Keputusan Contest Teka Nilai Duit

Seperti yang korang nanti-nantikan, kini tibalah masanya Wan menuliskan entri khas dimana pada entri ini Wan akan mengumumkan siapakah pemenang untuk contest teka nilai duit yang mana contest itu boleh membuatkan sesiapa sahaja menjadi separa gila seketika. He3.. Walaupun begitu, sokongan dan sikap sporting korang sangat-sangat Wan hargai. Sayang korang forever.
Baiklah, sebelum keputusan pemenang diumumkan, terlebih dahulu ingin Wan nyatakan di sini bahawa jawapan a.k.a nilai keseluruhan duit 5sen itu ialah RM10.05 (sepuluh ringgit lima sen sahaja). Dan setelah melihat kesemua jawapan yang diberikan, nyata tiada 1 pun jawapan tepat yang diberikan. Oleh hal yang demikian, pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling hampir dengan jawapan sebenar.
Dari kesemua jawapan yang diberikan, nilai RM10.00 adalah nilai yang paling hampir dan layak untuk memenangi contest tersebut. Namun begitu, memandangkan terdapat 3 penyertaan yang memberikan jawapan yang sama iaitu Kill-Vearn, ciko dan juga Wan (bukan owner blog ni yer), maka pemilihan pemenang terpaksa Wan lakukan melalui kaedah ‘pemilihan rawak’ dimana Wan menggunakan Random Number Generator untuk tujuan itu.
Wan memberikan nombor setiap seorang dari mereka seperti di bawah ini untuk menentukan siapakah pemenang antara mereka bertiga
1. Kill-Vearn
2. ciko
3. Wan
Setelah pemilihan rawak dilakukan, nyata rezeki berpihak kepada..

Ya, Kill-Vearn adalah pemenang untuk contest teka nilai duit tersebut. Tahniah Wan ucapkan. Dan kepada ciko serta wan, Wan harap korang tak berkecil hati kerana mungkin bukan rezeki korang untuk menerima t-shirt dari Wan itu. Tapi memandangkan korang turut sama memberikan jawapan yang paling hampir dengan jawapan sebenar, mahu Wan belanja kamu topup RM5 setiap seorang?
Kepada yang lain pula, walaupun korang tak menang, Wan nak ucapkan jutaan terima kasih kerana korang sudi juga menyertai contest ‘bodoh’ Wan itu dan Wan sangat berharap agar korang tak berkecil hati kerana korang langsung tak menerima apa-apa dari contest tersebut. Cuma apa yang boleh Wan katakan di sini ialah, cuba lagi di lain contest jika ada. Hahaha. Apa2 pun, sayang korang semua :P
Oh ya, kepada Kill-Vearn.. Wan akan emel kamu nanti untuk minta butiran bagi penghantaran hadiah. Jangan lupa untuk ukur badan kamu supaya saiz yang kamu pilih boleh muat ke badan kamu yg *tut itu. He3.
Psstt: Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan melainkan kamu memberi RM100 kepada Wan.
Tgh bnyk baju wat kat An..




<- klik untuk tutup


25 Comments to “Keputusan Contest Teka Nilai Duit”