Happy birthday untuk diri sendiri

Tarikh hari ini sudah menunjukkan angka 30 untuk bulan April ni. Tak sangka pulak ye, pejam celik pejam celik rupanya genaplah sudah 21 tahun Wan hidup kat atas muka bumi ciptaan tuhan yang sungguh sempurna ini. Alhamdulillah. So, Wan rasa sangat bersyukur kerana Wan diberi peluang untuk menikmati segala ciptaannya even masih banyak lagi yang belum Wan terokai bak kata iklan yang selalu keluar kat berita TV3 tu yang bunyinya lebih kurang begini “banyak tempat untuk dilawati, banyak lagi untuk diterokai. Pergilah bercuti.” Something lika that la. Hehe..
Tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang sudah dimana tiada birthday party yang akan Wan buat kerana semua itu bukanlah satu benda wajib buat Wan. Cukuplah sekadar Wan bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan merasai kehidupan pada usia 21 tahun. Seingat Wan, hanya sekali saja ulangtahun Wan disambut dengan birthday party. Itupun kerana akak Wan yang beriya-iya nak buat untuk adik kesayangan dia ni. Kalau tak, sorry naik lori la jawabnya. Kui3.
Walaupun kini usia Wan sudah menjangkau 21 tahun, tapi Wan dapat rasakan tiada apa yang istimewa atau dalam bahasa orang putihnya ‘nothing special’ yang Wan lakukan sepanjang Wan melalui kehidupan 20 tahun lepas sehinggalah pada hari semalam. Langsung tiada yang menarik dan amazing yang boleh Wan banggakan apatah lagi buat mereka yang ada di sekeliling Wan especially mak dan ayah Wan. So sad.. Betul la, hidup seorang manusia yang bernama Mohd. Azizwan Bin Rusli memang palat. Ah, apa aku merepek ni?
Apa-apa pun, Wan nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kat mak dan ayah (walaupun Wan yakin yang mereka takkan buka dan baca blog Wan ni) kerana telah mendewasakan Wan dan berusaha menjadikan Wan manusia yang sempurna walaupun Wan tahu ianya bukanlah suatu yang mudah kerana sehingga kini Wan masih juga belum sempurna. Tapi itu bukan salah mak dan ayah kerana ianya adalah salah Wan sendiri yang tidak pernah berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna.
Wan juga nak minta maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kerana Wan percaya sepanjang 20 tahun Wan hidup ngan mak dan ayah, Wan banyak melakukan kesalahan. Wan juga nak minta maaf sebab Wan banyak sangat menyusahkan mak dan ayah dengan segala macam benda yang Wan minta walaupun Wan tahu ianya diluar kemampuan mak dan ayah. Wan ingat lagi masa Wan minta beli komputer kat mak, walaupun mak kata takde duit tapi mak belikan juga untuk anak bongsu mak ni. Tapi sayang, Wan tak pernah nak buat mak gembira dengan apa yang telah mak lakukan kat Wan sepanjang 20 tahun ni.
Arghh, apasal air mata Wan tiba-tiba mengalir ni? Sepatutnya hari ini adalah hari yang patut Wan lalui dengan penuh kegembiraan bukannya kesedihan. kan hari ini adalah hari ulangtahun Wan. Maaf la geng, ter’emo sket. Apa pun, Wan berjanji kat diri Wan yang Wan akan berusaha untuk menyenangkan hidup mak dan ayah suatu hari nanti dan berharap agar Allah S.W.T memberi kesempatan itu buat Wan. Amin.
Kepada kawan-kawan pula, tak kisah la kawan yang memang dah kawan atau kawan yang cuma kenal kat alam maya ni, Wan juga nak minta maaf kat korang kerana Wan bukanlah manusia yang begitu sempurna untuk terlepas dari tidak melakukan kekhilafan samada ianya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Wan minta maaf banyak-banyak ok. Biarlah Wan melalui usia Wan yang ke-21 ini dengan langkah yang sifar dari dosa yang pernah Wan lakukan kat kalian. Insya’Allah.
Last but not least, Wan nak bagi tahu korang semua yang Wan sayang kat korang. Oh ya, ada sesiapa nak bagi special present kat Wan? I’m waiting here..




18 Comments to “Happy birthday untuk diri sendiri”