Gmail New Theme & Cicakman 2

Sebelum kau nak baca entri ini, Wan terlebih dahulu nak maklumkan yang entri ini adalah entri yang ntah apa-apa ntah. Huhu.. Tapi kalau kau ada masa terluang dan nak baca, apa salahnya kau baca dan komen kerana Wan sangat mengalu-alukannya. Ahakz!
Baiklah, jika kau pengguna Gmail, pastinya kau sedia maklum yang Gmail kini telah menambah satu lagi aplikasi pada perkhidmatan emel mereka dimana mereka telah menyediakan tema pada akaun penggunanya. Jika sebelum ini kau cuma nampak latar belakang yang agak membosankan, tapi sekarang kau dah boleh pilih mana-mana tema yang kau rasa menarik buat kau. Dengan adanya tema ini, pasti ianya akan memberi sedikit kelainan dalam keseronokan kau membaca serta menghantar emel. Sambil taip emel, dapatlah cuci mata. Huhu..
Kat bawah ni adalah beberapa jenis theme yang disediakan oleh Gmail untuk dipilih. So far, themes itu sangat menarik dan Wan telahpun menggunakan themes graffiti yang berlatar belakangkan warna hitam itu kerana ianya sangat cool. Hehehe.. Apa yang kau tunggu lagi, pergi la usha cepat.

Walaupun ianya hanya untuk tatapan diri sendiri dan tiada siapa pun yang akan ambil tahu kau guna theme apa, tapi sekurang-kurangnya ianya memberi kau kepuasan. Betul tak? Dan jika kau pengguna emel Yahoo sebagai emel utama, serius Wan cadangkan agar kau memiliki emel Gmail dan jadikannya sebagai emel utama kerana dari pengalaman Wan, Gmail better than Yahoo. Kenapa? Kau tanya la kat komen. Hehehe..
Oh ya, gabungan theme kat atas tu Wan curik dari blog kahi khai. Jangan report polis suruh tangkap aku ye khai.
Cicakman versi Planet Hitam

Yang ni saja Wan nak masukkan sekali kat entri ni sebab malas nak tunggu esok mahupun lusa kerana Wan tiada idea nak cerita fasal Cicakman 2 (Planet Hitam) ni. Lagipun Wan bukanlah seorang blogger sepenuh masa dan banyak lagi ilmu yang perlu di cedok. Huhu..
Cuma Wan nak ucapkan tahniah kepada trio adik-beradik KRU especially kat Yusri kerana berjaya menghasilkan filem berbentuk CGI (betul ke CGI sebab aku dah ingat-ingat lupa ni. kalau salah tolong betulkan yer). Sekurangnya adalah sedikit yang boleh dibanggakan kerana ada juga anak Malaysia yang berkebolehan menghasilkan filem yang menggunakan teknik CGI ni walaupun bezanya jelas kau nampak kalau nak compare ngan filem Hollywood sana. Apa-apa pun, mencuba lebih baik walaupun ianya masih ada kekurangan dari just dok menganga tengok kejayaan orang. Betul tak?
Dari trailer yang Wan tengok kat official website diorang, kat youtube dan juga kat TV tu, nampaknya cerita kali ni agak boleh layan sebab lebih banyak aksi yang ganaz banding ngan Cicakman 1 dulu yang ntah apa-apa. Walau bagaimanapun, jangan trailer je gempak tapi overoll hancur. huhu.. Dan kali ini awek Wan Sharifah Amani juga turut sama berlakon di dalam Cicakman 2 ini dengan memegang watak sebagai seorang yang buta dan merupakan adik kepada Danny (watak yang dipegang oleh Yusri masa Cicakman 1 dulu). Ni yang buat Wan tak sabar nak tengok ni. Hehehe.
Baiklah, sampai di sini sahaja entri untuk kali ini dan jika kau ada masa lagi, bolehlah kau pergi ke official website Cicakman 2 ini di sini kerana macam-macam ada kat sana. Ahakz!



12 Comments to “Gmail New Theme & Cicakman 2”