Kenapa Wan Benci Online Guna Dial-up?

Petang tadi Wan pergi nengok surat kat pejabat pos dan ada surat dari TM yang tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk meminta duit daripada Wan. Kebetulan Wan ada bawa sedikit duit maka Wan pun bayar la directly. Tapi yang langsung tak boleh blah bila Wan terpaksa membayar hampir RM180 untuk langganan Streamyx yang hanya RM77 sebulan. WTH? So, entri ini tertulis di sini adalah kerana Wan ingin menyatakan kepada dunia yang Wan sangat benci online menggunakan dial-up (mestilah tempiasnya kat TM).
Dari apa yang dah tertulis kat atas ni, rasanya korang sendiri pun tahu kenapa Wan sangat benci online guna dial-up kan. Ya, semestinya kerana Wan terpaksa membayar setiap saat penggunaanya dan ini bermakna Wan perlu mengeluarkan duit lebih dari yang telah Wan bajetkan iaitu RM91.00 sebulan untuk bayaran Streamyx (termasuk caj perkhidmatan telefon). Tapi bila dah guna dial-up, pasti nilai yang tidak disangka-sangka akan tercatat di atas kertas billing TM itu. Hurm..
Jadi, bila dah online guna dial-up terpaksa la Wan mengurangkan masa Wan bersama internet bagi menjimatkan duit. Yer la.. Kalau guna Streamyx, online 24 jam pun takde sape nak kisah kan sebab bayaran tetap macam tu juga. Tapi kata orang, bila dah ketagih (bukan ketagih dadah ek!) memang susah nak ditinggalkan. So, tak hairan la kalau Wan tetap akan online sekurangnya 2 jam setiap kali online atau 6 jam sehari even hanya menggunakan dial-up kerana hidup Wan seakan tidak lengkap kalau sehari tak online. Huhu..
Selain tu, online guna dial-up juga boleh menguji tahap kesabaran sesiapa saja yang menggunakannya dan opkos la Wan sendiri kerana kelajuannya sangat-sangatlah ‘super sonic’ mengalahkan siput. Ini sangat tidak dapat dinafikan kerana Streamyx yang boleh dibanggakan kelajuannya itu juga pasti akan makan asap kalau suruh race ngan kura-kura kat litar sepang sana. Tak percaya? Terserah aja sama kamu. hehehe..
Bila dah laju nak cukup-cukup makan pun payah, semestinyalah banyak blog dan website yang gagal untuk ditembusi dengan jayanya. Jadi, terlalu banyak agenda Wan yang tergendala lagi-lagi kebanyakan agenda tersebut melibatkan fulus. Huhu.. Yer la, Wan labur duit pasang Streamyx ni pun atas tujuan itu. Kalau tak, buat apa Wan nak susah-susah bazir duit tiap bulan untuk satu benda yang tak penting kan?
Kesimpulannya, TM memang sangat-sangat suckz! Streamyx tak dapat connect 10 hari langsung tak bagi rebet. WTF? Nasib baik korang hantar technician dan ganti modem Wan secara percuma. Jadi, adalah sedikit (diulang sekali lagi, hanya sedikit) kredit untuk korang. Dan semasa Wan menulis entri ini, Streamyx korang juga sangat celakak kerana connection sekejap ada sekejap takde. Kalau ianya seperti biskut yang boleh dimakan, tak mengapa!
Psstt: Wan dah buang plugin WP Thread Comment yang pernah ada kat blog Wan ni dan ini bermakna, mana-mana komen yang pernah guna opsyen tu akan terkebawah dan ianya akan menjadi seperti satu komen yg tergantung. So, Wan minta maaf banyak2 la yer. Kat sini Wan nak minta bantuan korang semua, selain plugin WP Thread Comment tu, apa lagi plugin yang boleh pakai untuk opsyen reply? TQ



18 Comments to “Kenapa Wan Benci Online Guna Dial-up?”