Contest Lekat & Menang untuk korang sertai
CONTEST CLOSED

Setelah berfikir bagai nak rak apa aku nak update kat blog ni, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat contest sebagai entri permulaan di tahun 2010 ni dengan harapan ianya dapat membuka mood aku untuk terus mencurahkan keringat kat blog ni (yo yo oh je) dan mood korang juga supaya dapat terus melayan blog aku yang ntah apa-apa ntah ni. Hehe..
Ok! Contest yang aku buat ni aku namakan sebagai “Contest Lekat & Menang” dan ianya sungguh mudah. Kenapa Contest Lekat & Menang? Teruskan membaca untuk lebih lanjut.
Sebelum apa-apa, aku nak bagi tahu yang syarat utama untuk sertai contest ni ialah korang perlulah mempunyai blog yang berusia sekurang-kurangnya 2 minggu sebab aku tak nak ler korang buka blog baru semata-mata nak join contest ni je then tinggal camtu je. Tak berbaloi la kan? Korang yang takde blog tu, sorry bebanyak yer. Huhu..
Baiklah, kalau korang ada blog dan berminat nak sertai contest ni, apa yang perlu korang lakukan ialah buat satu post dengan tajuk “Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com“. Kemudian letakkan gambar kat bawah ni sebagai ‘gambar utama’. Saiz gambar pandai-pandai la resize ikut suka korang. Jangan terlalu kecik sudah.

Pada post tersebut pula, korang tak perlu nak pikir apa yang perlu korang tulis. Cukup sekadar korang tuliskan “Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com (link’kan ke entri ini)”. Tapi kalau nak juga tulis pepanjang, it’s up to you. Cumanya tak nak ler post contest tu di anak tiri’kan. Faham kan?
Lagi 1, kalau korang tahu contest ni dari blog kengkawan korang, korang tulis sekali “Saya tahu contest ni dari blog … (berikan link post penyertaan mereka)” yer. Sebab yang ni, kalau korang menang, kawan korang tu pun akan menang sama. So, sama-samalah merasa menang walaupun hadiahnya tak sama. Hee..
Dan yang paling penting, post tersebut haruslah dijadikan sebagai “sticky post” untuk 48 jam (2 hari). Ulang sekali lagi, untuk 48 jam. Kalau kurang tu, automatik akan di reject. Tapi kalau korang letak lebih dari 48 jam, itu tidak mengapa dan sangat digalakkan. Hehe..
Itu je syaratnya. Tak nak bagi syarat lebih-lebih sebab contest ni just for fun je. Kang aku letak syarat bebanyak kang, dah tak enjoy plak jadinya. Ye dak? Huhu..
Oh ya, contest ni sebenarnya adalah contest yang berbentuk ‘lucky draw’ dan hanya 1 pemenang sahaja yang akan dipilih. So, pemilihan pemenang of course la dilakukan secara cabutan bertuah kan. Macam mana cabutan bertuah tu dibuat akan dimaklumkan kemudian. Korang jangan risau la, gerenti takde main tipu punya.
Ok! Sekarang masuk bab hadiah. Seperti yang dah tertera kat atas tu, hadiah,nya adalah wang tunai bernilai RM50 untuk 1 pemenang dan RM30 untuk referrer kepada pemenang. Hadiah ni tak ler mantap tapi rasanya ok la kot sebab contest ni pun super duper mudah. Lagipun sape la aku ni nak bagi hadiah mahal2. Huhu..
Rasanya semua dah clear so tinggal nak bagi tau tarikh tamat je lagi. Dengan ini, aku memaklumkan yang contest ini akan tamat pada 13. Janurai 2010 tepat jam 11.59pm. Confirmed! Ada apa-apa soalan nak tanya, drop je kat komen tu yer dan jangan lupa juga tinggalkan link post kalau dah join.









tahniah!
148 Comments to “Contest Lekat & Menang untuk korang sertai”