Kini aku dah menjadi pengguna Celcom Broadband. Yay!

Setelah agak lama jugalah aku berkira-kira untuk menjadi salah seorang pengguna Celcom Broadband kat Malaysia ni, akhirnya ianya terlaksana juga apabila aku dengan kacak’nya telah meng’apply Celcom Broadband kat PC Fair semalam (08. Mei 2010). Alhamdulillah.
Ok, ni aku nak cerita sket. Aku memang bajet apply Celcom Broadband ni kat PC Fair sebab seperti yang dinyatakan kat website Celcom, setiap pendaftaran baru yang dibuat di PC Fair akan menerima modem percuma ‘edisi khas’ World Cup 2010 berserta 1 thumbdrive berkapasiti 1GB dan juga sebiji bola mini macam pic kat bawah ni.

Tapi aku agak kecewa sebenarnya sebab aku ingat pic yang menepek kat modem edisi khas tu adalah design khas a.k.a cetakan kekal, rupa-rupanya hanyalah sticker. Ya, sticker. Memang agak kecewa di situ. Kalau la awal-awal lagi aku tahu benda tu hanyalah sticker, sorry to say, memang aku takkan pergi PC Fair tu semata-mata nak apply Celcom Broadband. Apply kat mana-mana dealer sudah.
Walau bagaimanapun, kekecewaan aku sedikit terubat bila diorang meletakkan harga promosi yang boleh dikatakan agak tak masuk akal. Apa tak’nya, kalau nengok kat website Celcom tu, harga yang dinyatakan untuk modem ‘edisi khas’ ni ialah RM168 berserta 1 tahun kontrak dan bayaran RM68 per month (basic plan) macam kat bawah ni.

Namun harga yang diorang bagi hanyalah RM100 sebagai bayaran pendaftaran sahaja yang sepatutnya aku perlu bayar RM168. Tambah menarik lagi, takde kontrak dan aku hanya perlu membayar RM50 per month sehinggalah aku berumur 26 tahun. Ini bermakna, aku dapat pakej basic pada harga Youth. Jadi apa lagi, wajib rembat la jawabnya. Hee..

So sekarang boleh la aku menarik nafas lega (lega ke?) sebab dengan adanya Celcom Broadband ni, aku boleh online kat memana saja walaupun aku tahu kelajuan’nya kadangkala membuatkan para pengguna naik gila. Huhu.. Tapi takpe la asalkan aku boleh online itu sudah cukup daripada langsung tak dapat buat pape. Lagi gila dibuatnya. Hik3
Dan sebelum terlupa, Selamat Hari Ibu aku ucapkan kepada semua ibu especially yang membaca atau terbaca entri ni. Sebagai anak, jujur aku cakap yang kalian memang terbaik dan super hebat kat dunia ni.



54 Comments to “Kini aku dah menjadi pengguna Celcom Broadband. Yay!”