Contact form PERCUMA yang boleh korang gunakan

Ekceli, inilah benda yang Wan cakap nak kongsikan tempoh hari tu tapi gara-gara Wan ngantuk maka tak pasal-pasal keluar entri yang ntah apa2. Sampai gambar lif pun nak sibuk masukkan kat blog, memang tak boleh blah tul kan. Huhu.. Sabau je la.
Malas nak cakap panjang sebab Wan percaya korang sendiri pun tahu apa sebenarnya contact form ni kan. Yer la, korang sendiri kan cakap yang korang ni blogger sejati plus pelayar internet tegar, takkan contact form pun tak tahu. Klau mcm tu, baik terjun kolam la bai. Hehe..
Ok, kat sini Wan jumpa 2 perkhidmatan contact form yang boleh korang gunakan secara percuma dan ianya boleh diletakkan pada blog korang dengan begitu mudah sekali semudah membuka kulit kacang mungkin kerana ianya hanya menggunakan kod HTML. Korang copy, paste dan save. Selesai.
Contact form 1: Kontactr

+Dapatkan di sini
Contact form 2: 123 contact form

+Dapatkan di sini
Antara contact form kat atas ni, Wan lebih prefer korang gunakan (itupan kalau nak) contact form yang disediakan oleh Kontactr kerana ianya sungguh mudah dan mesra pengguna. Maklum la, Wan pernah guna contact form ni masa buat bisnes MLM dulu. So, mereka yang tak berapa nak arif ngan internet ni dapat menghubungi Wan dengan mudahnya. Yay!
Tapi kalau korang nakkan aplikasi yang bukan hanya untuk hubungi, 123 contact form adalah yang sesuai kerana ianya menyediakan 4 opsyen berbeza iaitu simple contact form, personalized contact form, club signup form dan juga job application form. So, sesuai la untuk korang yang ada kelab dan juga ingin mencari pekerja. Hehe..

Oh ya, kalau tak silap Wan pengguna wordpress ada plugin khas untuk contact form tapi tak tau la sebab Wan tak pernah guna apalagi nak mencarinya. Hahaha.. Tutorial plak saja Wan tak bagi sebab senang sangat la nak buat bai. Tak percaya, cubalah
Kalau ada lagi mana2 contact form percuma yang boleh digunakan, korang share la yer. Kot2 apa yang korang bagi tu lebih mesra pengguna berbanding dengan apa yang Wan kongsikan ni.



14 Comments to “Contact form PERCUMA yang boleh korang gunakan”