Horoskop Haram

Wan percaya yang kau mesti pernah membaca horoskop berdasarkan bintang kelahiran kau kan kerana Wan juga begitu. Maklum sajalah, kat mana-mana pun ada benda ni terutama kat majalah-majalah hiburan. Dah nampak benda tu macam tak sah plak kalau tak baca kan? Sekarang ni pula lagi mudah sebab kau boleh dapatkannya melalui SMS. Cuma taip ON bla bla dan hantar ke bla bla kau dah boleh dapat. Ahakz!
Apa itu horoskop? Agak mustahil jika kau tidak kenal apa itu horoskop kerana Wan sendiri dah kenal benda ni masa Wan dok sekolah rendah lagi sampai terbawa-bawa kat subjek sains bab buruj. Huhu.. Jika kau masih tidak tahu atau kurang tahu apa itu horoskop, bolehlah kau klik di sini untuk membaca lebih lanjut.
Untuk entry kali ini, Wan nak maklumkan kepada kau bahawa horoskop itu sebenarnya adalah HARAM di sisi agama Islam walaupun ianya tidak kau sentuh atau kau makan mahupun kau minum seperti yang kau sedia maklum. Ini bermakna, bukan hanya makan 2+1+2+9 dan minum arak itu saja haram tau.
Mungkin Wan agak ketinggalan dalam hal ini tapi tak apalah kerana Wan percaya bahawa masih ramai lagi rakan-rakan kita yang tidak tahu akan hal ini kerana Wan sendiri pun baru sahaja mengetahuinya. Tak salah jika Wan sampaikannya walaupun dah agak terlewat. Huhu..
Untuk pengetahuan kau (kepada yang masih tak tahu), membaca horoskop itu samada mempercayainya atau tidak adalah sama seperti berjumpa dengan tukang tilik di mana solat yang dilakukan tidak akan diterima Allah S.W.T selama 40 hari. Ini bermakna, hukum membaca horoskop itu sama seperti meminum arak.
Berdasarkan ulasan Yusuf al-Qadrawi memberi maksud bahawa perbuatan membaca (horoskop) walaupun hanya suka-suka sama seperti pergi menemui tukang tilik atau tukang ramal
Wan yakin, ramai antara kita yang membaca ramalan bintang a.k.a horoskop itu sekadar suka-suka. Akan tetapi perbuatan kita itu sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, daripada perbuatan suka-suka inilah yang boleh menyebabkan kita menjadi taksub seterusnya boleh membuatkan kita untuk mempercayai apa yang kita baca itu. Allahu’alam..
Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama katakan tidak kepada horoskop walaupun membacanya sekadar suka-suka kerana kau sendiri pun tahu yang horoskop itu sememangnya tidak benar. Jika kau pernah alami 100% sama seperti apa yang pernah kau baca itu, percayalah bahawa ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Nota kaki: Sumber ini Wan perolehi dari majalah Bacaria keluaran 2427 yang bertarikh Sabtu 4-10 Oktober 2008. Jika kau ingin tahu lebih lanjut, bolehlah segera pergi ke kedai berhampiran untuk mendapatkannya. Itupun kalau masih ada stok. Ahakz!
Dan sebelum terlupa, jika kau ingin menjadi antara pembaca terawal bagi setiap entry terbaru dari blog World Of Mohd. Azizwan ini, kau masukkanlah emel kau di sini yer.



24 Comments to “Horoskop Haram”