Kau kenal siapa itu Dr Khairul Idzwan? Mestilah bukan Khai si pemilik blog justkhai mahupun Khai suami si Rosmah (AF1). Kepada korang yang dah tau siapa Dr Khairul Idzwan ni bagus la. Dan kepada yang masih blur tu, biar Wan bagi hint sket sebab Wan pun bukan kenal sangat sape Dr Khairul Idzwan ni. Huhu.. Ok, Dari apa yang Wan tau, beliau adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid Saujana (mungkin sudah bekas sekarang) dan pernah menyertai ujibakat OIAM musim ke-3 ini. Untuk lebih detail, korang boleh tanya kat pakcik google atau lihat video kat bawah ni.
Berbalik kepada tajuk entri Wan kali ini iaitu Dr Khairul Dipersenda, cuba korang lihat pula video di bawah ini.
Firstly, kepada kaum Hawa yang sedang berada di blog copy paste dan cilok idea orang ni, Wan nak bagi tahu yang entri ini langsung tiada kaitan buat kalian kerana ianya ditujukan khas kepada kaum Adam sahaja. Hahaha.. Tapi kalau akak-akak dan makcik-makcik dah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga, apa kata bagitahu kat suami atau bakal suami supaya nengok video kat bawah ni. Tak rugi tau. Hehehe..
Kepada abang-abang dan juga pakcik-pakcik pula, tak kisah la kalian sudah kahwin atau belum, kalian wajib tekan play kat video tu dan cuba lakukan senaman yang abang power tu buat. Wan gerenti ke’power’an kalian yang selama ini tersimpan akan terserlah dengan jayanya. Hehehe.. Tapi persoalannya, mampukah kalian melakukannya? Apa-apa pun, layan la dulu video ni yer..
Oh tidak! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Wan selepas melihat akaun eBay Wan di suspend petang semalam. Apa tidaknya, perjalanan eBay Wan sejak kebelakangan ini nampak agak baik dan lancar dengan adanya pembida untuk item yang Wan senaraikan. Dan sebelum akaun Wan di suspend, sudah ada 4 item yang dibida dan bakal terjual. Tapi apakan daya, mungkin bukan rezeki Wan kerana item yang mereka bida itu telah dibatalkan oleh eBay. LOL
Semua ini gara-gara Wan menyenaraikan item yang mempunyai imej superman di mana imej-imej itu merupakan hak mutlak syarikat perfileman gergasi dunia iaitu Warner Bros. Apa punya warner bros, baru gambar pun dah kecoh. Dah imej-imej tu ada kat internet, mestilah orang akan guna. Lain kali simpan elok-elok kat kocek kau sudah la. Huhu..
eBay pun satu gak, tak patut suspend akaun Wan secara mengejut. Sepatutnya bagi la peluang terlebih dahulu untuk Wan padam saja item-item itu. Rujuk polisi? Dah kau tulis dalam bahasa inggeris, manalah Wan rajin nak baca. Lagipun Wan bukan faham sangat bahasa inggeris ni. Kalau setakat yes, no, first, second tu Wan tau la. Hahaha..
Sebelum Wan menulis entri ini, Wan baru sahaja selesai memohon kad tune money secara online untuk keperluan perniagaan Wan di eBay. Sebenarnya Wan mahu membuat kad debit di Public Bank saja tapi jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Ye tak? Lagipun bayaran untuk kad tune money ni taklah mahal sangat, cuma RM9 saja setahun. Ala, apa sangat la RM9 setahun tu berbanding kau topup prepaid kau RM30 sebulan tiap-tiap bulan. Dan apa yang menarik lagi tentang kad tune money ni ialah kita tak boleh guna kad tu kalau takde kredit. Macam prepaid yang kau guna tu. Huhu.. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan kad debit tu, bolehlah apply kad tune money ni dengan syarat kau sudah berumur 18 tahun dan ke atas.
Sebenarnya, Wan masih kekurangan mood untuk menulis di blog ini tambahan pula tiada apa yang penting untuk Wan kongsikan. Dan semenjak Wan buat bisnes eBay ni juga, Wan macam malas pula nak update blog yang sememangnya kekurangan pembaca ini walaupun Wan teringin sangat untuk mengupdatenya. Tambahan lagi Wan sangat ketandusan idea dan tiada informasi baru yang dapat dikongsikan. Tapi demi menghargai kau sebagai pembaca setia yang selalu bertandang ke blog ini (bajet ada pembaca setia), Wan update jugalah blog ini walaupun isinya ntah apa-apa. Huhu..
Alhamdulillah, akhirnya blog Adibah Ahmad (kononnya) yang banyak memaparkan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W khasnya dan menghina agama Islam amnya telahpun dilupuskan kandungannya. Syukran jazilan kepada semua yang telah membenderakan blog tersebut. Nak link blog tu? Ala, tak payah la. Kan dah cakap kandungan blog tu dah dilupuskan. Buang masa kau je.
Di sini Wan nak tulis sket. Menurut sumber yang boleh dipercayai dan dari apa yang Wan lihat sendiri, blog itu diwujudkan oleh seseorang yang bukan beragama Islam kerana penulisannya sangat tidak menunjukkan yang beliau seorang Melayu tetapi lebih kepada seorang yang berbangsa Cina. Ya, berbangsa Cina. Blog itu diwujudkan atas dasar dendam mungkin kepada insan yang bernama Adibah Ahmad (bukan Adibah Nor ye) sebagai salah satu cara untuk mengaibkan beliau.
Untung beliau dan juga blog itu kerana dalam sekelip mata sahaja sudah mendapat perhatian ramai. Kalaulah blog ini juga mendapat perhatian yang sama, alangkah indahnya. Hehehe.. Mula la dia nak berangan..