Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Gambaran Di Tangkuban Parahu

GAMBAR DI TANGKUBAN PARAHU INDONESIA

Seperti yang aku janjikan, ini sedikit gambaran dan mungkin info apa yang ada di Tangkuban Parahu, Bandung, Indonesia.. So kalau korang ada perancangan nak pergi sana suatu hari nanti, bolehlah take note apa yang aku kongsikan ni.. Jadi bila dah kat sana nanti, kiranya semua dah ada dalam tangan.. Takde la ralat sangat..

Bayaran masuk – Dikira per orang.. Kalau tak silap, 15 ribu rupiah (sekitar RM5) seorang.. So, sediakan wang rupiah bernilai kecil untuk memudahkan urusan pembayaran.. Tapi kalau pergi sekeluarga, bagi duit nilai besar pun takpe.. Hee~ Kalau pergi ikut teksi, anda juga perlu bayar untuk kenderaan dan sudah tentulah dengan driver’nya sekali.. Kalau pergi ikut travel agensi, anda boleh tanya dengan mereka mengenai bayaran ni sebab ada yang dah masukkan dalam bayaran tempahan dan ada pula yang tidak (kena bayar sendiri bila dah sampai ke pondok pembayaran)..

GAMBAR DI TANGKUBAN PARAHU INDONESIA

Cuaca – Umumnya sejuk.. Samada sejuk sedikit atau sejuk banyak tu, bergantung pada keadaan cuaca semasa.. Waktu aku pergi, hanya sejuk sedikit dan tak perlu pun pakai baju sejuk.. Tapi untuk yang tak tahan sejuk tu dan sebagai persediaan, bawalah baju sejuk.. Taknak bawa pun takpe sebab ada jual juga kat sana dan harganya sangat murah..

Kedai & Harga Barangan – Kebanyakkan kedai di Tangkuban Parahu menjual baju terutamanya baju sejuk dan juga cenderamata.. Bila cakap pasal kedai ni, persoalan utama ialah harga.. Apa yang boleh aku katakan, anda boleh dapat harga yang sangat murah jika anda bijak melakukan proses tawar-menawar.. Untuk baju sejuk, harga buka mereka sekitar 150 ribu rupiah (+/- RM45) tapi anda boleh dapat pada separuh harga sahaja.. So pandai2lah~ Kalau mereka takmo kurangkan pada harga yang anda minta dan anda rasa dengan harga tu mereka masih dapat profit, tinggalkan saja dulu kerana masih banyak kedai untuk anda buat pilihan..

GAMBAR DI TANGKUBAN PARAHU INDONESIA
T-shirt mini begini harganya 35ribu rupiah (+/- RM11) sehelai.

Penjual Bebas – Ini anda perlu berikan perhatian.. Sebaik sahaja anda turun dari kereta, anda akan didatangi oleh penjual bebas yang menawarkan barang jualan mereka.. Dalam situasi ini, anda perlu bijak kerana silap je sket, anda mungkin akan diekori sepanjang keberadaan anda di sana sehinggalah anda rasa TERPAKSA membeli barang yang mereka jual.. Tapi jangan takut kerana mereka baik-baik belaka (berdasarkan pengalaman).. Cuma tak syoknya bila mereka mengekori terus dan terus-terusan bertanya berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membeli barang yang mereka jual itu.. Pokoknya, ini berlaku kat aku.. Sob3..

GAMBAR DI TANGKUBAN PARAHU INDONESIA
Yang aku terbeli daripada mereka..

*Tipsnya: Sebaik saja mereka menawarkan barang yang mereka jual, cakap saja tidak berminat tanpa perlu membelek-belek barang yang mereka jual tu apatah lagi bertanya harga barang tersebut.. Jika anda melakukan itu, mereka akan beranggapan yang anda berminat dengan barang yang mereka jual dan mereka pun akan sedaya-upaya memujuk anda untuk membelinya.. Tak percaya, boleh cuba nanti.. Huhu.. Dan kalau ada yang tanya “pertama kali datang sini?” (kerana mereka cukup ramah), cakap saja sudah beberapa kali atau nak lebih power, anda cakaplah yang anda tinggal di Jakarta kerana bekerja di sana.. Hik3..

Rasanya itu sahaja yang perlu aku kongsikan.. Harap ianya membantu.. Tak banyak, sikit pun jadilah.. Sekurang-kurangnya ada sedikit gambaran sebelum menjejakkan kaki ke Tangkuban Parahu tu.. Tapi kalau ada persoalan, bisa aja tinggalkan komen.. InsyaAllah akan dijawab dari apa yang aku tahu asalkan persoalannya itu masih berkaitan dengan Tangkuban Parahu.. Kalau nak ajak aku pergi sana lagi dengan kos ditaja sepenuhnya, bisa aja.. Hehehehee~

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 7 December '12 - Kategori: Personal, Picture, Tips

Tagged: , , , , , , , , , , , .








Current ye@r *

CommentLuv badge