Hadiah pemenang contest review Zon Bebas telah selamat dihantar, nantikan ketibaan’nya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Just nak bagi tahu yang hadiah kesemua pemenang contest review Zon Bebas telah selamat diposkan petang tadi. Kesemua hadiah tu dihantar menggunakan pos biasa je sebab aku tak berapa nak ada bajet untuk pos guna pos ekspress yang harganya RM4.50 per sampul apatah lagi nak guna pos laju. Huhu.. So, minggu depan dah boleh dapat kot hadiah tu. Hee..
Hadiah pemenang tempat pertama, ke-2 dan ke-3 pula telah aku poskan beberapa hari lepas menggunakan pos ekspress. Harap korang terima hadiah tu dalam masa terdekat ni dan bila dah dapat, terus tunaikan kiriman wang yang korang terima tu yer. Paling penting, tunaikan kat pejabat pos yang berhampiran dengan alamat yang korang berikan sahaja. Harap korang jelas sebab kerani pos cakap macam tu.
Sebelum terlupa, aku nak bagi tahu kat pemenang yang menerima seploh hinggit tu bahawasanya aku tak sempat nak beli wang pos. Maka dengan itu, seploh hinggit tu aku bayar secara tunai dan duit tu aku selitkan kat dalam t-shirt. Jadi jangan tanya aku kenapa takde wang pos seperti yang dimaklumkan sebelum ni. Huhu..
Akhir kata, bila dah dapat hadiah tu nanti, sudi-sudilah tuliskan’nya kat blog yer. Terasa la juga hadiah tu dihargai dan aku pun bolehlah mengembangkan apa-apa yang boleh dikembangkan. Hohohoo.. Tapi kalau tak sudi takpe, takde paksaan. Lagipun itu blog korang, hak korang. Sape lah aku ni nak paksa-paksa kan? Hee..
Terima kasih kat Zon Artis diatas tajaan hadiah. Kalau sudi, taja ler lagi



25 Comments to “Hadiah pemenang contest review Zon Bebas telah selamat dihantar, nantikan ketibaan’nya”