Kereta ‘decepticon police’ yang superb
![]()
Fuh, selesai 1 kerja. Nak tahu kerja apa? Ala, kerja tak berfaedah je pun. So, tak perlu la kamu tahu yer sebab kamu tak rugi pape pun kalau tak tahu. Haha.. Kalau ada yang dah tahu tu, buat-buat tak tahu je la yer. Maklumlah, aku tahu kamu sememangnya sempoi. Tak gitu?
Ok la.. Macam yang aku bagi tau kat akhir entri nasib si kembara lepas, aku akan tunjukkan kat kamu dengan gambar kereta ‘decepticon police’ (ala, kereta polis kat movie transformer tu) yang sempat aku ambil semasa dalam perjalanan nak pergi nengok kereta kembara ayah aku yang malang itu. Tapi sebelum tu aku nak bagi tau yang kereta ‘decepticon police’ tersebut adalah versi buatan sendiri atau dalam erti kata lain just a clone. Maksudnya, cuma tampal sticker je pun.
Tapi serius wa cakap lu, kereta tu memang mengancam siot ditambah lagi dengan body warna hitam. Fuh, teruja beb. Ye la, kalau tak mengancam takkan ler aku nak buang masa plus jadi jakun semata-mata nak ambil gambar kereta tu. Betul tak? Tapi tak tahu plak kalau kamu sanggup buat macam tu kan. Huhu.. Baiklah, jangan buang masa sebab aku pun dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. So, jom sesama kita layan gambar kereta tersebut. Best tak best belakang kira, yg penting
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Tapi sayangnya, kereta dah make-up superb macam tu tetap tak lepas dari JPJ. Sebab tu la ada gambar abang-abang JPJ kat dalam gambar tu Huhu.. Apa taknya, boleh plak owner kereta tu tampal word police sesuka hati dia. Tau la kereta tu dia yang punya dan tak bermaksud pun nak jadi polis (mungkin), tapi berpada-pada ler. Kan tak pasal-pasal no excuse.
Kepada tuan punya kereta tu, sabar la yer. Mungkin hari tu nasib kamu tak berapa baik sebab tu kantoi ngan JPJ. Tu la, aku dah pesan. Kalau keluar dari rumah, pastikan kaki kanan dulu yang keluar dari pintu, baru ler sentiasa ‘langkah kanan’ kata orang tua-tua. Hahaha. Kat sini aku nak cakap, kereta kamu tu memang superb sebab tu masuk blog ni. Tak caye? cuba baca komen2 kat bawah ni



24 Comments to “Kereta ‘decepticon police’ yang superb”