Hadiah Najib sempena 100 hari kepimpinannya

Masa dengar (terdengar je sebenarnya) berita TV3 malam tadi, aku ada dengar pasal hadiah Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat sempena 100 hari kepimpinannya sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6. Actually, aku tak berapa nak ambik port sangat since otak aku dah dimindset yang ianya sekadar ‘mainan politik’ sahaja. Maklumlah, pilihan raya kat Manik Urai akan berlangsung tak lama lagi. Huhu..
Tapi masa aku usya new update kengkawan, blog EiNS Lobby update pasal benda ni. Bila aku baca 11 hadiah yang disenaraikan tu, aku cakap ‘sounds good’ dan aku sangat berharap agar ianya bukan hanya cakap kosong semata-mata since aku dok Sabah.
Apa yang paling aku harapkan ialah Bekalan air di Sabah diperluaskan. Apa tidaknya, kalau kat tempat aku ni air memang tak pernah on 24 jam dan kalau ada sekalipun tak pernah nak kuat. So, terpaksalah guna waterpump untuk dapatkan air lebih (kesian kat yang takde waterpump). Tapi yang kelakarnya, air akan keluar dengan kuat dan lancarnya bila ada ‘orang kuat’ kerajaan datang kat tempat Wan ni sampai semua orang kampung dah cakap yang air kat tempat Wan ni ialah air menteri. Tak percaya? Kamu datanglah sini.
Namun apa yang pasti, hari Jumaat yakni sebelum solat sehinggalah berakhirnya solat Jumaat, air memang keluar dengan jayanya. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka peka akan keperluan air pada hari dan masa tersebut.
Dan yang lain-lain tu pun aku sangat setuju walaupun kebanyakkannya tidak melibatkan Sabah. Sekurang-kurangnya ianya dapat membantu dan mengurangkan beban ramai pihak. Dan apa yang pasti, aku sangat menantikan akan cadangan Datuk Seri Najib iaitu menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru yang akan dikenali sebagai Amanah Saham 1Malaysia (AS 1MALAYSIA). Siapa tahu dengan tabung unit amanah 1Malaysia ni simpanan aku sebagai seorang penganggur boleh membiak dengan drastik. Hahaha.. Apa ko ingat senang ke Wan?
Apa-apa pun, berikut adalah ringkasan 11 perkara tersebut yang aku copy paste dari blog Eins Lobby. Dia kata dia jumpa kat Utusan, tapi aku cari tak jumpa pun atau utusan dah delete kot? Hehe..
1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.
2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.
3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang
5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.
6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.
7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini
8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.
9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.
10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.
11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.
- Utusan
P/s: Tapi kat blog Datuk Seri Najib nyatakan 13 perkara plak. Ah, lantak la! Ada aku kisah since kandungan kesemua perkara tersebut takde lobang-lobang kerja untuk mereka yang menganggur macam aku ni? Hahaha.. Kalau kamu nak baca apa yang tertulis kat blog Datuk Seri Najib tu, kamu boleh klik di sini.




<- klik untuk tutup


8 Comments to “Hadiah Najib sempena 100 hari kepimpinannya”