Gadget Impian Aku (Part 1)
Gadget impian aku, banyak.. Tapi untuk entri ni aku hanya senaraikan satu sahaja yang mana ianya merupakan gadget yang menduduki carta teratas yang mahu aku miliki terlebih dahulu berbanding yang lain. Dan untuk pengetahuan, dah lama sebenarnya aku ingin memiliki gadget tersebut, tapi apa kan daya, kocek ni manjang je kering. Faham kan maksud aku? Huhu..
Dan gadget yang aku maksudkan itu adalah sebuah kamera DSLR. Ya, kamera DSLR. Tapi model apa, masih belum diputuskan. Cuma dalam perancangan, nak beli Canon EOS 1100D sahaja sebab harganya yang murah. Kalau ikutkan, memang nak beli yang mahal dengan lens yang superb, tapi bak kata orang, sebagai beginner, Canon EOS 1100D sudah cukup memadai.

Dapat angkat Canon EOS 1100D ni pun jadilah.

Tapi kalau ada bajet lebih, serius aku akan angkat Nikon D90 terus even ilmu photography aku masih zero. Boleh berlajar perlahan-lahan sampai pandai. Jadi bila dah pandai, takdelah menyesal dikemudian hari cakap ‘kenapalah aku tak beli Nikon D90 je dulu‘. Huhu.. Jadi hal plak nak cari buyer untuk let go Canon EOS 1100D tu. Belum masuk lagi bab nak letak harga. Ha3..


Kenapa aku nak kamera DSLR? Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Tapi serius cakap, memang aku nak sangat ada sebijik DSLR walaupun ilmu photography zero dan minat tu macam belum ada. Mungkin sebab tak pernah mencuba lagi kot, tu yang minat belum lahir lagi tu. Bila dah ada kamera DSLR nanti, siapa tahu minat tu muncul dan bakal jadi photographer pro. Hik3..
Ok la, korang pun dah tahu apa gadget impian aku dan kenapa aku nak gadget tu, so cukuplah sampai kat sini saja. Tulis pepanjang pun, bukan korang baca sampai habis juga kan? Entah-entah, ni pun korang baca skip2 je. Huhu.. Oh ya, entri ni juga sebenarnya adalah untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh blog Denaihati.com iaitu Contest Gadget Impian.
Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak
Psstt: Gadget impian aku yang lain akan dinyatakan pada part yang seterusnya. Itupun kalau aku rajin la nak bagi tahu sebab aku percaya, bukan korang nak tahu pun apa gadget impian aku kan? Hohoho.. Oh ya, Ada sesiapa nak belanja aku iPhone 4S sebijik? *Tiba2



12 Comments to “Gadget Impian Aku (Part 1)”