(Contest Denai Hati) Pemenangkah Aku?

Kalau korang adalah pelawat tegar blog ni (ada ke?), aku percaya korang mesti pernah membaca entri ini kan lagi-lagi yang tinggalkan komen tu. Yer la, dah tinggalkan komen mestilah dah bacakan. Huhu.. Oleh itu, pada entri kali ini aku ingin maklumkan kepada kamu semua bahawa aku adalah …
Tapi sebelum tu aku nak cerita sket. Contest tersebut telah bermula lebih kurang sebulan yang lepas dan dengan sah’nya tamat pada 05. Jun tepat jam 12am. Setelah beberapa hari berdebar-debar menantikan keputusannya, akhirnya malam semalam owner blog Denai Hati menyatakan melalui twitter yang keputusan telah diumumkan.
Dengan penuh debar dan berat hati samada nak tengok atau pun tak keputusan tersebut, akhirnya aku gagahi jua untuk melihatnya kerana aku terlalu excited untuk mengetahui samada nama aku tersenarai atau tidak sebagai salah seorang pemenang contest tersebut. Al-maklumlah, yg sertai contest tu bukan aku seorang.
Apabila aku membuka blog Denai Hati dan melihat keputusan yang tertera, dalam percaya dan tidak rupanya nama aku tertulis sebagai pemenang tempat pertama. diulang sekali lagi, tempat pertama. Oh! alangkah terkejutnya aku plus ter’gembira dengan serta-merta. Apa tidaknya, aku menang RM200 tu bai.
Tidak cukup dengan itU, rupanya aku juga menerima hadiah sebagai pemberi komen terbanyak yang paling bernas sepanjang berlangsungnya contest tersebut dan hadiahnya juga berupa wang tunai bernilai RM50. Ini bermakna, aku telah memenangi sejumlah wang tunai yang berjumlah RM250.
Oh ya, sebagai pemenang tempat pertama untuk contest tersebut, aku juga menerima hadiah berupa Personalised Dolly RSS yang direka khas oleh Emila Yusof. Dan untuk makluman kamu semua, artikel mengenai Emila Yusof pernah disiarkan di akhbar Kosmo. Aku sendiri ada membaca artikel tersebut. Beliau memang hebat.
Dan sebelum terlupa, owner blog Denai Hati juga ada menyatakan yang beliau akan menganjurkan satu lagi contest dalam masa terdekat ini. Katanya lagi, hadiah juga mungkin akan lebih lumayan dari yang sebelum ini dimana ianya mungkin bernilai ribuan ringgit. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat nanti. Hehe.. Tak sabar plak aku.
Akhir sekali, tahniah utk diri sendiri & juga pemenang yg lainnya. jangan jeles2 yer




<- klik untuk tutup


12 Comments to “(Contest Denai Hati) Pemenangkah Aku?”