Kenapa aku takde Facebook?
yazug68hkf

Sejak kebelakangan ni, tetiba plak aku excited sangat nak buka akaun Facebook. Yer la, sana sini je cakap pasal facebook. Tak pun, asal masuk je kat blog mesti ada menepek widget facebooK. Tak masuk lagi yang promo kat twitter suruh add. huhu.. Tu yang buat aku tertarik tu tambahan lagi sekarang ni facebook dah bagi option kat penggunanya untuk short’kan URL facebook masing-masing berdasarkan username pilihan berbanding sebelum ni yang panjang berjela macam gerabak keretapi tu.
Ekceli, ada beberapa sebab mengapa sampai sekarang aku masih takde akaun mukabuku yang semakin menjadi kegilaan masyarakat kat seluruh dunia ni. Mula-mula dulu aku cakap malas nak daftar sebab aku dah bosan nak main social networking ni walaupun aku cuma ada 1 je akaun social networking iaitu friendster yang kini semakin berhabuk aku tinggalkan. Cuma login bila nak reply comment kengkawan je. Tak ke dahsyat tu? Huhu.. Sebab tu la aku malas dah nak tambah social networking yang seterusnya.
Lepas tu terbaca pulak macam-macam benda yang kurang enak pasal facebook ni, tambah la aku takde mood nak buka akaun facebook tu even ianya adalah 100% percuma. Antaranya bila butiran dan data-data yang kita berikan tu disimpan oleh pihak-pihak tertentu especially yang dok belakang tabir facebook ni untuk rujukan depa. Secara mudahnya bila berlaku apa-apa atau mereka ingin membuat bancian, mereka akan membuat rujukan dari butiran dan data yang telah diberikan. Untuk lebih lanjut, boleh baca di sini
Tapi sekarang ni aku dah tertarik untuk mempunyai akaun facebook memandangkan banyak benda yang boleh aku buat dengan facebook ni lagi-lagi time bosan gila babeng. Yer la, facebook kan ada macam-macam game yang best. Betul kan para penggila facebook sekalian? Hehehe.. Namun begitu, setelah aku dah terbuka hati untuk mempunyai facebook dan mencuba untuk mendaftarkan diri, lain pulak jadinya. Tengok la gambar kat bawah ni..

Arghhh.. dah berkali-kali aku cuba try test, begitu jugalah jawapan yang aku terima. Adakah aku tak bernasib baik atau aku dah kena badi gara-gara aku kata TIDAK kat facebook ni? Huhu.. Gara-gara inilah sampai entri ini ditulis aku masih takde akaun facebook. Oh kawan-kawan, tolong bagi idea kat aku macam mana nak resolved benda ni? Adakah aku patut guna nama dan butiran orang lain untuk mempunyai facebook? Tapi bila fikir balik, tak cool la pulak bila nama aku yang best ni ditukar kepada nama orang lain. Apa barang bai? Huhu..
Oh facebook, tolonglah. aku nak daftarkan nama aku juga!
Update: Aku dah sukses mendaftarkan diri di ‘mukabuka’ dengan bantuan2 yang kamu semua berikan kat bawah ni. oleh itu, terima kasih bebanyak atas bantuan kamu itu yer. kalau tak, tak merasa la aku nak memiliki facebook ni. huhu..




<- klik untuk tutup


28 Comments to “Kenapa aku takde Facebook?”