Jom meriahkan Zon Bebas

Dengan terbitnya entri ini, maka Wan dengan rasminya mengumumkan satu lagi blog picisan Wan yang baru sahaja wujud di alam maya ini iaitu Zon Bebas.
Blog ini baru sahaja diwujudkan beberapa hari lepas akibat kebosanan melampau seorang penganggur sepenuh masa yang kerjanya hanya menghadap laptop cap ayam 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Huhu.. So, dengan wujudnya Zon Bebas ni, bolehlah Wan isi separuh masa tersebut dengan mencari bahan untuk dimuatkan kedalamnya sekaligus dapat dikongsikan kepada kamu semua. Best kan? Hua3.. Untuk lebih lanjut mengenai Zon Bebas ni, kamu boleh baca di sini.
Actually Wan malas nak gebang (bukan gangbang yer) pasal kewujudan Zon Bebas ni sebab Wan sedar siapalah Wan ni kan. Takde sape pun nak ambik tahu. Malah dengan pemberitahuan ni pun, silap2 ada antara kamu yang tengah dok kutuk2 Wan sekarang ni. Baik ngaku cepat. Huhu.. Tapi alang-alang Zon Bebas tu dah wujud plus boleh dijadikan sahabat online kamu (yoyooh je), jadi tak salah rasanya Wan create entri pemberitahuan ni. Yay!
Sekarang ni Zon Bebas tu dah ada beberapa post (gambar pun ada juga) yang boleh kamu layan. So, kalau kamu rajin, boleh ler cuba try test meng’usyanya. Kalau tak rajin tu tak mengapalah sebab siapalah Wan nak paksa kamu kan? Tapi terasa hati tu opkos la. Ha3.. Gurau je. Oh ya, kalau kamu ada apa saja artikel santai, gambar-gambar pelik, seram, ngeri, lawak etc tu, sudi-sudilah forward kat Wan yer agar keseronokan itu dapat kita nikmati bersama. Huhu..
Akhir kata, jom layari www.zonbebas.com








tahniah!
29 Comments to “Jom meriahkan Zon Bebas”