Contest Teka Nilai Duit

Kini tibalah masa yang korang nanti-nantikan iaitu contest yang Wan janjikan sebelum ini. Huhu.. Kalau nak diikutkan, minggu lepas lagi Wan dah post contest ni tapi apakan daya streamyx Wan bermasalah. Jadi, terpaksa la Wan memerapnya buat seketika supaya ianya lebih enak dan sedap seperti jeruk mangga mungkin. Hehehe.. Oleh kerana streamyx Wan sudah kembali pulih seperti biasa, maka dengan rasminya contest pertama yang Wan janjikan itu berlangsung mulai saat ini.
Untuk menyertai contest ini mudah sahaja. Korang hanya perlu meneka nilai keseluruhan duit 5sen yang ada pada gambar di atas dan berikan jawapan korang pada ruangan komen di bawah. Setiap seorang hanya layak untuk 1 penyertaan dengan memberi 2 jawapan sahaja. Ingat, 2 jawapan sahaja! Jika didapati ada diantara korang yang menghantar lebih dari 1 penyertaan, secara automatik contest ini akan terbatal. Ini bermakna, semua penyertaan akan dibatalkan. Oleh itu, jadilah orang yang bijak dengan mengikuti semua peraturan. Boleh kan?
Ok, contest ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai alamat di Malaysia. Ini bermakna, walau korang berada di Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina atau di bulan dan bintang sekalipun, korang masih boleh menyertai contest ini tetapi hadiah yang korang menangi hanya akan dihantar ke alamat dalam Malaysia. So, kalau korang yang berada di luar Malaysia tu berlangkah kanan dengan memenangi contest ini , bolehlah bagi hadiah yang korang menangi kepada keluarga, saudara-mara ataupun sahabat korang yang berada di Malaysia.
Penyertaan mestilah (wajib) menggunakan emel yang sah kerana Wan akan menghubungi pemenang melalui emel yang disertakan bagi mendapatkan butiran untuk urusan penghantaran hadiah. Jika emel yang Wan hantarkan tidak menerima respon dalam masa 48 jam (2 hari) dari waktu emel dihantar, kemenangan korang akan terbatal secara automatik dan hadiah tadi akan diberikan pula kepada peneka dengan jawapan sama atau terhampir yang seterusnya. Jadi, jangan biarkan hadiah yang korang menangi terlepas ke tangan orang lain disebabkan emel yang anda gunakan tidak sah.
Bagaimana pemenang dipilih? Of course la pemenang dipilih berdasarkan jawapan (tekaan) yang paling tepat. Jika terdapat lebih dari seorang yang memberikan jawapan yang tepat, pemberi jawapan yang terawal sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang. Jadi, kalau korang rasa yang korang ni hebat dalam teka-meneka, berusahalah untuk menjadi peneka yang terawal. He3. Jika tiada jawapan tepat pula, pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling hampir dengan jawapan sebenar. Maksudnya jawapan yang kurang dari jawapan sebenar. Faham kan?
Important update: Setelah meneliti beberapa perkara, Wan mengisytiharkan syarat pemilihan pemenang ditukar dimana jika ada lebih dari seorang pemberi jawapan yang tepat atau hampir tepat, pemenang akan dipilih melalui undian dan cara undian terpulang kepada Wan. Ini bagi memberi ruang kepada mereka yang terlewat untuk turut sama memperolehi peluang memenangi contest ini. Harap maklum.
Hadiah untuk contest ini pula adalah sehelai t-shirt untuk seorang pemenang sahaja. Kenapa untuk seorang pemenang sahaja? Jawapannya sungguh mudah! Ini kerana Wan takde duit untuk bagi hadiah tersebut kepada 2 pemenang. Huhu.. OK, t-shirt tersebut adalah seperti pada gambar di bawah ini tetapi ianya adalah contoh sahaja. Mungkin warna dan bentuk tulisan akan berlain dari apa yang ditunjukkan. Dan untuk makluman, t-shirt tersebut adalah unisex dan saiz pula berdasarkan saiz pemenang. Jadi, tak kisah korang lelaki atau perempuan, besar atau kecil, korang boleh saja join contest ni. Saiz t-shirt boleh dirujuk kat sini.

Akhir sekali malah sangat penting, contest ini akan berlangsung selama 10 jam hari dimana ianya akan berakhir pada 31/03/2009 tepat jam 11.59pm waktu Malaysia. Oleh itu, korang mempunyai masa yang agak panjang untuk membuat pengiraan satu persatu terhadap duit 5sen tersebut jika rajin. Hehehe.. Wan saja bagi tempoh pepanjang sebab Wan nak bagi peluang kepada semua visitor yang datang atau terdatang ke blog ini untuk menang even hadiahnya tak mahal mana pun. Huhu.. Akhir kata, selamat meneka dan semoga berjaya.
Psstt: Nilai keseluruhan duit 5sen tu tak lebih RM50.00




<- klik untuk tutup


65 Comments to “Contest Teka Nilai Duit”