Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Nota: Ini adalah entri re-publish. Entri asal dan kesemua komen yang diberikan sebelum ini telah hilang akibat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. So, aku minta maaf bebanyak diatas kesilapan tersebut.

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Sebelum bermula, Wan nak announce sket yang mulai dari entri ini Wan akan menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan Wan yang dah setahun (lebih sebenarnya) Wan gunakan kat blog ni.

Back to topic. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apa yang korang faham dengan ayat tersebut? Opsss. Maaf! Sebenarnya tak perlu pun aku mengutarakan pertanyaan tersebut kerana aku percaya korang yang sedang membaca entri ini faham apakah yang dimaksudkan dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini bukan? Malah ada antara korang yang menjadikannya sebagai prinsip hidup. Kan? Bohonglah kalau korang kata korang tidak tahu melainkan korang baru je dilahirkan semalam. Hee..

Bagi aku, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni memberi pengaruh yang sangat besar terhadap minda separa sedar kita kerana secara tidak langsung, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dapat membuka minda separa sedar kita bahawa untuk mencapai matlamat hidup, kita haruslah berani untuk menerima kegagalan walaupun kita semua tahu bahawa kegagalan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.

Itu bagi aku. Bagi korang pula, aku tak tahu sebab aku pasti pengertian kita terhadap HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini tidak sama. Namun, aku berani katakan yang motifnya hanya satu iaitu BERANI GAGAL demi MENCAPAI KEJAYAAN atau dalam ayat panjangnya, kita sanggup mengambil risiko dengan melakukan sesuatu perkara yang belum pasti apa kesudahannya (hasil) dan telah bersedia dengan apa sahaja yang berlaku kerana apa yang kita harapkan tidak selalunya akan kita perolehi. Faham kan? Ke aku je yg syok sendiri. Haha.. Lantaklah!

Tapi (ada tapinya), walaupun ianya sangat baik untuk memotivasikan kita agar sentiasa melakukan setiap perkara, aku percaya masih ramai yang akan membidas kenyataan tersebut dan aku langsung tak rasa hairan jika ada antara korang yang akan mengatakan “berani gagal? ko cakap senang la, buat tengok” atau mungkin juga “ko ni, tak habis2 dengan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL! Kalau ko berani sangat nak gagal, ko berani la sorang2. Jangan ajak orang lain untuk gagal sama.” See, walaupun ianya dapat merangsang minda separa sedar kita tapi masih ramai diantara kita yang HIDUP tapi tidak BERANI UNTUK GAGAL?

So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja.

Tapi ingin aku ingatkan di sini, kalau dah tahu apa yang akan kita lakukan tu hanya akan mengundang kegagalan, lebih baik katakan TIDAK daripada terus mempertahankan prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tersebut. Sebagai contoh: Korang nak lintas jalan raya. Pada masa tu, korang dah tahu ada sebuah kereta dipandu laju dan kalau korang melintas, korang akan dilanggar dengan kereta tersebut. Tapi kerana kononnya korang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, korang ambil risiko dengan melintas juga. Dan seperti apa yang korang dah tahu, pastinya korang tahu apa yang berlaku kan. So, lu pikirlah sendiri :)

oh! Apa aku merepek ni? Huhu.. Sebelum aku merepek dengan panjang lebar lagi, ada baiknya aku berhenti di situ dan kembali ke tujuan asal mengapa entri ini wujud di sini. Hehee.. Sebenarnya ini adalah entri promosi (penyertaan sebenarnya) untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh Denaihati dan apa yang dah tertulis kat atas tu langsung takde kaitan dengan contest ni sebab aku saja je nak membebel panjang-panjang since dah seminggu blog ni tak berupdate. Kiranya nak balas dendam suruh korang baca panjang-panjang ler. hehehe..

Ok, kat bawah ni aku nak cerita pula mengenai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni. Sila baca baik-baik yer sebab aku yakin korang pasti teruja untuk menyertainya. Tak percaya? Try tengok..

Contest yang dianjurkan oleh Denaihati ni merupakan contest terakhir untuk penutup tahun 2009 ni dan ianya sungguh mudah dimana korang hanya perlu menulis satu entri bebas kat weblog (blog la tu) korang. Sesudah itu, di penghujung contest ini nanti (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), 10 blog yang tersenarai di enjin carian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan menerima hadiah. Ya, hadiah.

Hadiah yang ditawarkan pula cukup lumayan dimana blog yang berada pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan blog pada ranking 6 – 10 pula akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang. Fuh! Memang masyuk sape dapat ni. Tidakkah korang teruja?

Tambah menarik lagi, korang juga berpeluang untuk memperolehi RM10 untuk setiap referral (penyertaan) yang mengetahui contest ini melalui blog korang. Ini bermakna, semakin ramai yang menyertai contest ini dan menyatakan bahawa mereka mengetahuinya dari blog korang, maka semakin banyaklah juga fulus yang akan korang terima. Bayangkan jika ada 10 penyertaan, dah sah-sah korang dapat RM100. Sape nak bagi kan?

Andaikata korang nak join contest ni dan korang mengetahuinya buat kali pertama melalui entri yang aku tuliskan ini, maka pada akhir entri korang tu nanti, korang pelu menyatakan yang korang tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini dari blog www.azizwan.com (http://www.azizwan.com/hidup-berani-untuk-gagal/). Contoh seperti yang korang lihat diakhir entri ini.

Selain itu, contest ini juga menawarkan hadiah kepada peserta bertuah dimana setiap penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya berdasarkan gandaan 25 akan menerima wang tunai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen di entri ini.

Fuh, memang tak rugi kalau korang apply prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL demi contest super duper ni sebab hadiah pun boleh tahan malah bisa membuatkan mata berpinar-pinar. Hehe.. Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Mula’lah taipkan entri anda sekarang! Tapi sebelum tu, jangan lupa baca syarat-syarat contest KAT SINI yer. Takut penyertaan korang kena reject plak nanti. Hee..

Dan sebagai makluman, contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Psstt: Aku tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dari blog Penganjur.

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 9 December '09 - Kategori: Contest, Freedom Talk

Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , .

22 Comments to “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”

[...] 22.Azizwan – Denaihati [...]

[...] 22.Azizwan – Denaihati [...]

[...] ni aku nak update sket pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dah aku post sebelum ni dan juga sedikit ‘ganjaran’ daripada aku buat korang yang dah [...]

[...] layari blog Denaihati untuk info yang lebih lengkap. Terima kasih kepada Azizwan.com kerana telah mempromosikan contest Hidup Berani Untuk Gagal yang menarik ni. Sekiranya anda telah [...]

15.12.09 at 00:29
Posted by Hidup Berani Untuk Gagal Contest

[...] 22.Azizwan – Denaihati [...]

20.12.09 at 10:56
Posted by adli

x….macam fasha sadha

[Reply]

[...] MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak ka, Melayu Boleh Zone, Ini Blog Neyra, Azizwan, Beliamuda, Duit Mari, Taufidris, Syakila, Blog Juniza, InaSepi, Syed Akmal, Arieyblog, Blog Ariff, [...]

14.01.10 at 14:28
Posted by Dr House

LAmbat jugak contest ni tamat. Ingatkan hujung tahun lepas tamat.

[Reply]

[...] 22.Azizwan – Denaihati [...]

[...] Comel: Saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dari blog Azizwan. submit_url = [...]

02.02.10 at 23:33
Posted by Wan Perlis

Congrat tercalon dalam entri terbaik..good luck :)

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Wan Perlis actually entri aku ni dlm kategori suka-suka je tp tak sangka plak bro Denaihati masukkan skali utk diundi. Dan klau nk menang tu memang payah la sbb byk lg entri yg super mantop dan sememangnya layak berbanding entri aku ni. huhu.. btw, thanks ya :)

[Reply]

04.02.10 at 17:46
Posted by Wan perlis

good entri..vote for u
rerajin singgah kat hidup berani gagal Wan perlis
klo suka vote for 28 hehe
trimas :)

[Reply]

04.02.10 at 23:36
Posted by Anazkia

Tahniah, entri ni masuk masuk entri pilihan terbaik :) salam ziarah, dari Indonesia… :) *tapi, saye tinggal kat Malaysia..)

[Reply]

05.02.10 at 20:18
Posted by zuls

hehe tahniah terpilih .. saya vote gak untuk bro!

[Reply]

[...] 5. So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja. Baca motivasi selanjutnya @ Azizwan.com. [...]

[...] 5. So, no wonder la ramai orang kita (orang Melayu) lebih gemar memegang prinsip tunggu dan lihat daripada mencuba kerana sesungguhnya mereka tidak sanggup menanggung risiko atau HIDUP tidak BERANI UNTUK GAGAL. Tapi yang pasti, bila dah lihat orang lain berjaya daripada prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL tadi, barulah orang kita terhegeh-hegeh nak minta itu ini dari usaha orang lain. Senang cakap, orang kita hanya tahu nak ambil jalan mudah saja. Baca motivasi selanjutnya @ Azizwan.com. [...]

[...] 5. www.azizwan.com/hidup-berani-untuk-gagal/ : Menang RM400.00 [...]

25.02.10 at 11:14
Posted by eyriqazz

tahniah kerana memenangi contest hidup berani untuk gagal..keep up a good work..

[Reply]

28.02.10 at 20:44
Posted by HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Dilot

[...] 22.Azizwan – Denaihati [...]








CommentLuv badge