tersebut dihadiri oleh ramai kenalan rapat yang tergolong daripada selebriti artist terkenal Hollywood yang kebanyakannya berugama Kristian – jadi seperti yang saya katakan dahulu, tradisi Johannah Witnesses ini memang sukar untuk diketepikan oleh ahli keluarga Michael lebih-lebih lagi oleh ibu Michael sendiri iaitu Katherine Jackson. Kabarnya Jermaine berhadapan dengan masalah besar bersama ahli keluarganya akan penyempurnaan pengkebumian tersebut dan beliau terpaksa akur. Pun begitu at certain respect kemungkinan Jermaine masih lagi berusaha untuk memujuk ahli keluarganya bagi menyempurnakan jenazah tersebut dan sehingga kini jenazah masih belum dikebumikan lagi.

Setelah keadaan tenang semula saya akan mendapatkan maklumat secara sah dari kenalan saya ini dan akan berkongsi dengan pembaca di blog ini. Samaada benar atau tidak Michael telah pun memeluk ugama Islam. Bagi saya kemungkinan berita ini benar kerana beliau pernah mengiakannya. Dan berita ini hanya diketahui oleh Jermaine sahaja bagi menguruskannya manakala bagi ahli keluarga Michael pula, walau pun mereka mengetahuinya namun mereka sukar untuk mengenepikan kefahaman Johannah Witnesses tersebut. Itulah firasat saya.

Saya percaya akan qada dan qadar dari Allah s.w.t dimana Allah itu maha adil dan juga saksama. Walau bagaimana sekali pun jenazah itu dikendalikan, sungguh pun ia dibakar sekiranya pada zahirnya seseorang itu telah pun memeluk ugama Islam, dia tetap Islam disisi Allah s.w.t dan rohnya akan ditetap dikumpulkan kealam barzah untuk dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Kita hanya berdoa semuga rohnya dikumpulkan bersama orang-orang mukmin yang lain kerana beliau telah banyak berhadapan dengan tohmahan yang mengaibkan semasa beliau hidup dan ganjarannya roh beliau akan dicucuri rahmat yang berkekalan daripada Allah s.w.t – Amin.

Azizwan says: salam.. wah, rajinnya menaip.. kita plak tak larat nk baca. huhu.. tp jgn risau, sbb aku dah baca habis dah pun. hehe..

anyway, tq bebyk yer sbb sudi share cerita dan berita about arwah MJ ni.. klau ada lg nak dikongsi, tuliskan je la yer even panjang mcm mana sekalipun krn aku sentiasa membuka seluas-luasnya kotak komen ini :)

[Reply]

15.07.09 at 07:27
Posted by aloqmalai

wahhh…sungguh terkesima aku membacanya…tq Azizwan n nora for sharing….
**aku tunggu update seterusnya dari angpa 2..serius sedih aku baca cerita tu..dah makin complicated…huhuhu

[Reply]

15.07.09 at 10:32
Posted by taeone

baca komen nora aziz ni buat ak teruja plak,macam cerita yang belum tahu kesudahannya..
teruskan…

[Reply]

15.07.09 at 10:44
Posted by taeone

ak nak tambah,macam CSI..ada siasatan..
bagus teruskan..
tapi ak ada cadangan la kan..
siasatan nora aziz dapat tu emelkan kepada azizwan supaya azizwan dapat postkan,jadi ianya akan berada di atas..pengunjung blog senang nak baca taklah tercari-cari komen yang banyak ni..

dan azizwan bolehlah bagi kredit kepada nora aziz tu..
sekian terima kasih..

[Reply]

16.07.09 at 13:23
Posted by azrain

wah … berjaya menghabiskannya … tq wan n nora … dpt gak maklumat baru … and to wan, nice blog … baru je jumpe blog nie :smile:

[Reply]

17.07.09 at 05:43
Posted by baloot

menarik… kat dalam comment area ni NORA AZIZ citer lagi… :grin:

may ALLAH bless micheal jackson.. amin..

[Reply]

22.07.09 at 23:03
Posted by ilu75go

azizwan & nora … interesting info ….

to share …. emailed by a friend of mine …

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn’t peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man’s body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland – a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn’t know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jer mai ne (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim – true, Jer mai ne faced so much pressure that he moved to Bahrain .

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, “I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I’d love to someday feel the calmness and peace of Islam….”

Since that, MJ’s life was never the same again.
He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a ‘delicate child’. All the extortion and black mai l followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England . Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam – named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, “GIVE THANKS TO ALLAH”, which he wanted MJ to sing whenever he is re ady .

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain , where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain ’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”
MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).

Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles .
He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, “This will be my final concert. I’ll see you all in July….”

He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn’t be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.
At the end of the concert, he will be singing the song, “GIVE THANKS TO ALLAH” with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA . It was because he thought he could escape the USA ‘s extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England .

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, “After reherasing for 2 months, I am finally re ady for the concert…”
Before leaving to sleep, he waved his dancers, “It was a good night everyone. I’ll see you all tomorrow…”
The next thing… He was pronouced dead at 2.26am….

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn’t know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time.
The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months – very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ’s family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days – MJ was drugged with high dosage of anaesthetic – drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ’s stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it – same case as the death of Marilyn Monroe.
The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, “I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death…”
Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ’s case, they left too many loopholes for those who think…!!
MJ’s family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland’s door – black mai led them that if they do so publicly, Katherine (MJ’s mother) would be pull off from MJ’s 3 children’s custody as well as MJ’s estates. Instead, they’ll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness…

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.

So, Staples Centre was just a normal show. That’s why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood – as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@ilu75go thanks 4 sharing.. tp sygnya, aku tak berapa rajin plus tak arif nak baca dalam BI ni. huhu.. ada sesiapa boleh tolong terjemahkan? hehe.. ala, google translate kan ada.. apa ko nak susah2 wan.

p/s: serius.. aku dah baca :cry:

[Reply]

29.04.10 at 12:21
Posted by teropo0ng

hai semua…kak nora aziz…mcm kenal rapat sangat dengan MJ ni…ntah2 dia masih hidup dan menetap di Makkah.kak Nora msti special kan di ht MJ??saye rase kak ni mcm ader je connection dengan MJ ni…skang tengok kak nora dah berubah..dah bertutup litup…adakah semua ini kerana MJ???? nnt nak makan nasi myak jangan lupe ajak saye…bkn snang tgk kak nikah kat mekah nnt dengan MJ,.

[Reply]








CommentLuv badge