Hiasan lif yang boleh tahan cool

Salam semua. Sebenarnya langsung tak terlintas kat kepala Wan nak post entri ni sebab Wan dah bercadang nak kongsikan korang ngan satu benda yang -tut-. Tapi memandangkan Wan agak penat plus ngantuk malam ni (awal pagi sebenarnya), maka ini sajalah yang mampu Wan sajikan. Dan untuk apa yang nak Wan kongsikan tu, esok-esok pun boleh bah kan? Hehe..
Ok, back to basic.. Kebiasaannya banyak malah hampir kesemua lif yang ada kat Malaysia ni sangat tak stylo dan biasa-biasa je. Langsung tak kreatif sebab semua lif yang pernah Wan guna sama je. Tak pernah nampak mana-mana lif yang ada grafik menarik dijadikan sebagai hiasan even hanya sticker sebesar kertas A4. Adakah Malaysia mengamalkan ciri-ciri standard untuk setiap lif yang wujud di dalam negaranya? Hurm..
Tapi kalau lif kat Genting Highland tak payah cakap la sebab dari luar sampai dalam lif tu penuh dengan kertas hiasan berwarna warni dengan tulisan cina. Well, walaupun sepatah haram Wan tak faham apa yang tertulis kat kertas-kertas tu, Wan dapat expect yang ianya adalah offer kepada sesiapa yang kalah judi untuk meminjam wang. Dah nama pun Las Vegas Malaysia kan. Siapa pernah guna lif kat Genting Highland tu tau la macam mana keadaannya. Huhu..
Adeh, panjang plak melalut.. I’m sorry yer. Hehe.. Ok, jom layan gambar-gambar lif kat bawah ni dan lihat sendiri hasil kreatif mereka. Yang pasti lif-lif ini bukan Malaysia yang punya kerana Malaysia kan negara standard. Boleh jalan daa..

Superman datang membantu.

Aku dah kata jangan degil. Kan dah kena belah.

Wah.. Kuatnya buka pintu lif. Makan ubat kuat ke bang?

Ini lif atau tempat parking kereta?

Adeh.. takkan nak masuk dalam badan manusia plak!

Orang nak guna lif la, bukannya tangga..
Ok, Wan dah ngantuk yang teramat sangat ni. Bantal pun dah memanggil-manggil tu ha. Wan tidur dulu la yer. Layan dan zass.. Hehe



14 Comments to “Hiasan lif yang boleh tahan cool”