Kenapa Saya Upgrade Ke Pakej Streamyx Blockbuster Deals?

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.
Kalau korang follow aku kat Twitter, mesti korang dah tahu yang aku sudahpun mengupgrade Streamyx 512 Kbps aku ke pakej Streamyx Blockbuster (BB) Deals 1 Mbps. So, dalam minggu depan bolehlah mula merasa speed 1 Mbps tu sebab kena tunggu technician datang rumah dalam tempoh 3 hingga 7 hari untuk buat apa yang patut. Kalau ikutkan, nak je aku upgrade terus ke 4 Mbps tapi bila fikir pasal keperluan, 1 Mbps sudah mencukupi malah lebih daripada cukup. Yer la, aku kan bukan kaki download cam korang. Huhu..
Seperti tajuk entri ni, kenapa aku upgrade ke pakej Streamyx BB Deals? Actually dah lama aku nak upgrade, sejak TM bagi percuma selama 4 bulan tu lagi, tapi belum sampai seru orang cakap. Tapi hari rabu lepas tak semena-mena staff TM Kuala Lumpur call aku dimana dia cadangkan supaya aku upgrade pakej Streamyx yang aku guna sekarang ni ke pakej BB Deals memandangkan bil yang aku bayar setiap bulan lebih kurang je dengan harga langganan BB Deals 1 Mbps tu. So, aku pun ambil keputusan untuk upgrade.
Sebab lain yang buat aku tak perlu fikir panjang untuk upgrade ke pakej BB Deals ni ialah kelajuan yang ditawarkan. Walaupun aku hanya upgrade kepada pakej BB Deals 1 Mbps, aku rasa ianya sudah cukup laju memandangkan speed 512 Kbps yang aku gunakan sekarang pun dah memuaskan hati aku (tapi kadang-kadang tu bikin panas jugalah). So, adalah sangat berbaloi aku bayar RM110 untuk speed 1 Mbps berbanding aku bayar lebih RM110 untuk speed 512 Kbps. Kalau korang di tempat aku, rasanya korang pun akan upgrade kot.
Alang-alang aku dah bagi tau sebab kenapa aku upgrade ke pakej BB Deals, ni aku senaraikan beberapa kelebihan BB Deals ni yang pastinya sangat berbaloi-baloi dengan apa yang kita bayar.

1. Panggilan PERCUMA kesemua talian tetap seluruh Malaysia.
2. Hanya 10sen per minit kesemua rangkaian telefon bimbit di Malaysia.
3. PERCUMA modem wifi & cordless phone dengan warranty selama setahun.
4. PERCUMA pemasangan dan pengaktifan (jimat sehingga RM160).
5. Akses internet PERCUMA dimana-mana Streamyx Zone.
Tidakkah ianya sangat berbaloi? Sudahlah internet laju, dapat panggilan PERCUMA pulak tu. So, kalau korang masih guna pakej lama tapi tiap bulan bayar lebih dari pakej BB Deals (gayut lama sangat la tu), aku cadangkan korang upgrade la ke pakej BB Deals. Bukan setakat dapat jimatkan duit, malah nak surf internet pun puas hati sebab speed dah up. Confirm sengih je la korang tiap kali layan YouTube sebab dah takde nak sekat2. Kalau kaki download lagilah, confirm dalam sehari boleh download sampai 5 movie. Ha3
Untuk lebih lanjut pasal BB Deals, korang boleh usya di sini.



15 Comments to “Kenapa Saya Upgrade Ke Pakej Streamyx Blockbuster Deals?”