Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Hosting murah! Fikir dulu sebelum sewa

Hosting murah dan stabil

Hi, bertemu kita kembali setelah agak lama tidak bersiaran. Sedar tak sedar, dah hampir sebulan blog ni tak ber’update yer. Bapak lama tu kan? Tapi, aku rasa seronok plak bila lama tak update blog ni. Sebabnya aku tak perlu nak fikir hari ni nak update apa? esok update apa? dan lusa plak nak update apa? Sungguh tak menyerabutkan otak wa cakap lu. Hehee..

Baiklah! Entri ni just nak bagi tahu kat korang semua especially yang dah korek tabung nak sewa hosting tu supaya berfikir semasak-masaknya sebelum meleburlaburkan duit korang untuk menyewa hosting murah plus dari syarikat yang dikendalikan secara persendirian. Maksudnya, tidak mempunyai staff untuk backup kelancaran operasi syarikat.

Dari pemerhatian aku, penjual hosting murah lebih cenderung meletakkan (dalam bahasa kasarnya, menyumbat) banyak website dalam satu server (shared hosting). Sebab tu, bila ada mana-mana blog atau website yang overused, kesemua blog yang ada kat server tu akan menerima tempiasnya. Malah yang lebih ketara, bila terlalu banyak blog dimuatkan ke dalam satu server, pastinya server tersebut akan mempunyai beban yang sangat besar. Sebab tu tak hairan bila blog yang menggunakan hosting murah selalu mengalami masalah. Lainlah kalau 1 blog sahaja yang menggunakan server tersebut tanpa perkongsian bijak.

Dan kebiasaannya pengendali hosting murah ni hanya terdiri dari seorang pekerja sahaja yang mana dialah bos dan dialah juga pekerjanya. Sebab tu harga hosting dari syarikat yang mempunyai staff berbeza dengan harga yang dikendalikan secara perseorangan. Sebenarnya takde apa yang salah tang ni. Tapi orang selalu cakap, kerja berkumpulan lebih efisien daripada kerja sorang-sorang. Jadi tak hairanlah kalau setiap telefon anda tidak berjawab dan emel serta SMS tidak berbalas. Malah blog korang juga dibiarkan begitu sahaja. Bila jadi macam ni, korang pun tahu apa sebabnya kan?

Kesimpulannya, belilah hosting yang harganya setimpal dengan features yang diberikan. Jangan cepat tergoda dengan hosting yang menawarkan features yang superb dengan harga yang murah kerana pastinya ada something yang tak kena kat situ melainkan pihak hosting memberi jaminan yang mereka akan membayar ganti rugi sebanyak 10 kali ganda sekiranya berlaku apa-apa masalah. Dan paling penting, belilah hosting dari company yang berpengalaman dan mempunyai staff supaya setiap apa yang anda ajukan kepada mereka akan menerima respon dengan segera atau sekurang-kurangnya, anda tidak dibiarkan begitu sahaja.

Psstt: Aku tulis ni langsung takde niat nak tabur pasir kat dalam periuk nasi para penjual hosting murah dan persendirian ni (actually, diorang boleh je naikkan harga untuk cover ‘kelemahan’ diorang) malah aku takde keluarkan kenyataan melarang mana-mana pihak untuk menyewa hosting murah. Aku just suruh fikir masak-masak je. Lagipun benda dah jadi kat aku, jadi ada baiknya aku kongsikan sedikit untuk kebaikan bersama. Kan elok tu?

Untuk makluman, blog ini tidak lagi menggunakan Sepaku Hosting seperti entri yang pernah aku tuliskan sebelum ini (nak baca? klik sini). Malah domain juga telah ditransfer ke hosting baru bagi mengelakkan pisang daripada berbuah 2 kali setelah lebih kurang seminggu dibiarkan bergantung tak bertali oleh domain provider (nama syarikat biarlah rahsia) hanya nak minta tukar nameserver. Tak pasal-pasal semua blog aku tak boleh diakses.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 13 March '10 - Kategori: Blog, Tips

Tagged: , , , , , , , , , , , .

26 Comments to “Hosting murah! Fikir dulu sebelum sewa”

13.03.10 at 11:00
Posted by apiih

hahaha..penah kena servis ngan hosting murah..langsung xbest.menyakitkan jiwa ada ar…tp,lastly,aku berpindah jugak hosting..huhuhuhu

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih tahniah sbb dah berpindah.. wlpn keluar duit lebih sket, tp skurang-kurang’nya kita puas hati dgn performance yg kita dapat.. yer la, bayar murah pun tak guna kalau asyik down.. buat sakit hati je.. lg sakit hati bila post yg dipublish dan dah dpt komen ratus2 hilang mcm tu saja (aku pernah kena benda ni). nasib baik tak hilang semua.. kalau tak, menanggis sampai keluar air mata darah kot. huhu..

apa2 pun, semoga hosting baru ngko (eh eh.. sama la dgn new host aku skrng ni.. cuma pakej je yg berbeza) terus cun.. takmo problem2.. hehee..

[Reply]

13.03.10 at 13:24
Posted by tokjogho

bro,

ko pakai hosting mana ni? tok minat jugak nak tahu..sbb tok pakai hosting murah aje..maklumlah blog tok baru je masuk 6 bulan lebih ckit..nak pakai yg hos yg famous2 tu terpikir 2 kali jugak..

tapi so far k jugak…walau pun ade skali dua down. Last time kena hack ( almost 1 hari down) sbb dia punya backdoor x secure. pas tu dia kasi secure, dr segi scripting dan .htaccess. banyak gak kena belajar…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@tokjogho skrng ni aku pakai hosting datakehel.. tak tahu apa sbb aku guna datakehel ni tp dr review yg aku baca kat blog & laman forum serta suggestion dr blogger2 lama, rasanya datakehel boleh diharapkan.. dan lg 1, hanya kat datakehel saja aku jumpa spec yg sesuai utk tampung belog2 aku. huhu

actually takde pape yg perlu ditakutkan dgn hosting murah sbb semua hosting pun sama je sbenarnya.. yg membezakan adalah bgaimana hosting trsebut dkendalikan. klau ok, ok la jadinya.. dan begitulah sbaliknya.. jd, utk entri ni aku lebih tekankan pendekatan ‘beringat sblm kena’.

psstt.. blog ni & blog yg lain down lebih dr 1 minggu hanya disebabkan domain provider endah tak endah request aku suruh tukar nameserver.. dan sbb tu la entri ni wujud utk peringatan bersama.

[Reply]

13.03.10 at 17:41
Posted by Luth Textile

menang membeli, menang juga memakai!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Luth Textile hahahaa.. betul3 :)

[Reply]

13.03.10 at 19:17
Posted by hans

owh,aku masih xrasa nak beli hosting

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@hans takpe2.. tp kalau nak beli hosting nanti, jgn beli hosting yg murah yer :)

[Reply]

14.03.10 at 07:51
Posted by Anarm

ko pindah dari sepaku ek?

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm yup.. utk jangka panjang, lebih baik aku angkat kaki sblm tragedi lama berulang kembali dan takut2 perkara yg lebih buruk terjadi. apa tak nyer, pengalaman entri hilang sungguh menyakitkan hati. huhu..

anyway, aku dgr ada blog bro yg masih dok kat sepaku.. semoga semuanya OK la yer :)

[Reply]

Anarm Reply:

ha ah.. ade 1 blog aku kat sepaku tu.. bulan depan baru nak transfer..

web monitoring salu dok antar email kat aku.. sepaku tu kejap ok, kejap down, kejap ok, kejap down.. dah takleh diselamatkan lagi dah tu..

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Anarm transfer jgn tak transfer. huhu..

14.03.10 at 16:57
Posted by denaihati

Setakat ni aku hapi dengan Severfreak cadangan kak jie. Harap servis yg baik berterusan.

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@denaihati baguslah kalau mcm tu bro dan smoga maintain ok la hendaknya.. maklumlah, blog bro pun dah super femes skrng. rugi tu kalau down. huhu..

[Reply]

15.03.10 at 03:21
Posted by Scromix

aku kenai yg tuka name server hang tuh. ahaha

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Scromix baguslah kalau hang kenai.. tp diam2 je la yer. bg peluang kat beliau utk sukses dgn bisnes beliau dgn menjadikan apa yg dia beliau kat aku ni sbagai pengajaran.

[Reply]

16.03.10 at 23:05
Posted by x-po

huhu sblm ni, bkn main org cakap sepaku terbaik

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po aku takde kata yer. huhu.. lgpun entri ni sbenarnya bukan aku tulis mengenai sepaku tp n3 luahan perasaan kat domain provider sblm ni yg sangat mengecewakan plus menyakitkan hati aku..

[Reply]

16.03.10 at 23:07
Posted by x-po

sblm org sume duk ckp sepaku terbaik kan?

[Reply]

17.03.10 at 01:14
Posted by hbz

setuju. sebab ni la 88hbz.com hosting BS balik. sebab aritu buy dengan hosting murah, seminggu berkali2 down. mane tak tension. then, call minta tukar ke hosting BS. takpe. biarla duit tu burn. jgn blog kta burn.

[Reply]

22.03.10 at 23:36
Posted by mashi

skang aku pakai hosting dari gempakbox :)

[Reply]

31.03.10 at 14:05
Posted by cikfen

cikfen sekarang sedang berkira2 untuk memulakan blogging dengan blogspot. Dan sedang membaca/mengumpul ilmu berkenaan penggunaan hosting yang reliable sebelum decide untuk memulakan blogging dengan hosting sendiri. Thanks for this information azizwan.

[Reply]

19.04.10 at 14:06
Posted by walibifidus

saya akui brg murah biasanya kurang kualiti
tp ada jugak yg mahal xde kualiti
so pandangan saya, kita kene tau latarbelakang syarikat dan produk yang ditawarkan.
tp susah jugakla nak tau kecuali ada rakan2 kita pernah guna.
macam sepaku webhosting
saya xkn tau kalu sedara xbagi tau
kawan saya ada tunjukkan sepaku pg tadi sbb nk bg tau sy buat sewa server n domain sgt mhl
saya dicharge rm100 utk domain .com.my
manakala utk sewa server rm150 utk 1gb.

[Reply]

15.07.10 at 14:26
Posted by AsasWebsite

Nyesal pakai Sepaku..

[Reply]

25.07.10 at 19:37
Posted by hafizVIP

Ade sesape pakai jomhosting tak? ape komen..tgh dok usha mane yang ok…

[Reply]

16.10.11 at 17:00
Posted by aleyblogger

ingat nak start 1 pojek tgh usha hosting sesuai, sape kat sini pernah dengar jiwahost..korang rasa ok x??
lagipun aku tgk ada pakej trial untuk sebulan rm10 no limit space n bandwith..nak cuba tapi takut dah upload semua file2 hancusss…

[Reply]








CommentLuv badge