Disebalik pemprosesan udang geragau yang sungguh bluwek

*typo: pengemar penggemar
Tadi masa nengok-nengok emel, dapatlah satu emel dari si penghantar tegar emel santai dengan tajuk emelnya INDUSTRI GERAGAU … tgok jgn tak tgok!. Selalunya memang aku tengok pun emel yang dia hantarkan walaupun takde tulis tengok jangan tak tengok tu sebab ianya hanya koleksi gambar-gambar santai. So, bolehlah cuci mata sket.
Tapi dengan tajuk yang dia bagi kali ni buat aku semakin excited nak nengok sebab geragau tu sendiri aku tak tahu apa ke bendanya ditambah lagi dengan ayat tengok jangan tak tengok. Mestilah kamu pun teruja nak nengok kan?
Dan bila aku nengok je gambar-gambar tu, terus naik mual aku dibuatnya. Apa taknya, sungguh menjijikkan wa cakap lu. Serius! Ok, malas aku nak cakap banyak, apa kata kamu usya sendiri gambar-gambar tu kat bawah ni. Oh ya, jika kamu adalah penggemar geragau, Wan sangat menggalakkan (YA, sangat menggalakkan) kamu melihatnya sendiri. Boleh kan?



Dan part yang langsung tak boleh blah..





Arghhh.. Lepas ni sebut je udang geragau, gerenti aku takkan makan melainkan ianya diproses dan dihasilkan di depan mata aku sendiri. Tapi memang aku tak pernah dan tak akan makan kot sebab inilah first time aku dengar nama makanan ni. Huhu.. Adakah ianya seperi budu?
Pernah makan budu masa kat semenanjung dulu (tak silap, tahun lepas) tapi serius dowh, tak masuk perut. Nak muntah adalah. Aku ingatkan sedap sesangat, rupanya.. (*pitam sekejap). Mungkin sebab tak familiar dengan budu lagi kot? Huhu..
Apa-apa pun, terima kasih bebanyak kepada BLUEHIKARI diatas pendedahan ekslusif ini dan terima kasih juga buat si penghantar emel tegar tu kerana telah berjaya membuatkan aku anti kepada benda yang tak pernah pun aku tahu ni.



20 Comments to “Disebalik pemprosesan udang geragau yang sungguh bluwek”