Lawak Hospital

Aduyai.. Lepas dah kena tendang keluar dari eBay ni, Wan dah tak tahu nak buat apa lagi dah dengan connection internet yang ada ni. Kalau sebelum ni, setiap saat online yang Wan ada, Wan akan gunakannya untuk membuat tinjaun di eBay bagi mendapatkan sedikit hint mengenai item yang boleh jual dan selebihnya Wan gunakan untuk mencari image dan melakukan proses touch-up pada produk dropship. Tapi sekarang ni, blog ini sajalah yang jadi peneman dikala online dan juga blog kamu semestinya. Oh, sungguh boring. Kenapalah kamu sungguh kejam eBay?
Wan pun dah tak tahu nak tulis apa, jadi kalau korang ada masa jangan segan-segan layan lawak yang mungkin tak lawak kat bawah ni ye. Huhu.. Oh ya, Wan nak bagi tau yang lawak ini dicopy paste dari emel yang dihantar kepada Wan jadi kau tak boleh salahkan Wan kalau lawak ni juga wujud kau blog kau. Nak bukti?
* * *
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut kerana berkemungkinan besar makhluk halus ada menetap disitu.
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur, beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan untuk menghalau makhluk halus. Masa berputar.. Dari pukul 08:00am ke pukul 08:30am dan pada jam 9.00am, tiba-tiba..
Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat. Makcik Timah masuk, mendekati katil keramat tersebut dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya.
* * *
Adeh! Apa punya sengal Makcik Timah ni? Patut la setiap hari Jumaat ada saja pesakit yang mati. Rupa-rupanya alat bantuan pernafasan tak berfungsi da. Hehehe..
Oh ya, korang nak join contest tak? Hadiah gila gempak beb. Kalau menang boleh buat belanja boyfriend @ gilrfriend makan puas-puas tu. Kalau tak pun, korang boleh tolong bayarkan streamyx Wan untuk bulan ni. Huhu.. Ok, kalau korang nak join, sila jangan buang masa dan segeralah klik di sini sekarang!



16 Comments to “Lawak Hospital”