Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Jom Gempakkan Gambar Korang

Adeh.. makin malas plak rasanya Wan nak update blog sengal gila babeng ni. Apa taknya, start before tahun baru cina tempoh hari sampai sekarang, blog ni semakin ngengada. Sekejap OK then belum sampai 24 jam dah KO balik. Tu yang buat Wan takde semangat nak mengupdate. Ye la, Wan pepenat update tiba-tiba blog KO, jadi takde sape yang baca. Nampak sangat syok sendiri je kan? Nasib baik ada bro Fizz yang sudi tolong setelkan problem blog Wan ni, kalau tak.. rasanya dah terkubur blog ni. Tapi sampai bila Wan nak berharap even beliau kata tak kisah? Jadi Wan harap bro fizz dapat membuat tutorial seperti yang dijanjikan dengan segera. Hehehe.. Atau Wan perlu menukar hosting?

Dan setelah beberapa hari Wan menghalimunankan iklan advertlets dari blog ini, akhirnya Wan telah mendapat status glitterati daripada nuffnang dimana salah satu kelebihannya ialah kita akan mendapat bayaran yang tinggi sedikit berbanding non-exclusive dimana setiap per klik untuk mereka yang berstatus glitterati akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM0.25 berbanding non-exclusive iaitu sebanyak RM0.15 sahaja. Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan glitterati ni, korang boleh usha sendiri di sini. Boleh kan?

Ok. Seperti tajuk kat atas tu, sebenarnya Wan nak kongsikan 2 website yang boleh tahan hebat untuk korang bookmark (jangan lupa Ctrl+D blog ni juga) especialy untuk korang yang inginkan gambar korang kelihatan gempak dan sangat kool. Ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang menggilai social network termasuk jugalah blogger yang inginkan kelainan pada gambar peribadi yang ingin dikongsikan. Dijamin cantik, menarik, tertarik kau memang debomb.


Website 1: PhotoFunia

Link: http://photofunia.com

Website 2: Imikimi

Link: http://imikimi.com

Dari 2 website tu, Wan lebih prefer kat PhotoFunia sebab ianya sangat menarik dan menjadikan gambar kelihatan lebih unik disamping tak perlu mendaftar. Cuma masukkan gambar dan save. Selesai.. Imikimi pula sesuai untuk korang yang minatkan blink-blink disamping nak masukkan gambar lebih daripada satu. Tapi untuk imikimi ni korang kena mendaftar terlebih dahulu supaya korang boleh menggunakan kesemua aplikasi yang mereka sediakan. Huhu..

Jadi, kalau korang teringin nak hiaskan friendster, myspace & whatever dengan gambar korang yang super gempak, bolehlah korang cuba usha 2 website kat atas tu. Kot-kot korang berkenan. Hehehe.. Akhir kata, selamat mencuba.

Oh ya, sebelum terlupa Wan nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada korang yang beragama Hindu (Tamil). Peace.

GAMBAR: ISTERI HULK HOGAN TAK PAKAI SPENDER <~ klik ler

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 8 February '09 - Kategori: Picture, Tips, Website

Tagged: , , , , , , , , .

6 Comments to “Jom Gempakkan Gambar Korang”

08.02.09 at 18:51
Posted by cik peanut

hohoho…peanut penat tadi nak masuk blog kamu tak leh…
hehheheh…
asyik database error je….nak bace entry baru pun tak leh…
hehehhehe

[Reply]

Azizwan™ Reply:

sorry la cik peanut sbb wan pun tak tahu apa dah jd kat blog ni.. nk saja wan tinggalkan, tp rasa sayang plak. huhu..

[Reply]

cik peanut Reply:

err…jangan lah tinggalkan…t boringlah dunia blog peanut t…
tak leh nak bace entry kamu lagi..
hehehhe..
tapi, skunk dah ok kan?
peanut leh masuk blog kamu tanpa masalah pun…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

apa sangat la yg ada kat blog ni cik peanut.. byk lg blog yg cik peanut boleh jejalan & baca kalau wan dah tinggalkan blog ni. tp seriously, wan takkan tinggalkan blog ni walau apa yg terjadi. biarlah blog ini x berupdate asalkan ia akan tetap wujud sehingga 10 tahun akan datang. insyaAllah..

dan utk makluman cik peanut, masalah blog ini masih belum selesai dan mungkin secara kebetulan cik peanut masuk ke blog ini tnpa masalah sbb ianya telah diberikan ubat penenang. hehehe..

10.02.09 at 01:14
Posted by spatt

wuiiyooo…
thanx bro, aku dah bookmark dah…
anyway, mmg blog ko problem arituh, sebab hosting ke?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

database ada problem yg sangat teruk bro.. tu pasal smpai skrng blog ni masih bermasalah..

[Reply]








CommentLuv badge