(CONTEST) Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Dah lama tak update blog jadi ada baiknya aku join contest Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 yang dianjurkan oleh Lelaki Ini sebab aku boleh jadikan contest ni sebagai modal untuk update blog. Yer la, dari biar blog bersawang, baik update something kan? Hee.. Baiklah, berikut adalah entri penyertaan aku.
Jika diberi RM100, pastinya aku akan menggunakan duit tersebut untuk membayar bil Streamyx. Maklumlah, aku perlu menyediakan nilai tersebut setiap bulan bagi memastikan bil Streamyx berjaya dibayar dengan jayanya supaya aku boleh terus melayari dunia tanpa sempadan ni. Yay!

Perlukan RM100 setiap bulan untuk bayar benda ni
So, aku dah bagi tahu apa yang aku akan buat dengan RM100 yang dibagi tu, aku harap sesangat akan ada yang bermurah hati untuk bagi aku RM100 setiap bulan. Muahahaa.. Gurau je. Tapi kalau ada yang nak begi betul-betul, kecik tapak tangan, akaun Maybank aku tadahkan. Kah3
Oh ya, memandangkan tarikh tutup contest Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 ni sama dengan tarikh lahir Lotter AF4 dan opkos la aku juga, aku harap duit tu akan diberi kat aku sebagai hadiah hari jadi sekaligus menjimatkan duit aku untuk bayar bil Streamyx nanti.
Promo hari lahir nampak? macam nak minta korang bagi hadiah kat beliau je. Muahaha.. Ok! abaikan. Tapi kalau korang nak take it serious, lagi beliau suka. Korang hubungi la beliau untuk dapatkan alamat surat-menyurat bagi proses penghantaran hadiah2 tu. Hahaha.
Baiklah, cukup setakat ini. Kalau korang nak join sama contest Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 ni, korang boleh baca lanjut DI SINI. Dan kalau korang dapat RM100 tu, janganlah lupakan aku yer sebab kalau korang tak baca entri ni, dah sah2 korang tak dapat. Hehe.. Gurau je.



14 Comments to “(CONTEST) Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100”