Lagi bukti Advertlets sememangnya buat bayaran

Hahaha.. Rasa pelik pulak. Duit cashout dari Advertlets dah pun masuk ke akaun bank siap Wan dah announce lagi kat sini tapi cek pula baru sampai petang tadi. Tak ke pelik tu? Takkan la depa nak bayar double kat Wan pulak kan? La ni Wan ingat nak cuba tunaikan cek tu, kot-kot depa belum lagi batalkan. Kalau dapat, kan rezeki tu. Hahaha.. Nasib baik kat tempat Wan ni takde bank. So, simpan je la cek tu sebagai koleksi.
Ok la, Alang-alang Wan dah dapat cek dari Advertlets ni walaupun Wan tau yang ianya dah tak laku, so Wan saja tulis entri ni sebab nak buka sket mata para blogger yang selama ni fobia dengan Advertlets ni. At least, mereka akan sedar bahawa Advertlets tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Maksud Wan, Advertlets juga sama seperti advertising network yang lain yang mana mereka akan tetap membayar ‘earning’ kepada publisher cuma masa yang diambil oleh Advertlets ni sedikit lama berbanding yang lain.
Oleh itu, kepada kamu yang baru berjinak-jinak ngan Advertlets ni, Wan nak nasihat sket. Kalau dah berjaya buat cashout pertama, tunggu tempoh bertenang yang depa syaratkan iaitu dalam 30-45 hari selepas cashout. Kalau dah lebih 45 hari tapi status masih unpaid, hubungi Advertlets elok-elok. Tak pun kamu tanya terus kat big boss depa siapa lagi kalau bukan @joshlim. InsyaAllah depa akan reply dengan kadar segera. Lepas tu tunggu la cek sampai ke tangan kamu atau duit akan dimasukkan terus ke akaun. Huhu..
Apa2 pun, kamu baca apa yang blogger kacak ni cakap pasal Advertlets ni
pengalaman aku dgn advertlets agak baik. Dah beribu2 dah kot dapat payment dari diorang. Sehingga kini belum pernah miss lagi dia bayar aku. Lambat sikit tu ada la. Tapi bila lambat, diorang terus bankin dalam akaun maybank disusuli dgn email maaf.
Kalau rujuk artikel lepas di Justkhai, mmg aku suggest blogger pakai Advertlets. Sebab dari pengalaman aku, macam yg ko cakap la, earning advertlets ni berkali ganda lebih kencang dari nuffnang. Tapi bila dah rekomen, ada yang mengadu dah cashout, tapi tak dapat-dapat duit diorang. Aku jadi blur bila diorang kata aku menipu.. sigh~ .. siapa yg kene macam ni, rajin2 la email advertlets tanya apa masalah. Jangan terus hentam + buang iklan. Mmg sampai mata la diorang x hengen nak bayar korang.
- Khai
So, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Lepas ni Wan nak up Advertlets balik sebab tempoh hari Wan turunkan iklan depa sekejap. Huhu.. Sorry yer Mr. Josh Lim, lepas ni ambo janji takkang buat lagi. Hehe
Psstt: Korang nak menang wang tunai? Kalau yer, jom ler sertai contest Weblog Popular 1Malaysia. Masih ada masa lagi tu.



30 Comments to “Lagi bukti Advertlets sememangnya buat bayaran”