Lawak terlampau Britney Spears

Hahaha.. tak tahu plak Wan nak start kat mana sebab belum tulis lagi asyik tersengih-sengih je teringat lawak terlampau si Britney Spears ni. Serius, memang mengelikan hati ditambah lagi dengan aksi spontan versi ‘terkejut beruk’nya. Tak tahan wa cakap lu
Memandangkan Wan tak tahu nak mula macam mana, jadi terus sajalah kepada motif utama yer. Boleh kan? Hehe.. Ok, kat bawah ni adalah video Britney Spears yang dirakam semasa dia membuat persembahan di Mohegan Sun Arena 2 Mei (Sabtu) lepas. Dalam video itu, Britney sedang menyanyikan lagu hit’nya iaitu Womanizer. Layan..
Tak tahu tang mana yang lawak kat video atas tu? Takpe, don’t worry be happy kata orang jawa (betul kan Menteil? Hehe). Sekarang layan plak video kat bawah ni dan perati betul-betul kat minit yang ke 0:42 kerana pada saat itulah klimaks lawak bermula. Gerenti korang akan BOOOO… si Britney ni. Hahaha..
Haha.. Lawak tak tak lawak? Slumber je kau jadi tak tentu hala macam terkena sawan yer Britney. Apa kau ingat penonton tu nak tembak kau ke? Hahaha.. Tau takut! Tu la, lain kali standby guard banyak-banyak kat bawah pentas tu. Taklah ada penonton yang terlepas naik macam konsert final OIAM 3 hari tu. Kau bayar US $1000 untuk sorang guard apa sangat la bagi kau kan?
Tapi yang hairannya, sal masa Britney jerit tu tak dengar kat speaker yer? Haa.. Of course la sebab si Britney ni tak mampu nak menyanyi secara live dan hanya menyanyi secara lip sync ataupun miming. Kesian kan?
Kesimpulannya di sini, tak semua penyanyi yang diangkat dan mempunyai nama gah di hollywood sana tu mempunyai keupayaan menyanyi secara live? Kalau setakat rakam suara untuk album boleh lah. Entah-entah kalau diorang nengok persembahan live Stacy ngan Agnes Monica, menangis air mata darah kot.
Psstt: Tahniah kat penonton yang membuat kejutan tu sebab telah mengantoikan si Britney yang sememangnya penyanyi miming ni. Thumbs up for you dude. Tapi kau baca ke blog aku ni? Ah, tak kisah la. Huhu..








tahniah!
8 Comments to “Lawak terlampau Britney Spears”