Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Celcom Broadband Review – Setelah 4 Bulan Menggunakannya

CELCOM BROADBAND REVIEW

Sejak aku buka perkhidmatan pendaftaran Celcom Broadband, ramai yang hantar emel kat aku tanya OK ke Celcom Broadband ni? Laju ke surf internet? Antara Celcom Broadband, Digi Broadband dan Maxis Broadband, yang mana lebih baik? Jadi, memandangkan ramai yang tanya maka aku merajinkan diri buat sedikit review mengenai Celcom Broadband ni based on experience setelah 4 bulan menggunakannya.

Sedikit ringkasan yang perlu korang tahu sebelum membaca review aku.

Pakej Celcom Broadband: Pakej basic (D68)

Modem yang digunakan: Huawei (model: E1550) *seperti gambar di atas

Lokasi: Sebuah pekan kecil di Sabah yang jauh daripada Kota Kinabalu.

Ok! Dari aspek kelajuan melayari internet, secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan Celcom Broadband ni sebab kat tempat aku ni dapat liputan HSDPA malah line full bar. Satu kelebihan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Broadband. So, setakat layan YouTube tu memang no hal lah. Takdenyer nak berjanggut tunggu video buffering malah lebih laju lagi dari Streamyx 512Kbps. Ini serius!

*Ada gambar yang akan diupdate kemudian.. sabar yer..

Walau bagaimanapun, langit tak selalunya cerah. Yang ni korang kena sedia maklumlah. Ada masa-masa tertentu, Celcom Broadband akan menjadi slow yang teramat sangat even ianya belum mencecah fair usage. Ini sesuatu yang tak dapat dinafikan. Aku selalu kena pada waktu malam, biasanya antara jam 9-11 malam macam tu. Jadi, time macam ni janganlah nak layan YouTube, gerenti menangis punya. Hee..

Kestabilan. Ingat, Celcom Broadband dan juga lain-lain broadband tidak seperti Streamyx jadi nak harap mana-mana Broadband kat Malaysia ni stabil macam Streamyx tu, tunggu aku jadi taukey ISP dulu la yer. Hee.. Tapi setakat ni aku berpuas hati sebab selama aku gunakan Celcom Broadband ni jarang pula putus. Kalau putus pun ianya tak lama dan biasanya berlaku pada waktu puncak. Kira normal la dan tak ler buat aku jadi gila.

Download. Kalau korang kaki download, mungkin korang boleh tersenyum bila menggunakan Celcom Broadband ni sebab ianya memang tak mengecewakan. Aku dah banyak kali download video dari YouTube tu guna Celcom Broadband, memang laju. Tapi tu ler, tak boleh nak men’download sangat memandangkan ada fair usage. Nasib baik aku bukan kaki download movie. Kalau nak download pun, guna Streamyx sudah. Jimat bandwidth.

Bab upload pula aku kurang puas hati dengan Celcom Broadband ni sebab agak slow. Tu yang kalau aku upload video masuk YouTube, aku jarang gunakan Celcom Broadband melainkan terpaksa.

Servis khidmat pelanggan. Yay! Nak juga. Huhu.. Tapi setakat ni tak pernah pulak aku telefon servis khidmat pelanggan Celcom Broadband tu sebab tak pernah lagi ada masalah serius yang aku perlu tanyakan kat mereka. Kalau servis khidmat pelanggan Streamyx tu banyak kali ler dan kebanyakkannya mengecewakan. Jadi tak dapat la aku nak review pasal ni. Siapa yang pernah call tu, meh kongsikan pengalaman.

Dan ini yang paling aku excited nak bagi tahu dimana dengan Celcom Broadband aku boleh online kat memana sahaja even dalam kereta yang sedang bergerak sekalipun. Aku dah cuba dan hasilnya not bad. Boleh dikatakan connection agak konsisten. Jadi, kalau tengah dok boring dalam kereta tak tau nak buat apa, bolehlah layan Youtube, Facebook, Twitter, blog ni dan juga blog ni menggunakan Celcom Broadband. Yang penting, jangan lupa bawak laptop sudah. Kalau tak, nak cucuk modem kat mana?

Rasanya itu saja review yang mungkin penting buat korang yang berkira-kira nak apply broadband tu lebih-lebih lagi Celcom Broadband. Jadi, apa yang dapat disimpulkan kat sini, performance Celcom Broadband ni (dan lain-lain broadband juga mungkin) adalah bergantung pada network coverage sesuatu kawasan. Kalau coverage kat kawasan tu OK, maka Oklah ia. Kalau tak OK, guna broadband yang kononnya popular kat Malaysia ni pun takde gunanya.

Dipendekkan cerita, sebelum apply mana-mana broadband, pastikan korang cek dulu kawasan tempat korang nak gunakan broadband tu samada ada liputan ataupun tak. Ada HSDPA, 3G ataupun cuma ada GPRS je. Untuk Celcom Broadband, anda boleh semak DI SINI. Untuk Maxis Broadband dan DiGi Broadband pula, pandai-pandailah korang cari. Hee.. Ala, bukan susah pun. Korang masuk je kat website diorang. Jumpa lah tu.

Sape-sape nak bagi review ringkas mengenai Celcom Broadband ni atau lain-lain broadband, silakan. Ruang komen kat bawah ni sedia terbuka untuk anda kongsikannya. Kesudian anda saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Chewah. Hehe..

Psstt: Kalau korang ada Twitter, Jom Buat Duit Dengan ChurpChurp

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 23 August '10 - Kategori: Celcom Broadband, Review

Tagged: , , , , , , .

44 Comments to “Celcom Broadband Review – Setelah 4 Bulan Menggunakannya”

23.08.10 at 00:20
Posted by wazy

Bagus gak eh bro paje D68 ni
Modem tu smart la
*Entri terbaru kat wazy´s blog post: HIDUP SEORANG BLOGGER

[Reply]

23.08.10 at 00:31
Posted by huda

patutla aku kat usj dapat edge jer, tapi kat gombak dapat hsdpa.. T_T
*Entri terbaru kat huda´s blog post: ini kisah benar

[Reply]

23.08.10 at 00:48
Posted by kerang

same bodband gak!adeh..tapi slowla…hm..pesal eh..strymx kat kg lagi laju..iskhiskh
*Entri terbaru kat kerang´s blog post: dolu-dolu nye cite

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@kerang – byk sbb tu yg buat celcom b.band ni jd slow antaranya mungkin masalah coverage, jumlah pengguna kat kwsn tu, bandwidth dah hbis guna etc.. lebih2 tu kena tanya celcom la sbb diorg lebih arif utk satu2 kawasan tu. huhu..

streamyx kat mana2 pun laju sbb ianya wired.. stabil sepanjang masa selagi takde masalah kat kabel dasar laut. sbb tu, kalau utk kegunaan kat rumah je, better apply streamyx.. klau nak portable, broadband la jawabnya :)

[Reply]

23.08.10 at 01:14
Posted by arrizz

wah nice2..rasa macam nak apply satu jer.. hehe
*Entri terbaru kat arrizz´s blog post: Ada apa dengan Anonymous

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@arrizz kalau rasa berbaloi-baloi, apply ler.. kalau tak, stick je ngan yg ada skrng :)

[Reply]

23.08.10 at 01:15
Posted by syahirul

unifi plz.. hehehhee… ko kat sana takde streamyx ke?
*Entri terbaru kat syahirul´s blog post: Menunaikan hasrat ‘budak sakit’ bertemu blogger hebat

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@syahirul – unifi belum masuk sabah la bro.. tu yg sedihnya.. dan bila nak masuk tu tak tahu ler. maybe bila aku dah jd bapak budak baru masuk. huhu.. btw, aku guna kedua-duanya, celcom b.band + streamyx

[Reply]

23.08.10 at 04:33
Posted by azizan4444

kalau xde limit semua bgs..yg x besh ad limit tuh..yg lg x besh awl2 bulan slow..haha..perit aku dgn celcom bb ni,,
*Entri terbaru kat azizan4444´s blog post: Keywords Menarik Sempena Hari Raya – Edisi Ramadhan 2

[Reply]

23.08.10 at 14:34
Posted by apiih

knape BB clcom aku slow??huh!!..uhuhu
*Entri terbaru kat apiih´s blog post: Hidup Seorang Blogger-Blogger Yang Gila Twitter

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@apiih – sbb celcom tak sayang ko bro.. hee :)

[Reply]

23.08.10 at 21:46
Posted by DonHa

bagi aku. mana lagi bagus antara celcom, maxis, digi. itu sukar utk dijawab. sebab itu atas provider rite. tgk mane tempat pengguna ddk jg. macam tempat aku, celcom dgn maxis okay.

tapi aku duduk rumah je. pakai stremyx 4mb. sangat2 berpuas hari. =,=
*Entri terbaru kat DonHa´s blog post: Untuk menjadi terkenal

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@DonHa – correct.. masing2 ada kelebihan dan kekurangan.. cth: kat A celcom OK.. kat B pulak tak OK.. so, kena pandai2lah buat servey sblm beli..

kalau dok rumah je.. memang streamyx la pilihan terbaik :)

[Reply]

DonHa Reply:

tapi streamyx 4mb ni baru lagi. kadang2 ok. kadang, arghh!! automatic restart la. aku dah la layan game online. memang menyikasakan badan.

itulah namanya ciptaan manusia. ada kebaikan dan kekurangan!
*Entri terbaru kat DonHa´s blog post: Permainan orang kafir

[Reply]

23.08.10 at 22:29
Posted by Syafrizal

hehe kalau dah camtu rupanya.. gunakan je la.. kalau tak menepati ISO pengguna broadband nak buat macam mana kan…

bergantung pada tempat jugak tu hehe…
kalau ada ada la.. takde nak buat camne
*Entri terbaru kat Syafrizal´s blog post: Sijil Halal- Jakim ibarat ‘harimau tanpa taring’

[Reply]

24.08.10 at 18:52
Posted by mohdisa

aku pakai maxis, sebab kat kawasan aku takda 3g utk celcom. kalau ada pun agak slow. sbb dah ramai sgt yg menggunakan celcom bb ni. tp itulah, bb aku baru kena block. tak bayar bil 2 bln. hehe
*Entri terbaru kat mohdisa´s blog post: Sepuluh Perkara Penting Dalam SEO

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@mohdisa – kena block pulak dah.. jd bro online guna apa skrng ni? jgn langsung tak dpt online sdh.. syg blog2 bro tu lg2 blog mohdisa.com

[Reply]

mohdisa Reply:

apa boleh buat, sekarang ni aku online gula local area network atau lebih dikenali LAN. hehe, unimap punya la. slow la plak. tahu takpa, sedih gila kalau tak dapat on9. hehe
*Entri terbaru kat mohdisa´s blog post: Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

[Reply]

24.08.10 at 21:17
Posted by syahrilhafiz

rasanya speed up dah naik kot dari 384 kbps ke 512kbps…
laju sikit, tapi bandwith still sama 3gb
*Entri terbaru kat syahrilhafiz´s blog post: Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@syahrilhafiz – tak faham aku celcom ni.. sblm ni bandwidth utk pakej D68 elok je 5gb tp skrng down pulak jd 3gb.. sengal -_-‘

[Reply]

25.08.10 at 09:34
Posted by titan

emm.aku baru je nak ambil. sekali habis stok modem. hampeh tol..

[Reply]

25.08.10 at 12:53
Posted by Am

Aku baru 1st time gune celcom broadband..ckp Rm48 sbulan…Tapi bile dh dpt bill Rm67.75…Ini yg nk mengamuk nih…aku dh le student..x mmpu nk byr…

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Am try call celcom careline knp jd mcm tu.. tp dr pengalaman, 1st bill memang camtu :(

[Reply]

syahrilhafiz Reply:

ha ah ada tambah cukai apa ntah…

[Reply]

25.08.10 at 15:30
Posted by hans duta tomato

ikut coverage kan
tapi so far okay juga lah

P/S : Digi Sayang Aku Agaknya! Hahaha

[Reply]

26.08.10 at 13:48
Posted by ejum

belum ada pengalaman lagi pakai broadband..
harap2 satu hari nanti kalau pakai broadband semakin hebat lar die punya coverage dan speed :) *Entri terbaru kat ejum´s blog post: Tips Blogging – Buat Banyak Dapat Banyak!

[Reply]

29.08.10 at 00:52
Posted by Azmi

erm..aku pun guna celcom bb..
yes laju dan ada masanya dia buat hal..normal la kan???
nak konsisten guna la streamyx
*Entri terbaru kat Azmi´s blog post: Kita bagi darah free tapi diorang jual !!

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@Azmi – streamyx pun kadang2 sengal juga T_T

[Reply]

29.08.10 at 02:16
Posted by x-po

celcom berukband aku tak pernah nak merasai HSDPA huhu

[Reply]

Azizwan™ Reply:

@x-po – celcom broadband tak syg ko la tu bro.. hee :)

[Reply]

29.08.10 at 15:24
Posted by luth textile

aku memang tak boleh ngam dgn celcom berukband sebab ia tak stabil dan tak pernah nak bagi aku kepuasan surfing yg maksima mcm streamyx.
oh i lap u strimik :-*

pss : celcom berukband aku dah kena madu dgn streamyx. dulu aku cerai streamyx talak 3 pastu kawin semula hahaha

[Reply]

29.08.10 at 19:38
Posted by cikgufarha

Erkkk!! Alhamdulillah kenyang sudahh terus cokoh bc entry kamu hekhek..

hemm ekcely..sy pon pengguna Celcom BB.. not bad laa..aku suka..hehe sbb kelajuannye boleh dikatakan superd…tapi kena igt jgk..setiap benda tu ada baik dan buruknye..

setakat aku servey, memang celcom is the best..sama mcm line fon jugak..berbanding talian yg lain hahah (sebb aku gune celcom kan)

ok lahh nak solat lu daa~~
*Entri terbaru kat cikgufarha´s blog post: Down!

[Reply]

30.08.10 at 04:24
Posted by Nasrul Hanis

Setakat ni boleh tahanla Celcom broadband nih. Kelajuan pun puas hati dan line available di banyak tempat (walaupun ada tempat slow sikit).

* yang penting kena pandai cari port. baru la laju. hehe.
*Entri terbaru kat Nasrul Hanis´s blog post: Tingkatkan Prestasi Blog Anda Dengan Thesis

[Reply]

31.08.10 at 00:14
Posted by rie

kalau la kat tmpah aku ade 3g
mmg aku dh lupakan streamyx ni
huhu
*Entri terbaru kat rie´s blog post: Kisah 3 Sekawan Sempena 53 Tahun Merdeka

[Reply]

31.08.10 at 04:50
Posted by zik

pukul 9pm-12am time tuh kadang2 putus2… warrghh.. lepas pukul 1-3 dah ok balik… cuma download/utube agak slow gakla… sabau2…
*Entri terbaru kat zik´s blog post: Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010

[Reply]

04.09.10 at 17:17
Posted by hans kacak

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal….

[Reply]

05.09.10 at 17:46
Posted by Anip

ntah la..aku pon cadang nk pakai broadband..tp tgh pening nk pilih yg mne..hmm…
*Entri terbaru kat Anip´s blog post: Jom Main Kasut Roda Kat Trek Roller Coaster- Ade Yang Berani

[Reply]

06.09.10 at 01:22
Posted by Nizam Amad

saya pun pakai celcom broadband ni..so far okay la seperti bro review..You Tube memang selamber..hehe..cuma time dia slow tu..mmg menyakitkan hati..tapi ada orang kata slow tu bebab modem..

[Reply]

08.09.10 at 00:15
Posted by akubiomed

Saya nak berkongsi pengalaman mengenai line Digi EDGE dan Celcom 3G. Digi EDGE coverage kawasan Bukit Sentosa 3 Rawang dimana tempat saya tinggal superb dan stabil cuma speed saya kurang berpuas hati. Kemudia saya tukar ke Celcom 3G coverage ada cuma line tidak stabil kadang-kadang line terputus. Maxis dan P1 belum saya cuba lagi kerana masalah coverage. Sekarang ini saya guna Streamyx
*Entri terbaru kat akubiomed´s blog post: Takziah kepada Shoya Tomizawa

[Reply]

08.11.10 at 03:57
Posted by aku

meh nak oyat.
aku pakai BB celcom nk sampai 2tahun dah.
aku mmg benci ngn celcom braodband nih. line HSDPA.

pglmn aku guna tenet sjk tahun 1999.
dlu guna line tepon dial up je.
pastu strimix.

sbnrnya, broadband ni sama taraf je ngn dialup 1525 ke kalo x silap aku. sama laju je.
xptt pn d’panggil broadband.
makain lama makin slow prestasi
then limited ‘unlimited’.
aku ase yg trbaik ialah network kt kampus aku. huhu
cuma bila mobile, aku hargailah celcom BB ni. maxis pula so suck. digi xpenah. tp aku hrap celcom upgrade la plz.. xpon kalu nk downgrade tu downgrade bill/month ok gak.
usage? jrg nk sampai 5G dah kena manage.

kesimpulannya, jalaur lebar di malaysia kian menyempit.
n masih ketinggalan.
nak yg laju hanya di lembah klang. unifi 200/month.
tQ.

[Reply]

14.03.11 at 17:19
Posted by sazwan

aku nak tanya ada sesiapa tahu x nak lajukan internet celcom broadband tapi yang tanpa had,nak laju selalu..boringlah law cukup tahap dia mulalah slow..baru syok duk dowload mulalah slow..geram btol..ade sesiapa taw..tolong yer..jom berkunjung ke blog aku jugak..terima kaseh..hehehe

[Reply]

[…] sebelumnya. Tapi takpelah asalkan lepas untuk bayar Streamyx 1Mbps aku ni (RM110) dan juga Celcom Broadband aku tu (RM50). Huhu.. Esok nak […]

18.10.11 at 09:37
Posted by lylong

kenapa pula saya youtube saya jadi lambat apabila saya gunakan

[Reply]

23.02.12 at 23:20
Posted by anwar

kenapa youtube jadi lembap?

[Reply]








Current ye@r *

CommentLuv badge