Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Jom Ringkaskan Permalink Korang

Ringkaskan Permalink Anda

Seriously, sejak kebelakangan ini Wan sangat kekeringan sumber dan juga idea untuk meng-update blog. Ianya ditambah lagi dengan fikiran Wan yang semakin bercelaru dengan pelbagai perkara yang bertimbun-timbun yang perlu Wan fikirkan. Nasib baiklah tak gila dan harapnya ler takkan gila. Huhu..

Ok, straight to the point. Entri kali ini agak ringkas dimana Wan akan memberi sedikit tutorial yang sangat-sangat mudah iaitu cara untuk meringkaskan permalink entri korang sebab Wan nengok masih banyak blog yang permalinknya panjang berjela dan termasuk juga blog kau mungkin.

Dan untuk makluman, tutorial ini hanya untuk mereka yang menggunakan pelantar wordpress sahaja. Jadi, Wan nak minta maaf bebanyak kepada korang yang menggunakan blogspot kerana entri ini langsung tidak berkaitan buat korang. Walau bagaimanapun, Wan rasa tak salah jika korang baca sampai habis sebab siapa tahu esok lusa korang juga akan beralih kepada wordpress. Hehehe..

Sebelum itu Wan nak ingatkan yang tutorial ini hanyalah untuk beginner seperti Wan sahaja. Maka, jika kau sudah berada pada aras profesional, bolehlah kiranya kau tinggalkan entri ini untuk membaca entri lain yang mungkin boleh untuk kau berikan maklum balas kerana blog ini sangat memerlukan komen dan pendapat daripada pengunjungnya. Boleh kan?

Ermm.. mesti kau tertanya-tanya apa perlunya meringkaskan permalink dan apakah kelebihannya kan? Bagi Wan secara peribadi, permalink yang ringkas akan menampakkan link itu lebih menarik dan profesional disamping memudahkan kita untuk mengetahui apakah link sesuatu entri itu dengan hanya melihat kepada tajuk entri. Contohnya mudah, jika sebelum ini Wan perlu mengklik terlebih dahulu tajuk entri untuk mendapatkan permalink tetapi setelah Wan mengedit permalink bagi meringkaskannya, dengan hanya melihat tajuk, secara automatik Wan mengetahui link untuk entri itu. Mudah kan?

Oleh itu, jika kau berminat untuk meringkaskan permalink kau, berikut adalah langkah untuk melakukannya. Jangan risau kerana ianya sangat-sangat mudah. Tak sampai 1 minit pun dah siap. Kalau bernasib baik, kau tutup mata pun boleh buat. Tapi ingat, melakukannya dengan menutup mata adalah atas tanggung jawab sendiri dan bukan atas paksaan serta hasutan dari pemilik blog ini ok. Hahaha..

Baiklah, pertama sekali semestinya kau perlu login wordpress kau. Sesudah itu, kau pergi ke opsyen settings dan klik pada permalinks. Sebagai contoh, kau lihat gambar di bawah ini

permalink_01

Kemudian, kau akan dibawa ke laman Permalink Settings dimana kau perlu melakukan sedikit proses edited di sana. Pada laman itu, kau akan nampak kandungan seperti gambar di bawah ini

permalink_02

Di sinilah tugas kau bermula dimana pada bahagian Common settings kau perlu tick pada custom structure seperti pada gambar di atas itu. Sesudah itu, jangan lupa masukkan /%postname%/ pada kotak kosong yang tersedia itu. Apabila segalanya selesai, bolehlah klik save changes dan mulalah nikmati permalink baru kau yang ringkas itu. Hehehe..

Perhatian! Jika sebelum ini kau ada memasukkan permalink di mana-mana entri terdahulu atau kat blog member (trackback), ianya tidak akan membawa ke entri tersebut sebaliknya akan menyatakan ‘Sorry, the page that you are looking for does not exist’. Hehehe.. Jadi, hanya satu pesanan dari Wan. Fikir dulu sebelum buang buat.

Psstt: Sila tambah sebarang maklumat jika ada yang terkurang (semestinya ada) kerana entri ini ditulis tanpa sebarang source. Harap maklum.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 18 February '09 - Kategori: Fast Update, Tutorial

Tagged: , , , , , , , .

18 Comments to “Jom Ringkaskan Permalink Korang”

18.02.09 at 04:57
Posted by spatt

yeah…
selain ringkaskan, dapat jugak improve SEO tu…
nice bro… :)

pada sesiapa yang masih gunakan blogspot tu, marilah bertukar ke wordpress!syok woooo…hehehe

[Reply]

Azizwan™ Reply:

SEO.. aku masih tak tau apa2 mengenainya. hahaha.. kalau tak silap aku, wp ada plugin SEO ni tp smpai skrng aku x install lg. lolz..

btw, semestinya bro dah expert pasal SEO ni kan.. ajar aku boleh? :)

[Reply]

spatt Reply:

hehe
aku masih menuntut pasal SEO ni bro.lagipun aku xpenah manage blog yang betul2 niche…
wp ade 2 plugin SEO yang aku tau, all-in-one ngan platinum SEO pack…
ko try la bro, pastu ajar aku.. :P
jom kite kasi mantap ilmu SEO sama2…hohoho

[Reply]

18.02.09 at 09:05
Posted by sayang sama sibintang

hehehe… wat tutorial eyh?
lalalalala…..~

neway.. sbnrnya blogspot pun mmg sudah sedia permalink sebegitu.. dulu x boleh edit.. tp skrg blogspot da boleh edit permalink.. tp x kisah lah kalau pengguna blogspot baca kan? x rugi ape².. ilmu ni… mane tau sok lusa, korang bakal bertukar ke wp.. so.. apa lagi.. hehehe..

p/s: hai.. tetibe je blog ko jatuh sakit.. silap time makan ubat ke ape? hehehee… pape pun..aku da suntik die ngan jarum paling tajam skali.. hahaha…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

jgn la sengihkan aku bro, malu la. lgpun tutorial ini ramai yg dah tahu sbenarnya cuma diorg tak berapa nk minat tgk permalink diorg yg ringkas. hahaha..

ye la bro.. tetiba plak blog ni sakit balik. ingat dah totally ok sbb dlm 2 hari takde pape yg berlaku. huhu.. btw, tq so much bro ;-)

[Reply]

tashabella Reply:

uitzz! suntik dengan jarum yg paling tajam?? apakah jenis suntikan tu wan lee aq tau kekekekee…oh upanya blog ni perlu kena suntik jua ingatkan manusia ja..lalala..apapun bagus tutorial ni wan untuk owang yg kurang arif cam aq ni…

[Reply]

18.02.09 at 09:14
Posted by menteil

kalau di semua blog aku, aku tambahkan di belakangnya .html
fungsinya?
er.. tak dapat diterangkan secara terperinci,, hehe…

[Reply]

Gadis Lonely? Reply:

good tutorial azizwan untuk newbie berjinak dgn wordpress… kool..

menteil, dari dulu aku nak tanya… asyik lupa… perlu ke html di belakang tu.. hurm… tapi how u do it ha? plugin kah?

[Reply]

menteil Reply:

mengikut ebook yg aku baca, itu untuk SEO..
secara terperinci aku tak tau.. haha..

tak yah pkai plugin.. tamba je .html

[Reply]

pGe46 Reply:

nice info bro…
i’m wanna test my avatar here :P

18.02.09 at 10:46
Posted by hydir

hoh…menarik ilmu ni..
akanku kumpul dalam koleksiku..

baru nak berjinak2 merpati dengan WordPress nih … byk yg tak tahu lagi :)

kbsoccernet.com

[Reply]

18.02.09 at 16:40
Posted by Merah&hitaM

huhu..aku da faham n da aplikasikan pada WP aku…huhu memendekkan URL kan.. kalo yang default nya mcm bawah ni rite?

/%year%/%monthnum%/%postname%/

TQ wan..tapi sape2 yg link ke salah satu post aku mmg kene ubah la kan..hehehhe…bagus wan tuto ni…nanti leh aja aku WP lagi memandangkan aku newbie..hehehhe

[Reply]

18.02.09 at 20:23
Posted by Jaws

wan,
dulu aku ade buat camne ko suruh ni..
aku ikut tutorial yg ade kat blog syed ikhwan..
juz aku nak tau ape lagi aku perlu buat utk permalink tuh?
n apa masalah ng permalink aku?
hehehe..

[Reply]

18.02.09 at 21:02
Posted by x-po

hoho walaupun aku gne blogspot, tp ku tetap bcnya jugak dong..haha blh gak dpt info skit2..

[Reply]

19.02.09 at 22:03
Posted by KNizam

ni la yg pertama aku buat masa create blog setahun lepas. hehe :)

[Reply]

27.02.09 at 11:52
Posted by clumzycaffein

waa…
baru aku taw camtu gne nye permalink..hehe
trimas

Azizwan™ Says:

Ermmm.. tp tak tau plak samada boleh buat kat non-selfhosting ataupun tak. huhu.. btw, kalau bro dah cuba dah berhasil, jgn segan2 bg tau kat kitorang k!

[Reply]

03.03.09 at 12:11
Posted by khalifah

hehe..
mantap di applykan
leh tingkatkan SEO
hehe

dr.khalifah
MENUJU JUTAWAN 2013

[Reply]

18.05.09 at 03:39
Posted by baloot

kat blog aku, memang aku sengaja wat permalink panjang2..
nak dpt ranking kat SE sedikit sebanyak.. hehe..

pastu, aku bukan saja guna /%postname%/
tapi aku juga guna category kat depan..

ni custom structure url aku: /%category%/%postname%/
hasilnya:
memang cukup best sebab banyak aku dapat ranking kat SE bagi keyword2 tertentu dan yang berkaitan dengan post blog aku… :wink:

[Reply]








CommentLuv badge