Video | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | World Of Mohd. Azizwan™

Hello and welcome to beautiful World Of Mohd. Azizwan™.

Archive for 'Video'

Protected: Video: Islam dipersenda lagi

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Posted on 6 November '09 by Azizwan™, under Religion, Video. 17 Comments.

Iklan celcom yang diharamkan TV!

Iklan celcom yang diharamkan TV

First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada Black dan opkos mentor’nya sekali iaitu Mas Idayu kerana menjadi juara untuk Mentor musim ke-3. Tapi aku sebenarnya nak kata lebih dari itu iaitu tahniah kerana berjaya mengalahkan Chaq since mentor’nya adalah ‘kaki berlagak’ siapa lagi kalau bukan (kamu teka la siapa yer?).

Ni aku nak cakap kat mentor Chaq.. Kalau setakat dalam kumpulan bolehlah kau berlagak dengan protoge kau yang taklah hebat sangat tu. Tapi bila dah masuk semi final, baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Dan lagi 1 aku nak nasihat, kalau orang kritik protoge kau, janganlah berlagak macam kau tu hebat sangat.. Kan tak pasal-pasal orang meluat dengan kau dan tempiasnya opkos la kena kat protoge kau. So, no wonder la kalau pengundi Black beriya-iya menghantar undian SMS semata-mata mahukan beliau bergelar juara. Tak gitu?

Ok, ok.. Balik kepada tajuk. Actually, aku takde apa benda pun nak update. Tapi since aku nak luahkan kepuasan hatiku disebabkan Chaq tak menang (kepada Mentor’nya sebenarnya), maka wujudlah entri ini. Bak kata Lin Dan, “kalau nak smash biar kena pada masa dan tempatnya, baru senang nak kalahkan Datuk Li Choong Wei”. Huhu.. Adeh, melalut lagi. Sorry, sorry.. (more…)

Posted on 13 July '09 by Azizwan™, under Fun & Jokes, Video. 24 Comments.

Pendedahan ekslusif mengenai Rosmah Mansor

Makin jarang plak aku update blog ni yer.. Masa blog down tempoh hari, sebok tanya bila OK balik. Tapi bila dah sihat balik ni, takde juga updatenya. Huhu.. Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kena badi kehilangan mood kot gara-gara blog down tempoh hari tu sampai nak update blog pun kena perah otak bagai. Apa kes?

OK la, malas aku nak tulis panjang-panjang sebab entri ni pun sekadar entri tangkap muat je. Yer la, asalkan blog ber’update katanya. Lagipun, kalau aku tulis panjang2 nanti, entah apa pulak jadinya kan. Korang pun tentulah malas nak baca. So, tanpa membuang masa, korang kena layan video penuh kotroversi kat bawah ni.

(more…)

Posted on 14 June '09 by Azizwan™, under Breaking News, Must Read, Video. 19 Comments.

Lawak terlampau Britney Spears

Britney Spears

Hahaha.. tak tahu plak Wan nak start kat mana sebab belum tulis lagi asyik tersengih-sengih je teringat lawak terlampau si Britney Spears ni. Serius, memang mengelikan hati ditambah lagi dengan aksi spontan versi ‘terkejut beruk’nya. Tak tahan wa cakap lu :lol:

Memandangkan Wan tak tahu nak mula macam mana, jadi terus sajalah kepada motif utama yer. Boleh kan? Hehe.. Ok, kat bawah ni adalah video Britney Spears yang dirakam semasa dia membuat persembahan di Mohegan Sun Arena 2 Mei (Sabtu) lepas. Dalam video itu, Britney sedang menyanyikan lagu hit’nya iaitu Womanizer. Layan..

(more…)

Posted on 8 May '09 by Azizwan™, under Celebrity, Entertainment, Fun & Jokes, Song & Lyrics, Video. 8 Comments.

Madu Tiga Versi Ahmad Dhani

Ahmad Dhani

Aduyai, dah lama tak update blog rupanya. Apa dah jadi ngan aku sekarang ni agaknya yer? Nak kata takde masa, tapi 24 jam dok ngadap komputer. Nak kata busy, Wan bukan seorang yang berkerjaya pun. Cuma seorang penganggur tak bertauliah saja. Entah la, mungkin ada sebab lain yang Wan sendiri terlepas pandang kot sampai Wan boleh lupa nak update blog ni. Hurm..

Hari ni plak satu hari Wan jalan-jalan kat KK tanpa tujuan walaupun pada awalnya Wan dah merancang nak stay kat Labuan sebab ada sambutan Pesta Air. Tapi entah la, Wan rasa macam tak best je nak pergi pesta air tu. Mungkin sebab artis yang dijemput tak menarik minat Wan kot walaupun mereka adalah juara AF iaitu Mawi dan Mila. Huhu..

Nak taip apa lagi yer? Ermmm, rasanya cukup la setakat ni je kan. Sekurang-kurangnya Wan dah update blog hampeh ni dan korang pun tak pulang dengan tangan kosong setelah singgah di sini. Yay! So, jom la layan lagu Madu Tiga versi Ahmad Dhani kat bawah ni.

(more…)

Posted on 3 May '09 by Azizwan™, under Song & Lyrics, Video. 6 Comments.

Berhati-hati Mengambil Pengasuh Anak

Berhati-hati Mengambil Pengasuh Anak

Pengasuh anak ataupun pembantu rumah sudah semakin popular dan menjadi buruan buat ibu bapa yang sibuk bekerja serta tiada masa mengurus anak mereka dirumah. Tapi pernahkah ibu bapa ini menyelidiki apa yang berlaku keatas anak-anak mereka apabila ditinggalkan bersama dengan pengasuh tanpa sebarang pemantaun. Wan percaya, tidak ramai yang mengambil endah apa yang berlaku keatas anak mereka apabila ditinggalkan malah meletakkan 100% kepercayaan kepada pembantu rumah sehinggakan anak yang bengkak dipukul tapi diberitahu oleh pembantu rumah akibat terjatuh diterima bulat-bulat tanpa melakukan sebarang pemeriksaan.

Sekarang ini, bukan hanya cakap kosong tapi memang sudah nyata ramai pembantu rumah yang hebat berlakon malah lakonan mereka setaraf dengan lakonan para pelakon di kaca TV yang sememangnya plastik walaupun diluar set lakonan. Jika dihadapan mata majikan, lagak mereka persis semut dipijak tak mati. Tapi bila dibelakang majikan, jangankan tikus seekor malah gajah 10 ekor pun boleh hilang nyawa dibuatnya. Jadi tak hairan la jika ada anak yang hampir tak bernyawa akibat didera oleh pengasuh mereka.

Wan malas nak cakap panjang. Apa kata korang tengok video yang Wan embed’kan kat bawah ni dan korang lihat sendiri betapa ‘celakanya’ si pengasuh membelasah anak majikannya yang tak tumpah seperti bermain bola sepak.

(more…)

Posted on 10 April '09 by Azizwan™, under Must Read, Video. 22 Comments.

Dr Khairul Idzwan Dipersenda

Dr Khairul Idzwan

Kau kenal siapa itu Dr Khairul Idzwan? Mestilah bukan Khai si pemilik blog justkhai mahupun Khai suami si Rosmah (AF1). Kepada korang yang dah tau siapa Dr Khairul Idzwan ni bagus la. Dan kepada yang masih blur tu, biar Wan bagi hint sket sebab Wan pun bukan kenal sangat sape Dr Khairul Idzwan ni. Huhu.. Ok, Dari apa yang Wan tau, beliau adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid Saujana (mungkin sudah bekas sekarang) dan pernah menyertai ujibakat OIAM musim ke-3 ini. Untuk lebih detail, korang boleh tanya kat pakcik google atau lihat video kat bawah ni.

Berbalik kepada tajuk entri Wan kali ini iaitu Dr Khairul Dipersenda, cuba korang lihat pula video di bawah ini.

(more…)

Posted on 5 April '09 by Azizwan™, under Fun & Jokes, Song & Lyrics, Video. 28 Comments.

Senaman Menguatkan Tenaga Batin

Firstly, kepada kaum Hawa yang sedang berada di blog copy paste dan cilok idea orang ni, Wan nak bagi tahu yang entri ini langsung tiada kaitan buat kalian kerana ianya ditujukan khas kepada kaum Adam sahaja. Hahaha.. Tapi kalau akak-akak dan makcik-makcik dah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga, apa kata bagitahu kat suami atau bakal suami supaya nengok video kat bawah ni. Tak rugi tau. Hehehe..

Kepada abang-abang dan juga pakcik-pakcik pula, tak kisah la kalian sudah kahwin atau belum, kalian wajib tekan play kat video tu dan cuba lakukan senaman yang abang power tu buat. Wan gerenti ke’power’an kalian yang selama ini tersimpan akan terserlah dengan jayanya. Hehehe.. Tapi persoalannya, mampukah kalian melakukannya? Apa-apa pun, layan la dulu video ni yer..

(more…)

Posted on 25 February '09 by Azizwan™, under Health, Video. 16 Comments.

Akaun eBay Ku Di Suspend

Akaun eBay Ku Di Suspend

Oh tidak! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Wan selepas melihat akaun eBay Wan di suspend petang semalam. Apa tidaknya, perjalanan eBay Wan sejak kebelakangan ini nampak agak baik dan lancar dengan adanya pembida untuk item yang Wan senaraikan. Dan sebelum akaun Wan di suspend, sudah ada 4 item yang dibida dan bakal terjual. Tapi apakan daya, mungkin bukan rezeki Wan kerana item yang mereka bida itu telah dibatalkan oleh eBay. LOL

Semua ini gara-gara Wan menyenaraikan item yang mempunyai imej superman di mana imej-imej itu merupakan hak mutlak syarikat perfileman gergasi dunia iaitu Warner Bros. Apa punya warner bros, baru gambar pun dah kecoh. Dah imej-imej tu ada kat internet, mestilah orang akan guna. Lain kali simpan elok-elok kat kocek kau sudah la. Huhu..

eBay pun satu gak, tak patut suspend akaun Wan secara mengejut. Sepatutnya bagi la peluang terlebih dahulu untuk Wan padam saja item-item itu. Rujuk polisi? Dah kau tulis dalam bahasa inggeris, manalah Wan rajin nak baca. Lagipun Wan bukan faham sangat bahasa inggeris ni. Kalau setakat yes, no, first, second tu Wan tau la. Hahaha..

(more…)

Posted on 19 January '09 by Azizwan™, under Entertainment, Personal, Video, eBay. 22 Comments.

Lawak: Matematik Dan Logik

Lawak: Matematik Dan Logik

Sebelum Wan menulis entri ini, Wan baru sahaja selesai memohon kad tune money secara online untuk keperluan perniagaan Wan di eBay. Sebenarnya Wan mahu membuat kad debit di Public Bank saja tapi jika ada yang mudah kenapa perlu buat yang susah. Ye tak? Lagipun bayaran untuk kad tune money ni taklah mahal sangat, cuma RM9 saja setahun. Ala, apa sangat la RM9 setahun tu berbanding kau topup prepaid kau RM30 sebulan tiap-tiap bulan. Dan apa yang menarik lagi tentang kad tune money ni ialah kita tak boleh guna kad tu kalau takde kredit. Macam prepaid yang kau guna tu. Huhu.. Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan kad debit tu, bolehlah apply kad tune money ni dengan syarat kau sudah berumur 18 tahun dan ke atas.

Sebenarnya, Wan masih kekurangan mood untuk menulis di blog ini tambahan pula tiada apa yang penting untuk Wan kongsikan. Dan semenjak Wan buat bisnes eBay ni juga, Wan macam malas pula nak update blog yang sememangnya kekurangan pembaca ini walaupun Wan teringin sangat untuk mengupdatenya. Tambahan lagi Wan sangat ketandusan idea dan tiada informasi baru yang dapat dikongsikan. Tapi demi menghargai kau sebagai pembaca setia yang selalu bertandang ke blog ini (bajet ada pembaca setia), Wan update jugalah blog ini walaupun isinya ntah apa-apa. Huhu..

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Posted on 14 January '09 by Azizwan™, under Entertainment, Fun & Jokes, Video. 14 Comments.