Keputusan Contest Lekat & Menang
First of all, aku nak minta maaf bebanyak kat semua peserta Contest Lekat & Menang sebab lambat nak umumkan keputusan. Bukan aku sengaja nak lengah-lengahkan tapi ada beberapa sebab yang tak dapat dielakkan sehingga menyebabkan aku terpaksa menangguhkan’nya.
Baiklah.. Seperti yang dinanti-nantikan, entri ini adalah noktah terhadap penantian korang tu sebab aku dah nak umumkan pemenang bertuah contest tersebut. Jadi, sila pasang tali pinggang keselamatan anda bagi mengelak daripada berlakunya sebarang perkara yang tak diingini. Huhu..
1. Senarai nama peserta yang dah siap di print.

2. Nama yang dah siap dipotong-potong.

3. ‘Tiket bertuah’ yang telah siap diproses dimasukkan ke dalam balang.

4. Dan pemenang bertuah’nya ialah:

Ref: Blog www.adorablewawa.blogspot.com dapat RM30
Sedikit berita baik. Memandangkan aku agak baik hati sekarang ni, aku tambah lagi hadiah topup RM10 untuk 2 pemenang bertuah. Actually aku ingat nak bagi kat semua yang join contest tapi aku mana mampu wei. Sendiri punya belanja pun kena bajet inikan pula nak bagi topup RM10 kat lebih 90 orang. Mati la aku kan. Jadi terpaksalah aku cancel dan bagi kat 2 orang je. Hehee.. Dan setelah undian dibuat, penerimanya ialah:

So, tahniah diucapkan kat semua pemenang. Jangan lupa contact aku dengan kadar yang segera melalui emel di realfantasy2u@gmail.com yer. Yang tak menang tu jangan kecik hati, anggap saja bukan rezeki korang sebab kalau rezeki korang, dah sah-sah korang yang akan dapat kan? Huhu.. Dan maybe next contest korang pula yang akan menang. Itupun kalau ada contest lagi la. Hehe.. Ada sesiapa nak jadi penaja hadiah? Hahaha.
Oh ya, sebelum aku tamatkan entri ni, aku harap korang yang join contest tak ler delete entri penyertaan tu yer sebab aku buat contest ni untuk keuntungan kita bersama. Kata orang putih, win win situation. Sebab tu aku update senarai peserta supaya sama-sama memperolehi manfaatnya iaitu linkback. Tapi kalau korang nak delete juga, terpulanglah sebab siapalah aku nak larang kan. Lagipun itu blog korang, bukannya blog aku. Huhu..
Akhir kata, terima kasih bebanyak aku ucapkan kat semua yang join contest. Tanpa korang, sunyi sepi la contest aku tu. Huhu.. Kalau ada rezeki lebih, insyaAllah aku akan buat contest sekali lagi, lagi dan lagi. Yang penting, korang teruskanlah support blog aku yang hidup segan mati tak mahu ni. Hehee..
- Salam





anyway, congrats to the winner!! lain hari fi ada contest lagi, jemput2 la ye..



tahniah!
39 Comments to “Keputusan Contest Lekat & Menang”