Entri khas sempena 1 tahun kewujudan blog ini

Pejam celik, login logout, rupanya hari ini (10. Oktober) sudah genap setahun blog www.azizwan.com ini bertapak kat alam maya ini dengan hosting dan domain’nya sendiri walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.
Pernah sekali blog ini seperti sudah tidak wujud lagi bila ianya mengalami kehilangan yang benar-benar mengerikan. Kalau kamu pengikut blog ini sedari awal kewujudannya, Wan yakin kamu tahu apa yang Wan maksudkan. Dan hari ini, Wan rasa terharu plus happy sesangat sebab tak sangka plak blog picisan macam ni boleh bertahan sampai ke hari ini. Oleh itu, saja Wan tuliskan entri ini untuk meraikan 1st anniversary’nya. Yay!

Sejak setahun kewujudan blog ini, ianya sudah mempunyai 149 entri (alahai, sket’nya) yang mana kebanyakkannya (hampir keseluruhan actually) entri yang Wan tuliskan adalah entri tak boleh blah dimana ianya langsung tidak memberi sebarang effort. Kalau ada sekerat dua entri yang ‘baik punya’ tu, Wan harap ianya memberi manfaat kat kamu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Boleh gitu?
Dan bila Wan baca balik entri-entri yang pernah Wan tuliskan kat blog ni lagi-lagi entri diawal kemunculan’nya, rasa lawak sangat la pulak. Sengih sorang-sorang dibuatnya. Heee.. Ye la, dah nama pun baru berjinak-jinak untuk jadi blogger popular (konon je), so tak hairan ler kalau kebanyakkan entri nampak sekadar tangkap muat je. Asal blog ber’update kekdahnya. Huhu..
Sejak setahun kewujudan blog ini, ianya menerima 2835 komen (tak termasuk komen spam). Tapi kan, kalau nak kira komen readers berapa kerat sangat ler sebab separuh dari jumlah komen tu datangnya dari Wan sendiri. So, senang cerita, komen yang ditinggalkan kat blog picisan ni adalah separuh dari jumlah diatas. Kamu pepandailah kira yer. Itupun kalau rajin sangat ler. Kehkehkeh..
Cakap pasal komen ni pulak, opkos la akan ada komen yang sedap je dibaca dan begitu juga dengan komen yang cam hampeh yang kadang-kadang buat Wan panas. Tapi tu ler, sebagai blogger yang berhemah tinggi dan penyabar (chewah), Wan anggap semua komen tak kiralah yang OK ataupun KO itu sebagai asam garam dunia blogging. Ye la, kalau takde perisa yang pelbagai, tak sedap la kan?
Sejak setahun kewujudan blog ini, banyak juga perkara dan ilmu baru yang Wan pelajari serta perolehi yang mana ianya tak pernah pun Wan belajar masa kat sekolah dulu. Huhu.. Tapi kan, rasanya tak perlu kot Wan tuliskan apakah perkara baru yang Wan pelajari itu since ianya still dalam skop blog dan blogging. So, faham2 sendiri sudah. Kalau tak faham juga, tak dapat den nak nolong.
Sejak setahun kewujudan blog ini, ramai juga member maya yang Wan kenal dan boleh dikatakan akrab even masing-masing tak pernah face to face. Malah ada juga antaranya yang menjadi tulang belakang blog ini dimana beliau yang Wan maksudkan tak lain & tak bukan adalah Mr Bintang. Huhu.. Nak bagi duit serius Wan tak mampu. So, ucapan berbanyak terima kasih sahaja yang mampu Wan berikan.
Nampaknya entri yang Wan taipkan ni dah nampak panjang sangat dah, so ada baiknya Wan skip dan terus ke bahagian akhir. Boleh kan? Yer la, kalau nak story one by one lagi takut kamu baca sampai esok pun tak habis plus Wan akan melalut yang ntah apa-apa ntah plak kan. Huhu.. Oleh itu, terimalah ucapan ikhlas daripada Wan dengan membaca apa yang tertulis kat bawah ni.
Sempena 1st Anniversary blog ini, Wan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua yang tak henti-henti memberi sokongan tehadap blog ini lagi-lagi kamu yang selalu melawat, membaca dan memberikan komen even blog ni tak best mana pun kerana tanpa kamu semua pastinya blog ini ibarat “hidup segan mati tak mahu” dan mungkin entri 1st anniversary ini juga tidak akan wujud. Dengan itu, Wan sekali lagi berharap agar kamu dapat terus memberi sokongan terhadap blog ini supaya akan wujud pula entri 2nd anniversary nanti. Boleh?
Akhir kata, yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T manakala yang tak baik tu pastinya datang daripada kelemahan dan kesilapan Wan. So, yang baik tu jadikanlah tauladan dan yang tak baik tu pandai-pandailah jadikan sempadan. Kan dah besar panjang. Hehe.. Dikesempatan ini juga, Wan nak minta maaf jika Wan ada salah silap sepanjang setahun kewujudan blog ini. Harap dimaafkan.
-Wan-








17 Comments to “Entri khas sempena 1 tahun kewujudan blog ini”