Lawak Di Stesen Minyak

Wan tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang jadi tak hairanlah jika ada antara korang yang cakap blog ni tak best. Wan juga akui yang blog ni memang tak best kerana dari apa yang Wan lihat pada entri-entri terdahulu, rata-rata kandungannya tidak memberi banyak manfaat (malah langsung tiada mungkin) kepada pembaca. Dan berkemungkinan besar juga, ada antara komen yang diberikan pada entri-entri terdahulu itu semata-mata untuk menjaga hati Wan saja. Betul ke? Walau apapun tujuan korang, Wan tetap sayang korang sebagai kawan (tak lebih dari itu ye. hehehe..)
Walaupun blog ini tak best, tapi adilkah korang bandingkan blog yang belum sampai 6 bulan usianya ini dengan blog yang sudah lahir bertahun-tahun dan mempunyai kroninya yang tersendiri? Seriously memang tidak adil. Membandingkan sesuatu blog dengan blog yang lain boleh dianggap sebagai satu tindakan yang kurang bijak kerana setiap blog itu sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, dari dulu lagi Wan sentiasa mengingatkan diri Wan agar tidak membandingkan mana-mana blog even blog itu sememangnya sangat tak best.
Ok, kita lupakan itu semua dan kembali kepada cerita lawak yang ingin Wan kongsikan. Tapi sebelum tu nak bagi tau yang entri ni rasanya tidak memberi apa-apa input kepada korang. Jadi, sebelum kau sakit hati dan kata blog ni tak best, skema, whatever.. better kau tekan je kotak merah yang ada tanda pangkah kat atas tu k. Tapi kalau kau sporting, bolehlah klik continue reading kat bawah ni..
* * *
Cerita bermula di satu stesen minyak. Di stesen minyak ni ada 2 org pekerja bangla yang tau cakap melayu skit, omputih skit dan bahasa bangla yang sememangnye mereka pro. Sorang tu namanye Majid & sorang lagi namanye Iqbal.
Pada satu hari berhenti sebuah kete mewah, mercedes untuk mengisi minyak. Pemandu kete tu sorang Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abih, ni yang membuatkan Iqbal poning kepalo nak bagitau kat Pak Arab tu yang minyak dah abih. Pak Arab tu pula tak tau sepatah haram bahasa melayu. Cuma tau omputih skit & opkos la bahasa arabnye..
Iqbal bagitau Pak Arab tu sambil menyebut “fuel” dan disusuli dengan gerakan memusingkan tangan menandakan minyak sudah abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal cuba lagi sekali dengan menyebut “fuel” & disusuli gerakan mengelengkan kepala, tapi Pak Arab tu still ternganga luas tak paham!!
Iqbal tak tau nak wat camner.. Dia pon gi kat Majid untuk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dalam bahasa bangla & bunyiknye macam nie..
Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih.
Majid: Ala.. ko cakap je la minyak dah abih..
Iqbal: Dah cakap dah, tapi dier tak paham.. aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes, No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih..
Iqbal: Ala.. ko tolong ler aku..
Majid: Ok! Aku tau sikit-sikit cakap arab.
Lalu pergi la si Majid kat Pak Arab tu & dengan selambanye berkata..
“Fuel!, Sodoqallah’hul.. azim”,
baruler Pak Arab tu paham & terus blahhh..
Psstt: Tahniah kepada Wana kerana menjadi juara My Starz LG musim kedua. Mungkin ini rezeki kau sebab tak masuk AF tahun lepas. Oh ya, duit RM100 ribu tu kalau tak tau nak buat apa, sudilah kiranya Wana menghulurkan sedikit kepada Wan dan juga rumah anak-anak yatim. Besar pahala tu. Dan kepada Nashrin (runner up), Hairi serta Cassie, tahniah juga sebab sampai ke pentas akhir walaupun korang tak dapat RM100 ribu tu. Hehehe..



20 Comments to “Lawak Di Stesen Minyak”