Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin

Setelah sekian lama blog aku ni tak memberi sebarang effort kat korang, maklumlah asyik dok update dengan entri merapu meraban je, akhirnya dapat juga aku kongsikan something yang tak seberapa kat korang yang mempunyai blog dan memasang iklan Nuffnang. Sebenarnya dah beberapa hari lepas lagi aku nak share benda ni, tapi kemalasan untuk menaip plak menjadi-jadi. Huhu..
Walau bagaimanapun, aku nak minta maaf awal-awal yer sebab apa yang aku kongsikan ni hanya untuk mereka-mereka yang menggunakan blog Wordpress self-hosted je. So, korang yang guna blogspot dan what so ever tu, jangan marah ok. Tapi tak salah rasanya kalau korang follow sebab mana ler tau kan esok lusa korang akan guna blog self-hosted juga. Jadi senang nak apply. Tak gitu?
Sebelum aku start benda ni, nak citer la sket kenapa korang perlu buat benda ni. Ok! Salah satunya adalah bagi memudahkan korang kerana dengan memasang plugin ni, korang tak perlu nak pening kepala untuk letak coding Nuffnang bagi memastikan ianya berada pada kedudukan diantara entri terkini dan entri sebelumnya seperti yang dapat korang lihat kat blog aku sekarang ni la. Ini kerana, plugin tersebut secara automatik akan melakukannya untuk anda. Sungguh menarik bukan? Kalau dulu, aku kena tampal coding Nuffnang tu dua kali dimana satu kat Main Template dan satu kat Single Post. Maklumlah, time tu noob giler seh. Huhu.. Tapi sekarang dak lagi setelah menggunakan plugin ni. Muahaha
Selain itu, plugin ni juga bagi aku (repeat, bagi aku), dapat mengoptimumkan kedudukan iklan Nuffnang yang mana ianya akan meningkatkan peratusan kebarangkalian untuk di klik oleh pelawat. Faham kan? Walau bagaimanapun, dengan menggunakan plugin ni tak ler bermakna earning korang akan meningkat dengan mendadak sebab ianya bergantung juga pada berapa banyak klik terhadap iklan tersebut. Yer la, pasang iklan penuh 1 blog pun tapi kalau takde yang klik, tak masyuk juga kan? Huhu.. Di samping itu, peluang untuk mendapat buffered earning untuk Large Rectangle juga akan semakin cerah. Ini fakta dan bukannya auta. Sebabnya, aku dah beberapa kali dapat buffered untuk LR selepas guna plugin ni. Huhu..
Ok lah! Opening pun dah panjang berjela yang rasanya bukan korang berminat pun nak baca kan. Huhu.. Jadi kalau ada antara korang yang berminat nak cuba guna plugin ni, silalah follow step by step yang aku tunjukkan kat bawah ni yer.
1. Download Nuffnang Wordpress plugin DI SINI (Ingat nak bagi cara paling mudah iaitu guna search via Term dan install automatically je. Tapi bila try search sekali ngan Author & Tag, tak jumpa plak. So kena buat secara manual la jawabnya).
2. Dah siap download, upload plugin tadi dan aktifkan.
3. Bila dah aktif, pergi kat Nuffnang Configuration untuk setting supaya ianya berfungsi. Caranya ialah masukkan nuffnang_bid korang kat ruang yang disediakan, tick pada kotak Automatically insert Nuffnang’s Large Rectangle Ad unit after post seperti kat bawah ni dan Update option. Selesai.

P/s: Ni untuk Large Ractangle je. Untuk Leaderboard dan Skyscraper, korang kena letak kod Nuffnang seperti biasa kat mana-mana yang korang suka. Sebaiknya letak kat tempat yang mudah dilihat la kan supaya senang pelawat blog korang nampak iklan Nuffnang tu.
Kat mana nak dapatkan nuffnang_bid tu? Itu senang je. Korang follow step ni:
1. Login ke akaun Nuffnang korang.
2. Bila dah masuk tu, akan terpapar la page macam kat bawah ni kemudian klik pada Add ads.

3. Dan kod nuffnang_id korang tu adalah kat area seperti berikut.

4. Copy kod tersebut dan paste kat Nuffnang Configuration tadi. Selesai.
Mudah bukan? Akhir kata dari aku, selamat mencuba and good luck. Lagi satu, semoga earning korang lepas ni akan bertambah dengan rakusnya. Hehee.. Yang paling penting, happy blogging serta kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi. Salam.
Psstt: Untuk pengguna blogspot, korang boleh follow tutorial yang Nuffnang sediakan kat page Add ads.








tahniah!
17 Comments to “Letak iklan Nuffnang cara mudah dengan Nuffnang WordPress Plugin”