
Tahun ini sudah tahun 2009 dan entri ini adalah entri pertama untuk tahun ini. Sebenarnya Wan masih dalam mood tahun baru dan belum ada semangat nak menulis apa-apa entri walaupun pada dasarnya Wan tak pergi pun sambutan tahun baru. Huhu.. Cukup la Wan sambut tahun baru kat rumah sambil nengok rancangan Ambang 2009 kat TV2 walaupun persembahan pentasnya entah apa-apa.
Baiklah, memandangkan Wan belum ada semangat nak mengupdate blog ini, maka entri pembukaan untuk tahun 2009 ini Wan hanya ingin menyajikan kepada kau satu teknik ringkas yang mana ianya telah Wan gunakan semenjak 3 minggu lepas iaitu teknik menambah unique visitor sekaligus menaikkan ranking alexa. Jika kau pengikut setia blog ini, kau mungkin pernah melihat link dari teknik ini berada pada live traffic kat tepi tu.
(more…)
Diterbitkan pada 2 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Information, Tips, Website | Komen: Ada 17 Comments.

Sebelum kau nak baca entri ini, Wan terlebih dahulu nak maklumkan yang entri ini adalah entri yang ntah apa-apa ntah. Huhu.. Tapi kalau kau ada masa terluang dan nak baca, apa salahnya kau baca dan komen kerana Wan sangat mengalu-alukannya. Ahakz!
Baiklah, jika kau pengguna Gmail, pastinya kau sedia maklum yang Gmail kini telah menambah satu lagi aplikasi pada perkhidmatan emel mereka dimana mereka telah menyediakan tema pada akaun penggunanya. Jika sebelum ini kau cuma nampak latar belakang yang agak membosankan, tapi sekarang kau dah boleh pilih mana-mana tema yang kau rasa menarik buat kau. Dengan adanya tema ini, pasti ianya akan memberi sedikit kelainan dalam keseronokan kau membaca serta menghantar emel. Sambil taip emel, dapatlah cuci mata. Huhu..
Kat bawah ni adalah beberapa jenis theme yang disediakan oleh Gmail untuk dipilih. So far, themes itu sangat menarik dan Wan telahpun menggunakan themes graffiti yang berlatar belakangkan warna hitam itu kerana ianya sangat cool. Hehehe.. Apa yang kau tunggu lagi, pergi la usha cepat.
(more…)
Diterbitkan pada 22 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Gmail, Information, Movie, Website | Komen: Ada 12 Comments.
Sejak Wan bertukar ke blog baru ni, semangat untuk berblogging tu nampaknya semakin membuak-buak. Apa tidaknya, Wan seperti tidak percaya bila melihat bilangan peninggalan sejarah a.k.a komen yang tidak pernah Wan terima semasa di blog versi 1 dulu. Dan yang lebih membuatkan hidung Wan ni kembang kempis apabila pro eBay.com iaitu matzis dan juga blogger pujaan semalaya menteil sudi meninggalkan komen mereka di blog World Of Mohd. Azizwan ini. Kepada yang lain, Wan juga ucapkan terima kasih kerana kau telah memberikan komen pada entry sebelum ini dan teruskanlah sokongan kau itu kerana Wan sangat-sangat memerlukannya. Ahakz!
Kepada yang belum lagi tinggalkan komen tu, tak reti-reti lagi ke nak tinggalkan komen. Penat Wan taip tapi kau tak komen. Sedih la macam ni. Hehehe.. Tapi kau kena baca dulu la sebelum tinggalkan komen sebab takut plak kalau-kalau komen kau tu takde kaitan dengan entry.
Baiklah, untuk entry kali ini Wan ingin mengajak kau (jika kau ada blog) untuk mencuba 1 kaedah meningkatkan trafik jika kau rasakan trafik blog kau nak sampai cukup-cukup makan pun susah. Kalau ini berlaku, pastinya minat kau terhadap dunia blogging akan menjadi pudar dan suram kerana apa yang cuba kau sampaikan tiada siapa yang nak ambik tahu. Maklum sajalah, kau bukannya seorang menteri mahupun artis untuk orang ambil tahu hal kau. Hahaha..
(more…)

Diterbitkan pada 1 November '08 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Tips, Website | Komen: Ada 21 Comments.