Thanks singgah kat Azizwan (dot) Com ni dan jom follow saya kat Twitter

Archive for 'Website'

Kenapa aku takde Facebook?

yazug68hkf

Kenapa aku takde Facebook?

Sejak kebelakangan ni, tetiba plak aku excited sangat nak buka akaun Facebook. Yer la, sana sini je cakap pasal facebook. Tak pun, asal masuk je kat blog mesti ada menepek widget facebooK. Tak masuk lagi yang promo kat twitter suruh add. huhu.. Tu yang buat aku tertarik tu tambahan lagi sekarang ni facebook dah bagi option kat penggunanya untuk short’kan URL facebook masing-masing berdasarkan username pilihan berbanding sebelum ni yang panjang berjela macam gerabak keretapi tu.

Ekceli, ada beberapa sebab mengapa sampai sekarang aku masih takde akaun mukabuku yang semakin menjadi kegilaan masyarakat kat seluruh dunia ni. Mula-mula dulu aku cakap malas nak daftar sebab aku dah bosan nak main social networking ni walaupun aku cuma ada 1 je akaun social networking iaitu friendster yang kini semakin berhabuk aku tinggalkan. Cuma login bila nak reply comment kengkawan je. Tak ke dahsyat tu? Huhu.. Sebab tu la aku malas dah nak tambah social networking yang seterusnya.

Lepas tu terbaca pulak macam-macam benda yang kurang enak pasal facebook ni, tambah la aku takde mood nak buka akaun facebook tu even ianya adalah 100% percuma. Antaranya bila butiran dan data-data yang kita berikan tu disimpan oleh pihak-pihak tertentu especially yang dok belakang tabir facebook ni untuk rujukan depa. Secara mudahnya bila berlaku apa-apa atau mereka ingin membuat bancian, mereka akan membuat rujukan dari butiran dan data yang telah diberikan. Untuk lebih lanjut, boleh baca di sini

(more…)

Diterbitkan pada 26 June '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Personal, Website | Komen: Ada 28 Comments.

Contact form PERCUMA yang boleh korang gunakan

Contact Form Percuma

Ekceli, inilah benda yang Wan cakap nak kongsikan tempoh hari tu tapi gara-gara Wan ngantuk maka tak pasal-pasal keluar entri yang ntah apa2. Sampai gambar lif pun nak sibuk masukkan kat blog, memang tak boleh blah tul kan. Huhu.. Sabau je la.

Malas nak cakap panjang sebab Wan percaya korang sendiri pun tahu apa sebenarnya contact form ni kan. Yer la, korang sendiri kan cakap yang korang ni blogger sejati plus pelayar internet tegar, takkan contact form pun tak tahu. Klau mcm tu, baik terjun kolam la bai. Hehe..

Ok, kat sini Wan jumpa 2 perkhidmatan contact form yang boleh korang gunakan secara percuma dan ianya boleh diletakkan pada blog korang dengan begitu mudah sekali semudah membuka kulit kacang mungkin kerana ianya hanya menggunakan kod HTML. Korang copy, paste dan save. Selesai.

(more…)

Diterbitkan pada 20 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Miscellaneous, Website | Komen: Ada 14 Comments.

Hasil Kreatif Untuk Si Penggila Kasut

Hasil Kreatif Untuk Si Penggila Kasut

Gila pening siot Wan fikir nak update apa kat blog kesayangan korang ni (yoyo-oh sangat la blog kesayangan korang). Maklum la, kalau blog ni tak berupdate Wan gerenti yang korang nak tak nak je singgah kan. Yer la, sedangkan Wan dah update pun susah sangat nak nampak batang hidung korang inikan pula dibiar tak berupdate. muahahaha..

Ok, ok.. Oleh kerana Wan takde idea nak update benda apa, saja Wan tuliskan entri ini khas kepada korang yang gemarkan kasut lagi-lagi kasut yang mempunyai corak dan design yang unik serta menarik. Di sini Wan terjumpa 2 buah blog yang boleh korang usya untuk melihat sendiri keunikan design kasut ‘hand made’ yang mereka hasilkan dan apa yang penting, ianya 100% buatan anak Malaysia. So, korang try la usya k.

(more…)

Diterbitkan pada 8 April '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Blog, Promotion, Website | Komen: Ada 16 Comments.

Jom Gempakkan Gambar Korang

Adeh.. makin malas plak rasanya Wan nak update blog sengal gila babeng ni. Apa taknya, start before tahun baru cina tempoh hari sampai sekarang, blog ni semakin ngengada. Sekejap OK then belum sampai 24 jam dah KO balik. Tu yang buat Wan takde semangat nak mengupdate. Ye la, Wan pepenat update tiba-tiba blog KO, jadi takde sape yang baca. Nampak sangat syok sendiri je kan? Nasib baik ada bro Fizz yang sudi tolong setelkan problem blog Wan ni, kalau tak.. rasanya dah terkubur blog ni. Tapi sampai bila Wan nak berharap even beliau kata tak kisah? Jadi Wan harap bro fizz dapat membuat tutorial seperti yang dijanjikan dengan segera. Hehehe.. Atau Wan perlu menukar hosting?

Dan setelah beberapa hari Wan menghalimunankan iklan advertlets dari blog ini, akhirnya Wan telah mendapat status glitterati daripada nuffnang dimana salah satu kelebihannya ialah kita akan mendapat bayaran yang tinggi sedikit berbanding non-exclusive dimana setiap per klik untuk mereka yang berstatus glitterati akan mendapat bayaran minimum sebanyak RM0.25 berbanding non-exclusive iaitu sebanyak RM0.15 sahaja. Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan glitterati ni, korang boleh usha sendiri di sini. Boleh kan?

Ok. Seperti tajuk kat atas tu, sebenarnya Wan nak kongsikan 2 website yang boleh tahan hebat untuk korang bookmark (jangan lupa Ctrl+D blog ni juga) especialy untuk korang yang inginkan gambar korang kelihatan gempak dan sangat kool. Ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang menggilai social network termasuk jugalah blogger yang inginkan kelainan pada gambar peribadi yang ingin dikongsikan. Dijamin cantik, menarik, tertarik kau memang debomb.

(more…)

Diterbitkan pada 8 February '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Picture, Tips, Website | Komen: Ada 6 Comments.

Persamaan Kucing Jantan & Lelaki

Persamaan Kucing Jantan & Lelaki

Jika kau seorang lelaki, sila jangan terkejut jika ramai mengatakan yang sikap kau sama dengan kucing jantan. Maklum sajalah kan, siapa nak sikapnya disamakan dengan haiwan. Tapi pada entri ini Wan akan senaraikan 10 persamaan antara kucing jantan dengan lelaki. So, kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin memahami lelaki, Wan sangat menggalakkan supaya kau membaca entri ini sehingga habis. Boleh kan?

1. Kucing jantan suka dibelai

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke even ibu yang melahirkan. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembutlah dengan lelaki kerana mereka tidak suka dengan wanita yang kasar.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Diterbitkan pada 4 January '09 oleh pemilik blog ini iaitu Azizwan™. Sape lagi kan?
Kategori: Fun & Jokes, Information, Website | Komen: Ada 20 Comments.