Konsert Sure Gegar @ Tawau

Wah! tiba-tiba plak Wan teruja nak promot benda ni walaupun dah sah-sah Wan langsung tak dapat apa-apa bayaran. Wan pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab konsert sure gegar ni buat kat sabah kot. Huhu.. Tapi sayangnya Wan tak dapat nak pergi konsert ni memandangkan Tawau ngan tempat Wan tinggal ni berjuta batu jauhnya. Lagipun Wan takde duit nak beli tiket flight walaupun “now everyone can fly”. Kenapa la penganjur tak buat konsert ni kat KK atau Labuan? Herm..
Macam yang tertulis pada “promotion banner” kat atas tu, konsert sure gegar ni akan dijayakan oleh beberapa indieband yang membuatkan Wan sangat teruja untuk menyaksikannya iaitu Meet Uncle Hussain, Hujan dan juga Harmonika. Oh ya, Aizat pun ada juga kat konsert ni nanti. Arghhh.. Rugi plak rasanya sebab tak dapat nengok indieband ni perform secara live depan mata Wan. Kepada pihak penganjur, korang tak nak jemput Wan ke sebab Wan dah promot konsert ni? Tak dapat pass VIP, pass biasa pun jadilah.
Oleh itu, kepada semua kipas susah mati indieband yang dok kat Tawau dan Semporna juga mungkin (itupun kalau korang baca blog handsome ni), jom ramai-ramai kita kasi gegar ini konsert walaupun dah sah-sah Wan takde time konsert tu. Huhu.. Tapi ingat, no alcohols no drugs OK! Dan jangan lupa kirimkan salam Wan kat diorang.
Psstt: Hari ni adalah hari terakhir untuk korang sertai Contest Teka Nilai Duit yang Wan anjurkan dimana korang berpeluang untuk memenangi sehelai t-shirt. Kepada korang yang belum lagi menyertainya, jangan lepaskan peluang ini dan segera klik di sini untuk penyertaan.



10 Comments to “Konsert Sure Gegar @ Tawau”