Lawak: Matematik Dan Logik

Sebelum Wan menulis entri ini, Wan baru sahaja selesai memohon kad tune money secara online untuk keperluan perniagaan Wan di eBay. Sebenarnya Wan mahu membuat kad debit di Public Bank saja tapi jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Ye tak? Lagipun bayaran untuk kad tune money ni taklah mahal sangat, cuma RM9 saja setahun. Ala, apa sangat la RM9 setahun tu berbanding kau topup prepaid kau RM30 sebulan tiap-tiap bulan. Dan apa yang menarik lagi tentang kad tune money ni ialah kita tak boleh guna kad tu kalau takde kredit. Macam prepaid yang kau guna tu. Huhu.. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan kad debit tu, bolehlah apply kad tune money ni dengan syarat kau sudah berumur 18 tahun dan ke atas.
Sebenarnya, Wan masih kekurangan mood untuk menulis di blog ini tambahan pula tiada apa yang penting untuk Wan kongsikan. Dan semenjak Wan buat bisnes eBay ni juga, Wan macam malas pula nak update blog yang sememangnya kekurangan pembaca ini walaupun Wan teringin sangat untuk mengupdatenya. Tambahan lagi Wan sangat ketandusan idea dan tiada informasi baru yang dapat dikongsikan. Tapi demi menghargai kau sebagai pembaca setia yang selalu bertandang ke blog ini (bajet ada pembaca setia), Wan update jugalah blog ini walaupun isinya ntah apa-apa. Huhu..
Ok, entri kali ini Wan sajikan kau dengan sebuah lawak yang pastinya membuatkan kau tersenyum malah boleh membuatkan kau ketawa terbahak-bahak mungkin. Tapi jika kau tak tersenyum, sila jangan salahkan Wan ye kerana berkemungkinan besar kau bukan seorang manusia normal. Hehehe.. Apa-apapun, layanz..
* * *
Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya berlandaskan Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik (L). Suatu hari, mereka berdua berjalan pulang melewati sebuah jalan yang gelap dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengekori kita kira-kira sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya khuatir dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan?
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macam mana ni?
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit.
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kanan. Sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah, ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan pemikiran logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah terlebih dahulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama, gadis Logik (L) datang.
M : Oh, terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat. Eh, bagaimana pengalamanmu diekori oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kepada kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap.
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu perkara logik yang dapat saya lakukan iaitu mengangkat kain saya.
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya.
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya akan berlari lebih cepat daripada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya. Akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

Hahaha.. tak lawak pun sebenarnya. Wan saja nak bagi kau release tension. Sekarang, layan pula lagu baru dari awek Wan Stacy ini iaitu Gagap.
Kalau kau nak lirik lagu Gagap ni, kau boleh search kat youtube atau kau tanya saja kat pakcik google. Wan jamin berlambak blog/website yang akan bagi kau lirik tu. Huhu..



14 Comments to “Lawak: Matematik Dan Logik”