Jom Ringkaskan Permalink Korang

Seriously, sejak kebelakangan ini Wan sangat kekeringan sumber dan juga idea untuk meng-update blog. Ianya ditambah lagi dengan fikiran Wan yang semakin bercelaru dengan pelbagai perkara yang bertimbun-timbun yang perlu Wan fikirkan. Nasib baiklah tak gila dan harapnya ler takkan gila. Huhu..
Ok, straight to the point. Entri kali ini agak ringkas dimana Wan akan memberi sedikit tutorial yang sangat-sangat mudah iaitu cara untuk meringkaskan permalink entri korang sebab Wan nengok masih banyak blog yang permalinknya panjang berjela dan termasuk juga blog kau mungkin.
Dan untuk makluman, tutorial ini hanya untuk mereka yang menggunakan pelantar wordpress sahaja. Jadi, Wan nak minta maaf bebanyak kepada korang yang menggunakan blogspot kerana entri ini langsung tidak berkaitan buat korang. Walau bagaimanapun, Wan rasa tak salah jika korang baca sampai habis sebab siapa tahu esok lusa korang juga akan beralih kepada wordpress. Hehehe..
Sebelum itu Wan nak ingatkan yang tutorial ini hanyalah untuk beginner seperti Wan sahaja. Maka, jika kau sudah berada pada aras profesional, bolehlah kiranya kau tinggalkan entri ini untuk membaca entri lain yang mungkin boleh untuk kau berikan maklum balas kerana blog ini sangat memerlukan komen dan pendapat daripada pengunjungnya. Boleh kan?



