Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Hulurkan tangan, ringankan beban. Jom bantu saudara Megat

Mungkin anda tidak mengenali siapakah gerangan’nya Encik Megat ini kerana beliau bukanlah seorang artis seperti Aizat yang baru je menang Anugerah Juara Lagu yang ke-24 semalam mahupun Maria Ozawa yang sentiasa menjadi buruan penggila video lucah diluar sana. Walaupun anda tidak mengenali beliau, namun saya sangat berharap agar anda dapat terus membaca entri ini.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Al-kisah bermula.. Selepas saya membaca post bertajuk Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak yang ditulis sendiri oleh Encik Megat di blog beliau beberapa hari lepas, saya rasa terpanggil untuk mengajak anda semua untuk sama-sama membantu Encik Megat dalam meringankan beban yang sedang ditanggung oleh beliau sekeluarga atau dalam bahasa mudahnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan walaupun anda tidak mengenali beliau.

Kenapa perlu dibantu? Ada baiknya anda baca sendiri post yang ditulis oleh beliau itu untuk merasa lebih fill seperti apa yang saya rasakan.

Saya faham, memang agak sukar untuk kita memberikan bantuan kepada orang lebih-lebih lagi jika orang tersebut tidak kita kenali. Malah mungkin ada diantara anda yang akan berkata “aku pun susah jugak, takde sape pun nak tolong. Inikan pulak nak tolong orang”. Namun dalam situasi Encik Megat ni, saya berharap sesangat agar anda buang jauh-jauh ‘mindset’ tersebut dan bukakanlah hati untuk menghulurkan sedikit sumbangan (sedekah) walaupun hanya RM1 asalkan kita ikhlas. Siapa tahu, dengan RM1 yang kita sedekah’kan itu, pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas (dengan izin Allah S.W.T).

Selain sumbangan peribadi yang anda berikan secara terus, anda juga boleh membantu mengumpul lebih banyak dana untuk disumbangkan kepada Encik Megat dengan beberapa cara seperti kat bawah ni. So, sokongan dari anda semua adalah sangat-sangat diharapkan.

1. Klik link ini http://www.dapatwang.com/?id=denaihati (kalau boleh setiap hari) kerana jumlah pendapatan yang berjaya dikumpul akan disumbangkan kepada Encik Megat malah jumlah tersebut akan digandakan. Misalnya jumlah yang berjaya dikumpul adalah RM200, maka jumlah yang akan disumbangkan adalah sebanyak RM400. Ini adalah inisiatif dari pemilik blog Denaihati.

2. Jika anda mempunyai blog, bolehlah kiranya anda melekatkan banner seperti kat atas tu kat sidebar blog anda selama seminggu (jika anda dapat menuliskan entri, itu lebih baik). Dengan meletakkan banner tersebut kat blog anda, RM1 akan disumbangkan kepada Encik Megat. Untuk lebih lanjut, anda boleh baca di sini. Ini adalah inisiatif dari Encik Hydir.

3. Dan ini adalah inisiatif dari saya, juga merupakan inisiatif terakhir setakat ini dimana setiap penyertaan Contest Lekat & Menang yang saya anjurkan, saya akan memberikan sumbangan sebanyak 20sen. Oleh itu, jika anda masih belum menyertai contest tersebut, sertailah sekarang kemudian ajak semua kengkawan blogger anda untuk join sama.

Dalam pada itu, memandangkan Encik Megat ada memasang iklan Nuffnang pada blog beliau, bolehlah kiranya anda menambah earning Nuffnang beliau dengan meng’klik iklan-iklan tersebut. Namun begitu, cara ini hanyalah sebagai pilihan terakhir kerana ianya mungkin mendapat tentangan dari ‘para otai’ yang pernah mengeluarkan kenyataan menentang aktiviti klik meng’klik.

Kepada bro Megat, hanya bantuan tidak seberapa ini yang dapat saya berikan. Semoga bro Megat sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dan dikesempatan ini, saya doakan agar bro Megat cepat sembuh dari ‘penyakit misteri’ yang sedang bro Megat alami. Semoga segala urusan yang bro Megat lakukan juga akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 11 January '10 - Kategori: Must Read

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , .

12 Comments to “Hulurkan tangan, ringankan beban. Jom bantu saudara Megat”

11.01.10 at 05:17
Posted by Mr.Bintang

Semoga apa yang kita usahakan akan meringankan bebanan yang ditanggung saudara Megat sekeluarga.. amiin…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

Amin..

[Reply]

Daus Reply:

Amin…

[Reply]

11.01.10 at 08:16
Posted by mohdisa

semoga apa usaha kita dapat membantu bro megat. InsyaAllah.

[Reply]

11.01.10 at 09:11
Posted by eyra

aminn

[Reply]

11.01.10 at 10:17
Posted by hydir

salam ..
terima kasih support kempen Blogger We Care
moga kita semua dapat membantu sahabat2 yg dlm kesusahan ..

[Reply]

11.01.10 at 13:32
Posted by arrizz

cmne nak letak banner tue?

[Reply]

[...] boleh rujuk di entri megat sendiri disini atau blog kawan-kawan aku azmanishak, hydir, denaihati, azizwan, mohdisa dan ramai lagi yang turut serta dalam misi ini. Jika anda turut serta bagitau di dalam [...]

13.01.10 at 00:22
Posted by mantra

Salam,
Saya turut menyokong usaha ni…
InsyaAllah…

[Reply]

[...] Sekarang tang sumbangan kepada bro Megat. Seperti yang aku janjikan pada post ini, setiap penyertaan akan membawa kepada sumbangan sebanyak 20sen. Ini bermakna, jumlah sumbangan [...]

17.01.10 at 14:59
Posted by Izinkan Aku Pergi | MEGAT

[...] Hulurkan tangan, ringankan beban. Jom bantu saudara Megat | World Of Mohd. Azizwan™ | HIDUP BERANI… [...]

[...] cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan [...]








CommentLuv Enabled