Jom sama-sama kita tambah pahala puasa.

Entah ler, makin hari makin blur plak Wan nak tulis apa kat blog super popular ni. Ada gak terfikir nak tulis personal entri tapi takut plak kamu muntah hijau je nanti. Oh, adakah ini bermakna yang Wan perlu resign dari kerja-kerja memblogging ni tambahan lagi tarikh nak bayar sewa hosting untuk seconde year dah hampir walaupun rasanya dalam 2 bulan lagi kot. Huhu.. Kat mana ler si penganggur ni Wan nak cekau duit ni? Ada sesiapa nak belanja? Hehe..
Ok la, entri kali ni sekali lagi entri ringkas dari Wan namun ianya mungkin agak berbaloi (tak banyak, sikit pun OK ler kan?) untuk kita-kita yang sedang menyambut bulan Ramadhan ni lagi-lagi kat mereka yang berpuasa (puasa ke?) dimana Wan nak share kat kamu akan perkara-perkara sunat yang perlu dilakukan dalam menambah ganjaran puasa. Kalau rajin, sila ler baca yer. Kalau tak rajin, Wan no comment. Huhu..
Antara perkara-perkara sunat dalam puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Macam, mudah sangat kan nak buat perkara-perkara sunat ni? So, kalau nak dapat pahala lebih tu, kenalah buat tiap hari sepanjang Ramadhan ni yer. Tapi Wan gerenti kamu memang boleh buat punya lah. Tak gitu? Apa-apa pun, Wan harap agar entri ini memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. Dan akhir kata dari Wan, jangan berani ponteng puase yer.
Fikir-fikirkanlah dan selamat.. selamat apa? Selamat bepuasa. Pandainye



11 Comments to “Jom sama-sama kita tambah pahala puasa.”