Jawatan kosong kerajaan untuk dirembat | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Jawatan kosong kerajaan untuk dirembat

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan

Actually aku nak update pasal kereta ayah aku yang hancur berkecai akibat terbabas kat tepi jalan Jumaat lepas dek ke’bengong’an si peminjam yang very the lemau. Dah tahu tak terer bawa kereta power stering, berlagak juga nak bawak laju-laju. Ha, ambik ko. Tapi memandangkan takde gambar nak tunjuk kat kamu, so biarlah ia jadi sejarah tak bertulis saja. Maklumlah, kalau aku cakap saja tanpa bukti (gambar) mesti kamu susah nak percaya kan? Adat la tu.. Sekarang kereta tu dah kat workshop so tak bolehlah nak beraksi dengan’nya lagi. Nasib baik ada sang kancil, kalau tak.. Tak tau la macam mana nak hidup.

Ok la. Memandangkan takde benda aku nak update, so kat entri kali ini aku just nak senaraikan beberapa jawatan kosong yang berkaitan dengan kerajaan untuk kamu apply (maksudnya samada kerajaan penuh atau separa kerajaan dan yang paling penting, bukan kerja dok diam-diam dapat duit macam bisnes ni. Hehe). Oh ya, kesemua permohonan untuk jawatan yang aku senaraikan akan tamat pada bulan Ogos ni. That’s mean, masih ada lagi masa untuk kamu membuat permohonan. Apa yang penting, jangah berlengah. Itu je. Hehehe.. Jadi kepada kamu yang tengah dok cari kerja macam aku ni, marilah usya jawatan apa yang ada untuk dirembat.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan- jawatan bertaraf tetap di Majlis Bandaraya Alor Star mengikut kekosongan jawatan seperti berikut:

1.1 Akauntan Gred W41

1.2 Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

1.3 Pegawai Penilaian Gred W41

1.4 Juruaudit Gred W41

1.5 Penolong Jurutera Gred J29

1.6 Penolong Akauntan Gred W27

1.7 Penolong Pegawai Penilaian Gred W27

1.8 Pembantu Penilaian Gred W17

1.9 Pembantu Penguatkuasa Gred N17

1.10 Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17

1.11 Pengawal Keselamatan Gred KP11

1.12 Penghantar Notis Gred N3

1.13 Pemandu Kenderaan Gred R3

Tarikh tutup permohonan: 2 Ogos 2009

Iklan lengkap jawatan kosong MBAS

Jawatan Kosong Majlis Daerah Gerik (MDG)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan, keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Taraf jawatan: Tetap

Kekosongan: 1

Iklan lengkap jawatan kosong Majlis Daerah Gerik
Borang permohonan jawatan MDG

Tarikh tutup permohonan: 7 Ogos 2009

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Calon-calon intelektual dan cintakan ilmu dipelawa untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea bagi melahirkan insan cemerlang dengan mengisi kekosongan jawatan di UMP seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41

2. Pegawai Latihan Vokasional J41

3. Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29

4. Pembantu Perubatan U29

5. Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional J21

6. Pembantu Makmal C17

7. Juruteknik Komputer FT17

8. Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional J17

Tarikh tutup permohonan: 10 Ogos 2009

Iklan lengkap jawatan kosong UMP

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk mencetak Surat Pengesahan Permohonan ON LINE (selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN)

Daftar di: Borang permohonan online

Jawatan Kosong di Lembaga Lada Malaysia (MPB)

Permohonan dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut :

1. Penolong Akauntan W 27

2. Penolong Pegawai Perangkaan E 27

3. Pembantu Akauntan W 17

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N 17

Tarikh tutup permohonan: 10 Ogos 2009

Iklan lengkap jawatan kosong MPB
Borang permohonan

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sabah memperlawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti berinovatif yang sedang menuju kearah Universiti bertaraf dunia bagi jawatan-jawatan berikut:

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL

01. Pegawai Kebudayaan B41

02. Penerbit Rancangan B41

03. Pegawai Sains C41

04. Pegawai Veterinar G41

05. Pegawai Pentadbiran G41

06. Pegawai Tadbir N41

07. Pengurus Asrama N41

08. Pustakawan S41

09. Pegawai Psikologi S41

10. Kurator S41

11. Pegawai Belia dan Sukan S41

12. Pegawai Hal Ehwal Islam S41

13. Pegawai perubatan U41

14. Pegawai Kewangan W41

15. Juruaudit W41

KUMPULAN SOKONGAN I

01. Serang A17

02. Ahli Fotografi B17

03. Artis Budaya B17

04. Pereka B17

05. Ahli Fotografi B21/B22

06. Penerbit Rancangan B17

07. Artis Budaya B27

08. Penolong Pegawai Sains C27

09. Pembantu Pertanian G17

10. Juruteknik Bunyi J17

11. Penolong Pegawai Keselamatan KP27

12. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17

13. Pegawai Khidmat Pelanggan N17

14. Penolong Pegawai Tadbir N27

15. Penolong Pengurus Asrama N27

16. Pembantu Perpustakaan S17

17. Pembantu Belia dan Sukan S17

18. Penolong Pegawai Belia dan Sukan S27

19. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27

20. Pembantu Perubatan U29

21. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

22. Pembantu Akauntan W17

23. Penolong Akauntan W27

KUMPULAN SOKONGAN

01. Kelasi / Jurumudi A1/A3

02. Pengawal Keselamatan KP11

03. Attendan Keselamatan U3

Tarikh tutup permohonan: 12 Ogos 2009

Iklan lengkap dan borang permohonan jawatan kosong UMS

Ini sahaja antara jawatan kosong yang tamat pada Ogos nanti. Kalau kamu mahu usya lebih banyak jawatan kosong kerajaan kat Malaysia ni, kamu boleh lihat di www.jawatan2u.blogspot.com yer sebab kat sana ada update kerja kosong dari semasa ke semasa. Akhir kata, selamat memohon dan semoga berjaya.

P/s: Aku ni plak bila nak dapat kerja? Huhu..

Related Posts with Thumbnails

advertisement

Diterbitkan pada 27 July '09 oleh Azizwan™.
Diletakkan dalam kategori Job Vacancy

11 Comments to “Jawatan kosong kerajaan untuk dirembat”

#1 Posted by PakciQue (27.07.09 at 08:30 )

Takde jawatan kosong kat sekitar JB ke?

[Reply]

#2 Posted by zul (27.07.09 at 09:16 )

selamt mencari kerja bro. Semoga dapat cepat kerja, tak pun bro nak jadi usahawan sepenuh masa?

[Reply]

#3 Posted by Anarm (27.07.09 at 10:14 )

sume keje jauh2..
tanak aku..

[Reply]

#4 Posted by ezany (27.07.09 at 10:52 )

kerja sebagai blogger xde ker ek.. :sad:

[Reply]

#5 Posted by denaihati (27.07.09 at 11:11 )

pengalaman aku kerja dengan kerajaan, badan berkanun dan swasta memang lah tak best…yang best kerja sendiri juga lah…rajin kerja lebih duit…malas kerja kurang duit…

[Reply]

zool Reply:

huhuhuhuhu.. sedih je bunyi ek..
kerja kerajaan pun tak senang sekarang kan..
selalu kena buat keje ad hoc..lari dari tajuk…
pening gak…
lepas tu kena maki boss, public..
wargh!!.
tapi kalau tak keje nak bayo PTPTN, duit kete, duit umah, bil-bil camne ek?? Keje sendiri.. belum mampu lagi.

[Reply]

#6 Posted by zool (28.07.09 at 16:30 )

Bagus-bagus.. boleh jadi blog ejen cari kerja..

[Reply]

#7 Posted by wawa (31.07.09 at 14:46 )

kepada sesiapa yang ad maklumat tentang keje kerajaan blh la email kat saya….kalau blh sekitar negeri sembilan putrajaya sahaja ;-) ….

[Reply]

#8 Posted by ayu (05.08.09 at 00:56 )

;-)
hrp sgt ble dpt kje baru,
dah bosan sgt ngn kje ni,
pnt giler…

[Reply]

#9 Posted by jawatan kosong (09.08.09 at 21:06 )

Jom rame2x apply jawatan kosong kerajaan ni.. Kerja mana saja sama la.. mesti kerja lebih trus..

[Reply]

#10 Posted by kerryzuedy (18.10.09 at 00:21 )

Bro..Naper lama tak update..Emm..Ker skang nie dah dapat kejer..Kalau dah dapat tu..Bagus laa..Tp kalau masih tak dapat..Teruskan mencari..hehehhe…

[Reply]








Blog ini menggunakan Akismet bagi mengawal SPAM. Oleh itu, jika komen anda gagal dipaparkan secara terus, berkemungkinan besar ianya masuk ke kotak SPAM. Jika itu terjadi, anda tak perlu risau kerana kami akan membuat semakan terhadap kotak SPAM kami pada setiap hari dan akan mengapprovenya jika perlu. Pengajarannya, don't do SPAM yer.